Peruntukan kepada Madrasah Nuruk Hidayah di Kg Pengkalan Gate Tambahan sebanyak RM50,000 untuk menaiktaraf serta membesarkan surau serta sekolah agama rakyat yang terletak dibawahnya telah ditarik balik.
Persoalannya kerana apa?
Ada yang berkata kerana Dato Seri Nizar bertandang untuk Solat Hajat kesana tempohari. Oleh kerana itu, peruntukan sebanyak RM50,000 itu telah ditarik balik atas desakan 'tangan-tangan ghaib' yang tidak senang dengan perkembangan di Kg Pengkalan Gate Tambahan itu.
Inilah akibatnya apabila institusi keagamaan juga dicampuri dan dimonopoli oleh kuasa politik yang rakus dan mengaku beragama Islam.
Ajijoi
¡Hola mundo!
8 years ago
0 comments
Post a Comment