http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Mahathir terus berdendam, mahu pastikan Anwar tidak menjadi PM

Posted by Love Perak | Monday, November 23, 2009 | 2 comments »

Walaupun sudah lebih 10 tahun peristiwa pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Umno oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, namun kebencian dan dendam Dr Mahathir kepada Anwar masih belum habis. Di mana ada ruang dan kesempatan Dr Mahathir akan menyerang dan mengkritik Anwar.

Terbaru ialah apabila beliau persenda peranan Anwar di Selangor yang dilantik menjadi penasihat ekonomi. Menurut penilaian Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas timbalannya itu seorang pendebat yang baik tetapi bukan seorang yang tahu mengenai ekonomi.

Itu penilaian Dr Mahathir. Apa yang jelas menggambarkan kebencian dan dendam beliau terhadap Anwar belum berakhir. Beliau sepatutnya melupai peristiwa lama dan membina pemikiran dan persepsi baru demi masa depan rakyat dan negara.

Persoalannya mengapa Dr Mahathir berbuat begitu, terus menyerang dan menghina Anwar. Ini mengambarkan ketakutan beliau keatas masa depan dan politik umno yang menerajui pemerintahan negara ini. Mungkin Dr Mahathir dilihat pemerhati politik yang baik. Apa yang beliau nampak adalah sinar untuk Anwar berkuasa adalah cerah.

Dengan pelbagai masalah yang wujud dalam pemerintahan umno ini jelas kerajaan Barisan Nasional bergetar kepala lutut jika tampuk pemerintahan bertukar ganti kepada Pakatan Rakyat. Jika ini berlaku bermakna Dr Mahathir dan grombolan umno berada dalam bahaya. Jadi mereka harus menyekat supaya ianya tidak terjadi walau apa cara sekali pun.

Jika kejayaan Anwar merampas kerusi perdana menteri bersama Pakatan Rakyat mungkin akan menyusahkan kehidupan Dr Mahathir dan grombolan BN kelak. Mungkin di minda Mahathir, kalau Anwar berkuasa kerajaan Anwar akan membongkar kesalahannya dan mendakwa di mahkamah. Jika ini yang ada dalam kotak fikiran Mahathir jelaslah yang beliau adalah seorang pendendam.

(Moral: Sudah pastinya grombolan ini mahu mematahkan langkah Anwar. Kalau boleh mereka mahu sabitkan kesalahan Anwar itu dan nyahkan beliau dari politik Malaysia walaupun kesalahan beliau dicipta oleh grombolan ini. Apa akan terjadi jika Anwar tidak bersalah dengan kes liwatnya. Walhal kes ini sudah menjadi sejarah 1 Malaysia. Mampukah Dr Mahathir memadam kembali sejarah tersebut dalam usia yang sudah lanjut?. Apa pula persepsi generasi akan datang kepada beliau?... Yang pastinya Dr Mahathir dan Najib telah merendahkan Islam dengan tuduhan liwat ini. Mungkin yang bukan beragama islam akan berkata.. lu pikirlah sendiri.. boleh main belakang... )

BKO

2 comments

  1. Anonymous // November 23, 2009 at 2:55 PM  

    salam,

    saya tak rasa tun takut pada anwar tapi sebenarnya anwarlah yang takut pada tun. dalam poket tun ada 1001 rahsia anwar. tak payah tun, saya pun tahu. kadang2 tu saya geli hati bila melihat masih ramai yang tidak nampak akan warna sebenar anwar. betullah, Allah tidak akan membuka pintu hati kita jika kita tidak mahu membukanya. tolonglah pergi tanya wan azizah atau pun nurul izzah atau bolehh juga tanya sesatunya anak lelaki anwar tentang kelakuan sebenar anwar. jika ditakdirkan anwar jadi perdana menteri malaysia, semoga Allah tidak akan menurunkan balaNya keatas kita semua.

  2. Anonymous // November 23, 2009 at 4:42 PM  

    dah lama citer2 cam ni kedengaran apa lagi klu ada bukti sertakan sekali dlm kes liwat terkini ;)