PUTRAJAYA 4 Dis. — “Tak tahu nak kata apa”, itulah reaksi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang terkejut dengan kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang akan mendoakan pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) “pecah perut” berhubung isu bayaran royalti minyak.
Beliau berkata, kenyataan sedemikian langsung tidak mencerminkan sifat keIslaman dan terperanjat kerana ia keluar dari mulut seorang yang bergelar Mursyidul Am.
"Rasa tak boleh apa nak dikata. Yang kita tahu sebelum ini pun, kita kata sebagai orang Islam tak pernah mendoakan seorang Islam lain itu musnah hanya kerana sebab-sebab konflik tertentu dan dalam hal Kelantan berkaitan royalti minyak.
"Itu sudah diputuskan oleh Kabinet. Jadi, saya tak tahu nak kata apa kerana ini bukan pertama kali, berulang-ulang kali,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tanah Negara Ke-65 di sini hari ini. - Bernama
-----------------------------------
Hai takan tak boleh nak berkata kata TPM kita ni....awat sampai tak boleh nak ulas isu doa ini ...terkejut dengan doa atau tekejut melihat sokongan pelbagai lapisan rakyat dalam perhimpunan pagi tadi...
Bagi aku doa ini khas untuk seluruh rakyat Kelantan oleh Tok Guru kerana keegoan UBN dalam membuli serta menakfikan hak kerajaan kalantan.
Kepada TPM kita yang dikasihi apa nak ditakut dengan doa ini kalau BN merasa tindakan kerajaan pusat itu betul dan tidak melangari serta bercanggah perjanjian antara petronas dan negeri ....relax ler.
kalau boleh suruh ulama pengampu Bn buat satu doa tolak bala pula baru ngam buku bertemu ruas ...wa ka ka ka...
¡Hola mundo!
8 years ago
0 comments
Post a Comment