Belum sempat Datuk Seri Anwar Ibrahim hendak lerah pekong UMNO dalam salahurus wang Petronas dan kejatuhan ketara pendapatan Petronas sebanyak RM58 billion atau 37.5%, Timbalan Speaker Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata usul berkenaan ditolak.
Anwar, ente silap beeb!! Ante kena faham kalau usul ente lulus untuk dibincangkan habis lerahlah segala pekong keladak umno. Bukan umno malu beeb tapi mereka takut! Mereka takut kebebalan mereka ante telanjangkan. Mulut ente kan leser mengalahkan Raja Azura. Ante kena sabar, nanti 19 haribulan ante bolih lerahlah semua.
USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN 18(1)
Saya, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh] akan mencadangkan.
“Bahawa Dewan ini hendaklah ditangguhkan bagi membolehkan Dewan ini membincangkan Laporan Kewangan Petronas separuh tahun pertama 2009 yang menunjukkan kejatuhan ketara pendapatan Petronas sebanyak RM58 billion atau 37.5% berbanding masa yang sama tahun lepas yang diumumkan semalam yang menjejas kedudukan ekonomi, kewangan dan bajet 2010 Negara yang sedang dipertimbangkan oleh Dewan yang Mulia ini sekarang.”
Petronas telah mengumumkan laporan kewangan setengah tahun pertama tahun 2009 (1 April 2009 hingga 30 September 2009) semalam, 9 Disember 2009. Daripada intipati laporan ini pendapatan Petronas telah jatuh dengan begitu ketara, RM58 billion atau 37.5% berbanding masa yang sama tahun lepas.
Dalam belanjawan 2010 yang sedang dipertimbangkan oleh Dewan yang Mulia ini kerajaan bergantung lebih daripada 40% hasil pendapatannya daripada cukai dan dividen Petronas. Laporan Kewangan Petronas yang diumumkan semalam menyebabkan bajet 2010 yang sedang dipertimbangkan sekarang tidak lagi sesuai dan perlu diubahsuai untuk mengambil kira kedudukan kewangan semasa Petronas.
Oleh kerana kerajaan bergantung lebih daripada 40% hasil pendaptannya daripada cukai dan dividen Petronas, maka bajet 2010 yang sedang dipertimbangkan oleh Dewan yang Mulia ini melibatkan seluruh rakyat Malaysia. Ia melibatkan perbelanjaan dan perbekalan oleh kerajaan melalui pelbagai kementerian dan agensi kerajaan. Ia juga menjejas warga peniaga yang berurusan dengan Petronas dan pengguna hasil keluaran Petronas.
Laporan kewangan Petronas ini mencemaskan kedudukan ekonomi, kewangan dan bajet 2010 negara yang perlu dibahas dengan segera. Ia bukan sahaja melibatkan kejatuhan pendapatan tetapi juga cukai, dividen, pelaburan semasa dan masa depan, kedudukan rezab carbon baik dalam dan luar Negara, dan strategi kerajaan dalam mengolah masa depan ekonomi. Kerajaan perlu mengambil kira pendapat dan pandangan semua pihak baik penyokong maupun pembangkang dalam menangani krisis ini.
ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
DEWAN RAKYAT MALAYSIA
¡Hola mundo!
8 years ago
0 comments
Post a Comment