http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Azmin Kena Serang Lagi | Nizar News

Posted by Love Perak | Tuesday, November 17, 2009 | 0 comments »

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali menafikan dakwaan terbaru hari ini bahawa beliau memperoleh saham-saham bernilai sekurang-kurangnya RM2 juta ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri.


Azmin membuat penafian beberapa jam selepas seorang bekas pembantu kanan Anwar mendedahkan dokumen-dokumen baru yang didakwa sebagai bukti Azmin telah memperoleh saham sekurang-kurangnya bernilai RM2 juta sekitar awal 1990-an.



Dakwaan itu yang dibuat oleh Anuar Shaari, bekas setiausaha peribadi Anwar pagi tadi merupakan yang kedua dalam tempoh lima hari.



Sabtu lalu, Azmin juga telah menafikan pendedahan bekas Ketua Pemuda MIC, SA Vigneswaran kononnya beliau, isteri dan adik iparnya memperoleh saham RM8.5 juta awal 1990-an ? ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan sambil menganggapnya “sebagai tidak berasas sama sekali.”



“Kali pertama saya disoal siasat oleh Badan Pencegah Rasuah (kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) pada tahun 1995 dan oleh polis 11 tahun yang lalu. Dan, kini mereka hendak kembali semula dengan skrip yang sama, saya serahkan perkara ini kepada orang ramai (untuk membuat penilaian),” kata Azmin kepada pemberita di bangunan Parlimen.



“Sebelum ini mereka mendakwa RM8 juta, sekarang sudah turun kepada RM2 bilion… pada tahun 1998 dakwaan yang dibuat ialah RM400 juta,” kata Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak.



Pagi tadi, Anuar membuat laporan polis di Bukit Aman mendakwa Azmin memperoleh saham berkenaan antara 1992 dan 1994.



Anuar yang membuat laporan dengan diiringi beberapa pemimpin Pemuda Umno dan pertubuhan bukan kerajaan Pewaris memberitahu, tindakan itu diambil demi kepentingan untuk menegakkan kebenaran.



Anuar menambah, kebanyakan pemerolehan saham berkenaan dibuat atas nama isteri Azmin, Shamsidar Taharin.



Kata beliau, Anwar juga perlu disabitkan dalam transaksi yang dibuat antra tahun 1992 dan 1994 ketika itu Azmin berkhidmat sebagai setiausaha peribadi bekas Timbalan Perdana Menteri.



Azmin, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa menambah, beliau telah disoal siasat oleh polis selama lapan hari pada 1998 berhubung dakwaan memiliki kekayaan.



“Saya ditahan selama lapan hari. Saya telah mengemukakan kesemua bukti kepada pihak berkuasa,” katanya.



“Saya telah memberikan kerjasama saya kepada polis semasa ditahan selama lapan hari dan sepanjang tempoh tahanan itu, saya telah disoal siasat secara bertubi-tubi,” katanya.



Mengenai dakwaan Vigneswaran, Azmin berkata, surat tuntutan akan dihantar kepada beliau esok.



Ketika ditanya sama ada tindakan perundangan juga akan diambil ke atas Anuar, Azmin menyoal: “Siapa dia Anuar Shaari? Dia merupakan pengemis politik.”

0 comments