http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Ahli parlimen BN tidak layak anggotai kabinet Najib - Anwar

Posted by Love Perak | Tuesday, June 01, 2010 | 0 comments »

Ahli parlimen BN tidak layak anggotai kabinet Najib

Dzulfikar Mashoor
PETALING JAYA, 1 Jun: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penyenaraian lebih banyak senator dalam kabinet baru seakan memberi gambaran bahawa ahli parlimen BN tidak layak dilantik menjadi menteri dan timbalan menteri.

"Bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kebanyakan ahli-ahli parlimen yang kanan di Dewan Rakyat mungkin tidak layak menjadi menteri dan timbalan Menteri dalam kabinet baru ini," jelas beliau selepas mempengerusikan Menyuarat Majlis Pemimpin Pakatan Rakyat di ibu pejabat PKR, Tropicana lewat petang tadi.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh mencadangkan Najib supaya mengadakan pilihan raya kecil dengan meletakkan para senator yang baru dilantik bertanding dan menjadi Ahli Parlimen bagi menggantikan segelintir Ahli Parlimen BN yang sedia ada.

"Elok Datuk Seri Najib adakan suatu pilihan raya kecil untuk memilih dari kalangan senator-senator terbabit menjadi ahli Parlimen, ganti mana-mana ahli Parlimen BN yang dirasakan Najib tidak layak," ujar beliau yang juga Ketua Umum PKR.

Sebelum pada itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang turut mempersoal tindakan Najib melantik banyak senator untuk menganggotai kabinet baru beliau.

Dengan perlantikan tersebut, menurut Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur, langsung tidak mencerminkan sebuah 'Kabinet Rakyat'.

Ini kerana, menurut beliau, pemilihan beberapa senator terbabit bukannya dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya yang demokratik, tetapi dipilih oleh Najib berasaskan kepentingan politik sempit parti-parti komponen BN semata-mata.

Katanya lagi, tindakan Najib melantik lebih ramai pemimpin MCA walaupun mungkin untuk menangani konflik kepentingan dalam parti perkauman Cina itu, tetapi perlantikan tersebut adalah sia-sia.

"Saya tidak nampak (perlantikan) ini sebagai suatu nilai tambah untuk MCA dan BN tidak mungkin boleh memulihkan keyakinan rakyat dengan perlantikan itu," ujar beliau.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pula mengganggap pembentukan kabinet yang baru itu semata-mata untuk memulihkan kepercayaan rakyat.

Perlantikan tersebut menurut beliau, sebenarnya lebih untuk menangani masalah dalaman MCA dan BN sendiri.

0 comments