http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

BALA yang membawa BALA kepada BN | Nizar News

Posted by Love Perak | Sunday, November 15, 2009 | 0 comments »


Sebaik sahaja dilepas tanpa dibebaskan dari pertuduhan kes fitnah Rosmah, Petra tidak mengambil masa yang lama untuk melakukan pendedahan seterusnya atau lebih tepat dipanggil sebagai "come back" watak utama yang mendedahkan beberapa maklumat rahsia, kes pembunuhan gadis Mongolia, Atlantuya Shaariibuu.

Rakaman video siri pertama pengakuan "Bala", seorang penyiasat persendirian yang penah muncul dengan akuan bersumpahnya yang mendakwa berlakunya hubungan sulit antara Najib dan juga seorang gadis Mongolia dan kemudiannya menghilangkan diri selepas membuat akuan bersumpah ke-2, yang menafikan beberapa kenyataan dari akuan sumpah pertamanya.

Dalam rakaman video sepanjang 1 minit, 28 saat itu, "Bala" mendedahkan kesahihan akuan sumpah pertamanya dan yang paling mengejutkan ialah, "Bala" juga mengatakan bahawa beliau menerima sejumlah wang sebanyak Ringgit Malaysia 5 juta untuk menarik balik akuan bersumpahnya (yang pertama) itu.

Dalam perkembangan berkaitan juga, "Bala" turut mendedahkan identiti seorang saudagar permaidani bernama Deepak yang dikatakan rakan usahasama isteri Najib, Rosmah telah menemuinya di sebuah restoran di Rawang dan menawarkan wang berjumlah RM5 juta itu.

Dijangkakan bahawa selepas pendedahan pertama ini, akan ada lagi beberapa siri pendedahan demi pendedahan akan dilakukan oleh "Bala" dan ini pastinya akan menjadi 1 "Bala" kepada mereka-mereka yang tahu keterlibatan diri mereka dalam kes pembunuhan tersebut.

Sebelum ini juga, ketika kita sedang sibuk berkempen untuk pilihanraya kecil Bagan Pinang, Petra telah mengeluarkan sebuah artikel yang berkaitan dengan saudagar carpet tersebut disini.

Sedikit petikan dari artikel tersebut -

Saya bertemu dengan Carpetman lebih daripada setahun yang lalu. Dia meminta untuk bertemu melalui seorang kenalan. Ini kerana dia bimbang apabila mendapat tahu bahawa saya akan mendedahkan bahawa dia sebenarnya adalah Bagman untuk Rosmah.
Tapi bukan fasal tu dia menggelabah. Sebenarnya, dia mula naik risau kerana pendedahan yang akan saya lakukan bukan hanya menyabitkannya sebagai Tukang Catut, tetapi juga Jantan Jalang si Rosmah.
Hubungan saya dengan Rosmah hanya hubungan niaga biasa, kata Si Penjual Permaidani. Saya tak pernah tidur dengan Rosmah. Jadi, tolong jangan dedahkan kepada umum bahawa saya adalah Jantan Jalang Rosmah.
Gambaran yang ingin Si Penjual Permaidani wujudkan adalah bahawa hubungannya dengan Rosmah hanya setakat di bilik mesyuarat dan tidak sampai ke bilik tidur. Tetapi lain pula kata Mumtaz Jaafar. Eh, siapa pula Mumtaz Jaafar?
Tamat petikan artikel.

Dalam "come back" "Bala" juga, beliau menyatakan bahawa beliau akan mendedahkan beberapa nama VVIP yang rapat dengan Najib dan Rosmah, juga beberapa nama pegawai kanan polis tetapi tidak dinyatakan secara jelas keterlibatan mereka-mereka yang bakal didedahkan didalam kes ini.

15 bulan menghilangkan diri dan "Bala" tiba-tiba muncul kembali dengan satu lagi kejutan dan dijangkakan bahawa, Najib dan Rosmah akan melalui hari-hari seterusnya bukan lagi dengan "senyuman" 1Malaysia sebaliknya lebih kepada "Senyuman Bala".

Aku tak pasti akan adakah lagi mereka-mereka yang bakal "hilang" selepas ini sepertimana yang berlaku sebelumnya..? Najib, Rosmah dan kuncu-kuncunya pasti tidak akan duduk diam. banyak yang perlu dilakukan oleh pasangan 1Malaysia ini selepas ini.

Apakah selepas ini Razak Baginda yang telah menghilangkan diri juga akan melakukan "come back" sebagaimana "Bala"..?

Benarkah Razak Baginda ketika ini berada diluar negara, atau adakah Razak Baginda sedang bersembunyi didalam negara..?

Ketika berada di Bagan Pinang dalam tempoh kempen PRK, aku ada menerima 1 email yang agak menarik...

Sedikit petikan dari email tersebut -

Razak Baginda telah menjadi seorang yang berjanggut dan berjubah tetapi tidak pernah menampakkan dirinya. Telah dicuba untuk memaksa Razak Baginda keluar dari tempat persembunyiannya dengan memutuskan bekalan elekrik premis tersebut tetapi gagal.
Eh... Razak Baginda dah jadi ahli PAS ke..?

0 comments