http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

MB Perak Zambry paling baik

Posted by Love Perak | Monday, December 14, 2009 | 0 comments »


IPOH - Hasrat dua beradik untuk belajar di sekolah dan mendapat pendidikan sama seperti rakan yang lain tidak kesampaian berikutan keluarganya hidup dalam keadaan serba daif.

Mohamad Faizal Zulkarnain Mohamad Ibrahim, 12, dan adiknya, Siti Mariatun, 10, difahamkan tidak pernah menjejakkan kaki ke alam persekolahan kerana masalah kewangan yang membelenggu kehidupan mereka sekeluarga.



Bapanya, Mohamad Ibrahim Mohamad, 53, dikatakan tidak lagi bekerja kerana menghadapi masalah kesihatan iaitu sakit jantung, manakala ibu mereka, Maimon Salim, 51, pula suri rumah sepenuh masa dan terpaksa menghabiskan banyak masa menjaga suami yang uzur.

Sementara itu, Mohamad Ibrahim berkata, sebelum ini dia pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah agensi di Putrajaya, Kuala Lumpur selama hampir 10 tahun. Bagaimanapun, pulang ke Ipoh sekitar 2001 kerana menghadapi masalah keluarga khususnya menjaga kedua ibu bapanya yang uzur.

“Di Ipoh, saya bekerja di pelbagai agensi dan sekitar 2005 ketika bertugas di Bangunan Persekutuan, saya telah jatuh pitam dan dimasukkan ke wad. Dari situ saya diberitahu mengidap masalah jantung menyebabkan saya tidak dapat lagi bekerja,” katanya.

Dia pernah juga cuba untuk bekerja, tetapi hanya mampu bertahan selama beberapa hari kerana sering kali pitam di tempat kerja. Setiap dua hari seminggu, dia berulang alik ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) bagi mendapatkan rawatan susulan.

“Saya dimasukkan ke wad beberapa kali sebelum ini akibat masalah jantung dan komplikasi masalah kesihatan lain,” katanya.

Dia turut meminta agar Institut Jantung Negara (IJN) segera mengeluarkan surat berhubung keadaan dirinya yang perlu menjalani pembedahan jantung pada 6 Januari tahun depan.

Katanya, tanpa surat itu, dia sukar mendapatkan bantuan kewangan daripada mana-mana pihak kerana kurang yakin dengan dokumen berhubung dirinya yang mengalami masalah sakit jantung.

“IJN hanya menghantar kepada kami satu borang senarai semakan perkara yang diperlukan bagi menghadapi pembedahan itu. Saya juga pernah meminta IJN agar mengeluarkan surat rasmi bagi memudahkan mereka memohon bantuan kewangan, tetapi IJN pula menggesa saya menyerahkan surat sokongan daripada pihak tertentu khususnya daripada Menteri Besar bagi menguatkan permohonan mendapatkan surat berkenaan.

“Kerana terlalu sukar untuk saya mendapat bantuan daripada pihak berkenaan, saya juga pernah mengajukan perkara ini kepada istana. Hasilnya pegawai istana mencadangkan agar perkara itu diajukan terlebih dahulu kepada kerajaan negeri, khususnya Menteri Besar.

“Bagaimanapun, ketika mengajukan perkara itu ke pejabat Menteri Besar baru-baru ini, saya tidak dibenarkan berjumpa, namun hanya dihulurkan wang RM50, selain diminta beredar dari pejabat berkenaan,” katanya kesal.

(Inilah dia contoh pemimpin 1Malaysia : Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan...Zambry Kadiaq)

Menurut Maimon, bagi menyara kehidupan sekeluarga, mereka hanya bergantung hidup dengan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM155 sebulan.

Katanya, dengan wang sebanyak itu, keluarga berkenaan menyara hidup seperti membayar sewa rumah RM40 sebulan, makanan dan keperluan harian lain.

“Saya merayu kepada pihak berkenaan khususnya IJN agar segera mengeluarkan surat rasmi berhubung masalah penyakit jantung yang dihadapi suami, selain menyatakan jumlah perbelanjaan sebanyak RM25,000 yang perlu dibayar bagi menanggung kos pembedahannya.

“Saya hanya mahukan keselamatan suami saya terjamin, tolonglah selamatkan suami saya,” katanya.

Bagi orang ramai yang hendak menghulurkan bantuan kepada keluarga ini boleh berbuat demikian menerusi akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) bernombor 10160-29-0000010254 atas nama Mohamad Ibrahim bin Mohamad atau menghubunginya di talian 017-505 0337.


0 comments