http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Suruhanjaya Penipu Rakyat Malaysia

Posted by Love Perak | Tuesday, December 15, 2009 | 0 comments »

Bagi saya SPRM adalah singkatan ke Suruhanjaya Penipu Rakyat Malaysia. SPRM telah digunakan secara aktif dan biadap oleh umno untuk kepentingan politik khianat mereka. SPRM juga telah dengan rela hati menjadikan dirinya seperti lembu suruhan pemimpin aparat Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu.

Sejarah telah membuktikan betapa SPRM hanya galak dan berani menyiasat dan mengambil tindakan ke atas mereka yang tidak sehaluan dengan arus pemikiran sesat, khianat serta rakus Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu.

Sesiapa sahaja yang dirasakan bolih mengacam keselesaan pemimpin umno/BN untuk meneruskan agenda pengkhianatan mereka terhadap bangsa Melayu dan rakyat miskin susah, maka SPRM, polis dan jabatan peguam negara akan digerakkan olih umno untuk melakukan penyelewengan fakta hatta sehingga ketahap membunuh sekalipun.

Dalam kes berkaitan, P Balasubramaniam, yang mendakwa keluarga perdana menteri memintanya membatalkan akuan bersumpah pertamanya, bersedia disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan syarat ia diadakan di luar negara.

Peguam P Bala, Americk Singh Sidhu dalam emailnya menyatakan keterangan anakguamnya haruslah direkodkan dalam bahasa Inggeris dan satu salinannya diserahkan kepada anak guamnya, sementara rakaman video siasatan tersebut pula diambil oleh pihak peguam tersebut.

Syarat-syarat itu dinyatakan dalam surat Americk kepada SPRM yang dihantar melalui emel 4 Disember lalu, seperti didedahkan oleh ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar di blognya.

P Balasubramaniam mendakwa telah diarah bertemu Nazim Razak, adik Najib Razak sebelum penyiasat itu menafikan akuan pertamanya yang mengaitkan Datuk Seri Najib Razak, waktu itu timbalan perdana menteri, mempunyai hubungan intim dengan Altantuya Shaariibuu, wanita Mongolia yang dibunuh pada 2006. Dalam kes yang berkaitan, Rosmah Mansor, isteri Najib Razak didakwa sebagai dalang utama dalam pembunuhan kejam itu.

Sebelum ini Ketua Polis Negara, Musa Hasan mengatakan pihak polis tidak dapat mengesan di mana P Bala. Kesian Musa Hasan dia mempamirkan kebahalolannya kepada masyarakat dunia dengan cubaannya menipu rakyat Malaysia.

Sekarang orang yang dicari telah menyatakan kesediaannya untuk disoalsiasat. Cuma dia minta siasatan dilakukan di luar Malaysia demi keselamatan dirinya. Patutpun dia minta siasatan dilakukan di luar negara kerana di Malaysia jangankan pemimpin umno, habis semuanya; PDRM, SPRM, peguam negara malah Mufti dan ketua hakim negara pun sukar untuk dipercayai. Malah jabatan yang berkaitan dengan agama Islam juga sudah jadi lembu suruhan...!!! Semua ini terjadi kerana pangkalnya haprak. Siapa pangkalnya kalau bukan umno..!!!

Bala sudah bersedia, kita tunggu apa pula apa pula kelentong Suruhanjaya Penipu Rakyat Malaysia (SPRM).

KerajaanRakyat



0 comments