http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Luna rancakkan debat porno

Posted by Love Perak | Friday, July 02, 2010 | 0 comments »

Semenjak hari pertama timbul kes tersebarnya video lucah melibatkan pelaku yang mirip Ariel, Luna Maya dan Cut Tari, Indonesia menjadi gempar.

Video tersebut dikatakan dirakam dengan sengaja.

Gosip-gosip yang berkeliaran di media dan kota Jakarta mengatakan bahawa terdapat lebih daripada 30 lagi video yang melibatkan Ariel dan wanita-wanita lain masih belum tersebar.

Perdebatan mengenai pornografi muncul kembali di negara yang mempunyai umat Islam terbesar di dunia itu.

Ariel adalah penyanyi kepada kumpulan muzik terkenal Peterpan (kiri).

Peterpan bukan sahaja terkenal di Indonesia, tetapi juga di Malaysia. Malahan, kumpulan tersebut pernah mengadakan berberapa konsert di Kuala Lumpur.

Luna Maya pula merupakan seorang model dan pelakon wanita yang cukup terkenal di Indonesia. Beliau yang dilahirkan di Denpasar, Bali aktif dalam dunia sinetron (drama) dan perfileman.

Cut Tari Aminah Anasya yang lebih popular dengan panggilan Cut Tari pula anak kelahiran Jakarta. Beliau merupakan pelakon sinetron (drama) dan juga pengacara rancangan TV yang tidak asing lagi di Indonesia.

Pihak polis Indonesia telah menutup lima warnet (cyber café) di Kabupaten Pamekasan, Jawa Timur kerana disyaki menjadi tempat simpanan dan penyebaran video pornografi mirip Ariel, Luna Maya dan Cut Tari kepada masyarakat.

Menurut timbalan ketua polis Pamekasan, 11 unit komputer yang menyimpan video pornografi tersebut telah disita. Selain itu, pemilik-pemilik warnet turut dipanggil untuk disoalsiasat.

Nasib Ariel, Luna Maya dan Cut Tari

Sehingga kini, masih belum ada pengakuan daripada Ariel, Luna Maya dan Cut Tari bahawa mereka terlibat dalam video pornografi tersebut. Kes ini telah menyebabkan Ariel Peterpan digelar Ariel Peterporn.

Pihak polis telahpun menggeledah rumah dan pejabat Ariel, Luna Maya dan Cut tari untuk mencari bahan bukti.

Sebelum ini Ariel, Luna Maya dan Cut Tari ditetapkan sebagai saksi kepada kes ini kerana wajah mereka mirip kepada "orang-orang" dalam video tersebut.

Kini Ariel telah dijadikan sebagai salah seorang suspek bagi kes tersebut.

Polis turut memanggil bekas anggota kumpulan Peterpan, Indra dan Andika yang kini bersama kumpulan The Titans sebagai saksi bagi menentukan apakah benar Ariel adalah orang dalam video itu.

Luna Maya yang merupakan model kepada iklan sabun mandi Lux, tidak dapat dipastikan akan dapat meneruskan kariernya bersama produk sabun mandi tersebut.

Syarikat PT Unilever sehingga kini masih menunggu siasatan mengenai video pornografi itu selesai sebelum memutuskan masa depan Luna Maya sebagai model produk keluaran mereka.

Lebih malang lagi ialah Cut Tari yang telah dihukum sebelum dibuktikan bersalah apabila kontraknya sebagai pengacara rancangan Infotainment Insert di TransTV telah ditamatkan gara-gara tersebarnya video pornografi tersebut.

Walaupun begitu, Cut Tari sangat beruntung kerana mendapat sokongan daripada suaminya, Yohannes Yusuf Subrata yang menikahinya pada tahun 2004.

Yohannes menyatakan bahawa beliau percaya kepada isterinya dan Cut Tari bukanlah orang yang dalam video pornografi tersebut walaupun pakar-pakar IT menyatakan sebaliknya.

Laporan meluas media Indonesia

Media di Indonesia melaporkan dengan meluas kes pornografi yang dikaitkan dengan Ariel, Luna Maya dan Cut Tari.

Televisyen, radio, akhbar, laman web dan laman blog tidak putus-putus melaporkan perkembangan kes tersebut.

Jika dibuka televisyen, pasti akan ada berita mengenai kes tersebut termasuklah forum-forum yang membincangkan mengenai isu berikut.

Tidak kurang juga dengan akhbar-akhbar yang sering memberikan laporan muka hadapan.

Ini telah menyebabkan Dewan Pers, sebuah badan media mendesak agar media-media di Indonesia mengurangkan laporan mengenai kes Ariel, Luna Maya dan Cut Tari.

Menurut Bagir Manan yang merupakan ketua kepada Dewan Pers, media seharusnya mengurangkan laporan mengenai kes tersebut dan hanya menumpukan dari aspek undang-undang oleh kerana kes ini sedang berada dalam siasatan polis.

Video turut tersebar luas di Malaysia

Menurut laporan Tempo Interaktif, video pornografi melibatkan Ariel, Luna Maya dan Cut Tari turut tersebar dengan meluas di Malaysia.

Menurut laporan daripada media tersebut, terdapat kedai di Malaysia yang menjual VCD pornografi tersebut dengan harga RM 25 sekeping dan berjaya terjual sebanyak 100 keping dalam masa dua hari.

Pertalian Nusantara diantara Indonesia dan Malaysia bukan sahaja dari bahasa dan budaya tetapi juga skandal-skandalnya.

Tidak hairanlah VCD tersebut menjadi popular oleh kerana Ariel dan Peterpan sangat popular dikalangan rakyat Malaysia.

Masyarakat di Indonesia mempunyai pelbagai pandangan dalam menghadapi kes pornografi selebriti tersebut. Ada yang beranggapan ketiga-tiga selebriti ini bersalah dan harus memohon maaf kepada masyarakat.

Ada juga yang melihat ketiga-tiga selebriti ini sebagai mangsa oleh kerana video itu adalah koleksi peribadi dan tidak berniat untuk disebarkan.

Hanya masa yang akan menentukan. Selepas polis Indonesia selesai melakukan siasatan, nasib sebenar ketiga-tiga selebriti tersebut akan ditentukan.

Menurut seorang teman yang juga merupakan seorang pembikin filem independen, lama-kelamaan kes tersebut akan dilupakan dan Ariel, Luna Maya dan Cut Tari boleh melakukan comeback.


Amin Iskandar, penulis blog dan penggiat budaya, kini memimpin Institut Nasional Integriti Pilihanraya (NIEI). Beliau menerima anugerah zamalah Asian Public Intellectuals (API) sesi 2009-2010 untuk menjalankan kajian sistem pilihan raya di Filipina dan Indonesia.

0 comments

There was an error in this gadget