Kesian memerhati langkah longlai Abdullah sekarang. Begitu lemah sekali setelah dipaksa turun dari kerusi utama negara. Betapa tidaknya.. sudahlah dipaksa turun, peruntukan yang sebelum ini disalurkan ke kawasannya ditarik balik dalam Rancangan Malaysia Ke-9.
Exco Kebajikan, Kesihatan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang, Phee Boo Poh ketika memberitahu perkara itu berkata, Abdullah kini seolah senasib dengan ahli parlimen pakatan rakyat yang lain.Tindakan kerajaan persekutuan itu tegasnya adalah tidak wajar, seolah olah mahu 'menghukum' Abdullah dan lebih teruk lagi akan mengainaya masyarakat di parlimen tersebut.
"Sebenarnya perkara ini disembunyikan dari pengetahuan umum bimbang menjatuhkan maruah mantan Perdana Menteri yang telah berjasa pada negara walaupun perkhidmatanya singkat ekoran ketidakbijaksanaan memerintah, " tegasnya yang juga Adun Sungai Puyu.Tegasnya lagi, kerajaan pusat sewajarnya membantu Abdullah bagi membantu masyarakat di kawasannya khususnya di Dewan Undangan negeri (Dun) Bertam dan sebagai mengenang jasa beliau terhadap pembangunan negara.
Tidak patut buat begitu kerana Kepala Batas juga sebahagian daripada Pulau Pinang lebih-lebih kawasan Tun Abdullah yang pernah dinobatkan sebagai Perdana Menteri Ke Lima Malaysia, " katanya.Sejak Tun Abdullah memegang tampuk pemerintahan pada penghujung 2003 boleh dikatakan Bertam muncul sebagai sebuah pusat pentadbiran baru mengantikan Butterworth yang kini lebih kepada bandar pelabuhan.
Dan sekarang ini kerancakan pembangunan di Bertam seakan terhenti apabila peruntukan tersebut ditarik. Lebih baiklah jika Abdullah masuk ke Pakatan Rakyat bilamana seakan2 jasanya tidak diiktiraf rakan2 sekarang
¡Hola mundo!
8 years ago
0 comments
Post a Comment