http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Kasihan Mat Sah

Posted by Love Perak | Friday, November 13, 2009 | 0 comments »

Pagi tadi, Khamis 12 Nov, saya telah diarahkan pergi ke IPD Ampang untuk bertemu dengan seorang "SB" yang telah ditugaskan untuk memantau perjalanan kehidupan saya.Saya dipastikan berada dirumah sebelum jam 9 malam dan tidak boleh keluar dari kawasan Ampang Jaya.Jika hendak keluar malam atau keluar kawasan, saya terpaksa menulis surat pada Ketua Polis Selangor!!!

Jam 9.30 pagi, saya dan Laila sudah berada di kawasan IPD Ampang.Sementara saya bertemu SB tersebut, Laila menunggu di kereta. Pertemuan itu tidak lah begitu lama, dalam 15-20 minit tetapi Laila menalipon saya beberapa kali, mungkin untuk memastikan saya dalam keadaan yang baik-baik saja....

Sebaik saja selesai bertemu SB itu, saya turun dan mendapatkan Laila dikereta.Masam saja wajah beliau.Bila saya katakan "SB akan datang kerumah kita pada bila-bila masa saja untuk memastikan saya ada dirumah..." tiba-tiba saja muka Laila berubah menjadi merah padam.Saya tahu dia marah sangat pada SB tersebut."Dia cuma menjalankan tugasnya saja" kata saya lembut sambil menyentuh jari-jemari Laila. Terperanjat saya bila Laila menarik jarinya dari pegangan saya...Kami berdua terus mendiamkan diri.Laila hanya memandang kearah tingkap disebelah kirinya.Faham, amat faham bahawa Laila amat marah kerana saya seolah-olah "membela" SB tersebut.Saya faham dan amat mengerti kesusahan dan kesukaran hidup yang dirasai Laila selama 7 tahun saya ditahan di Kem Kamunting.Saya tahu, dia tidak akan memaafkan perbuatan buruk semua SB tersebut, sampai bila-bila.....

Dan seperti yang diduga, pada hari ini, SB menalipon saya beberapa kali untuk memastikan saya berada dikawasan Ampang.Dan malam tadi, sekitar jam 9.30 malam, SB tersebut telah datang ke pintu pagar rumah kami..."Binatang " itu dah memulakan tugasnya memantau dimana Abang berada..." kataku pada Laila... oleh Mat Sah Bin Muhammad Satray

0 comments