http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Pekong UMNO Sudah Pecah. Busuk dan Bernanah

Posted by Love Perak | Monday, November 30, 2009 | 0 comments »

KUALA LUMPUR: Kabinet bersetuju merombak semula kurikulum Biro Tata Negara (BTN) supaya lebih inklusif dan tidak membelah bahagikan rakyat negara ini mengikut kaum sejajar dengan konsep 1Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Kabinet beberapa minggu lalu dalam usaha memastikan kursus BTN tidak tertumpu kepada satu kaum sahaja.

"Pada saya, kurikulum yang ada tidak selaras dengan apa yang Perdana Menteri mahukan dan jika kita bercakap berhubung integrasi kaum, tidak boleh hanya satu kaum yang menghadiri kursus itu, sebaliknya kaum lain juga dijemput," katanya di lobi Parlimen, hari ini. - Berita Harian

Padan muka... Tembelang dan pekong sudah pecah. Dulu kata Batang Tak Naik ok. Dulu kata ia selaras dengan 1 Malaysia. Dulu kata BTN bukan perkauman. Nak rombak buat apa pulak. Dulu beruk ini cakap BTN tidak mempunyai niat yang jahat. Nak rombak pulak... Sudah biul ke? Sekajap kata bagus, sekejap nak rombak. Kasi hapus teruslah..!!!

Kerajaan Rakyat

Mai Tengok Beruk

Posted by Love Perak | Monday, November 30, 2009 | 3 comments »

Sekumpulan kira-kira 100 beruk-beruk yang menyokong Pemuda BN telah berkumpul di depan bangunan DUN Pulau Pinang tengah hari tadi dan seekor dalam kumpulan itu membakar foto Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Aku guna perkataan beruk bagi menggantikan perkataan orang kerana suatu masa dulu Khairy Jamaluddin Ketua Pemuda UMNO telah menggunakan perkataan beruk-beruk kepada penyokong Pakatan Rakyat yang telah menyertai perhimpunan BERSIH. kalau dah lupa klik sini




Dikepalai oleh ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Norman Zahalan, tunjuk perasaan itu bermula kira-kira 12.15 tengah hari dan berakhir hampir sejam kemudian ketika sidang DUN Pulau Pinang sedang berlangsung hari ini.

Kononnya ia dianjurkan sebagai membantah pentadbiran kerajaan negeri yang didakwa "tidak cekap dan teragak-agak" membuat keputusan bagi menyelesaikan masalah rakyat dan juga gagal menunaikan janji pilihan raya umum 2008.

Mungkin sebenarnya ianya dianjurkan bagi mengembalikan ingatan Rakyat tentang keujudan Pemuda BN yang semakin dilupakan. Tindakan itu juga bolehlah ditafsirkan sebagai meraih populariti dan juga publisiti murahan..



Dan menyentuh mengenai kejadian membakar foto Lim Guan Eng, seperti biasa.. Ketua Pemuda Gerakan negeri Oh Tong Keong menunjukkan sikap baling batu sembunyi tangan yang diamalkan oleh BN dengan menjelaskan insiden membakar poster Lim bukan tindakan Pemuda BN tetapi seorang penduduk Kampung Buah Pala yang turut hadir di situ.

Beliau juga telah berkata "Saya telah cuba menghalangnya (berbuat demikian) tetapi keadaan menjadi tidak terkawal," walaupun didalam gambar diatas menunjukkan tiada siapapun yang menghalang Pemuda? itu membakar foto Lim Guan Eng.













Sumber berita dari sini
Sumber gambar dari sini

1Dunia perlu tahu pasal Mahathir

Posted by Love Perak | Monday, November 30, 2009 | 1 comments »


1Dunia sudah tahu betapa jahat dan korupnya Mahathir. Kini muncul lagi bukti2 mengatakan Mahathir lah paling banyak korup dalam semua perdana menteri. Baca artikel penuh di link di bawah ini.

http://kerajaanrakyat.blogspot.com/2009/11/soros-reply-to-mahathir_30.html



Terkini dari Mahkamah Kes Anwar vs Mahathir

Posted by Love Perak | Monday, November 30, 2009 | 0 comments »

Mahkamah Persekutuan : cabar pemecatan'98 kerana YDP Agong tidak perkenan pada 2-9-98.Hakim Hashim setuju tarik diri walaupun tidak didesak. Tangguh-Khamis.

Dari Twitter Anwar Ibrahim Diolah oleh LovePerak.

Video - Doa TG Nik Aziz untuk Najib

Posted by Love Perak | Monday, November 30, 2009 | 0 comments »

BTN - Batang Tak Naik

Posted by Love Perak | Monday, November 30, 2009 | 1 comments »

KUALA LUMPUR 28 Nov. Bekas Ketua Pengarah BTN, Datuk Kamarudin Kachar berkata, sepatutnya jika pembangkang yakin yang mereka kuat maka mereka tidak perlu menyerang BTN dengan tuduhan yang bukan-bukan.

Kata beliau, apa yang berlaku sekarang ini tidak lain hanyalah gelagat orang yang tidak mempunyai keyakinan untuk berhadapan kekuatan pihak lawan atau dalam erti kata lain tindakan orang pengecut.

''Orang pengecut yang menuduh bukan-bukan. Kalau kita kuat, buatlah kursus BTN sepanjang tahun pun, apa nak takut. Nampak ini tanda-tanda jelas yang mereka takutkan pengaruh politik merosot, jadi mula melatah tuduh tak tentu hala. - Utusan Malaysia

Kan dah cakap dah Batang Tak Naik (BTN) ni propaganda umno...!!

Apa ke hal Mat Kamarok ni nak backing umno kalau BATANG TAK NAIK bukan milik umno?

Kalau umno dah kuat buat apa nak pasang propaganda lagi? Kalau dah kuat kenapa takut sangat dengan pilihanraya Siputih? Siapa yang pengecut ni...?

"jika pembangkang yakin" - Tolong sikit...!!! Di Selangor siapa pembangkang...?? Lu demam ke Kamarok..??

Mengulas mengenai beberapa pegawai kanan BTN yang kini berada dalam pimpinan pakatan pembangkang, Kamaruddin yang juga Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia (PPPMM) berkata;

''Itulah, saya pun tak tahu apa penegasan mereka, macam rela membiarkan orang mengata diri sendiri. Ada antaranya pernah jadi timbalan saya, ada jadi pegawai saya macam Datuk Johari Abdul (Ahli Parlimen Sungai Petani)."

Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia???? Mak oi, presiden beb. pikir pakai kepala otak ke kepala bana??

Kerajaan Rakyat

Anwar Ibrahim vs Mahathir Mohammad

Posted by Love Perak | Sunday, November 29, 2009 | 0 comments »

Esok merupakan kes saman DSAI ke atas Mahathir Mohammad. Berikut merupakan butiran kes tersebut:



Tarikh: Isnin, 30hb November 2009



Masa: 9.00 AM



Tempat: Mahkamah Persekutuan, Istana Keadilan, Putrajaya



Pejabat Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap mempertahankan bahawa tidak salah daripada segi agama Islam jika mendoakan seseorang itu dilaknat Tuhan jika mereka mempunyai niat jahat terhadap seseorang lain.


Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau sanggup berhadapan dengan ulama yang membidas serta mengkritik kenyataannya itu dan mengingatkan beliau bahawa perbuatan sedemikian adalah haram di sisi Islam.



Jumaat lepas, Nik Abdul Aziz berkata beliau akan berdoa kepada Allah supaya memusnahkan masa depan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Umno jika kerajaan pusat enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan, yang disifatkan sebagai sesuatu yang tidak betul.



Menteri Besar Kelantan itu turut menjelaskan kenyataannya itu.



"Doa yang dimaksudkan itu (kepada Perdana Menteri) hanya meminta Allah memperbetulkan fikiran Perdana Menteri,(Datuk Seri Najib Tun Razak) iaitu beri (royalti) gas dan petrol kepada Kelantan, kalu tak beri juga, bermakna beliau berniat tak baik.



"Niat tak baik itulah yang saya minta dilaknatkan Tuhan tu...," katanya.



Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria, dalam laporan media hari ini dipetik sebagai berkata umat Islam sepatutnya berdoa dan memohon kepada Allah supaya memberikan hidayah, kesejahteraan serta keselamatan terhadap orang lain, terutama saudara seagama, bahkan kepada orang kafir

Geng Zambry nak bagi duit

Posted by Love Perak | Sunday, November 29, 2009 | 0 comments »

Siapa nak duit?

Presiden Parti Panglima Perang (PPP), Datuk M Kayveas berkata parti itu akan menganjurkan pertandingan mencipta logo baru PPP yang terbuka kepada semua rakyat Malaysia. Hanya satu syarat asas yang mesti ada: Peserta mestilah yang warna kulitnya sama macam menteri besau haram di Perak.

Pemenang bagi tempat pertama, dua dan tiga, masing-masing akan menerima RM5,000, RM3,000 dan RM1,000 manakala RM500 akan diberikan kepada tiga pemenang sagu hati.

Pertandingan bermula 7 Disember. Pertandingan akan ditutup bila Kayveas jadi menteri.

JOHOR BAHRU: Parti Progresif Penduduk (PPP) akan menyerahkan notis kepada Senator Datuk T Murugiah esok untuk memintanya mengosongkan jawatannya sebagai Timbalan Menteri dalam masa 14 hari, kata Presidennya, Datuk M Kayveas.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis PPP di sini hari ini, Kayveas berkata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu patut meletakkan jawatan kerana beliau memperoleh jawatan itu semasa beliau masih menjadi anggota parti itu.

Murugiah dipecat daripada parti, 16 Mei tahun ini.



Bila Polis Nak Tangkap?

Posted by Love Perak | Sunday, November 29, 2009 | 0 comments »

Kadar jenayah di 50 kawasan panas berkurangan
28/11/2009 6:24pm

KUALA TERENGGANU 28 Nov. — Kadar jenayah yang dicatat di 50 kawasan panas yang dikenal pasti di seluruh negara semakin menunjukkan penurunan, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

"Kita lakukan dengan bersungguh-sungguh, dengan adanya balai-balai polis bergerak, kehadiran polis melalui motosikal, kita juga adakan pemeriksaan mengejut di balai-balai yang perlu dinaiktaraf dan sebagainya,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

- BERNAMA

Polis bermotosikal tangkap penjenayah yang pakai basikal. Penjenayah yang pakai uniform di balai polis siapa nak tangkap? Pak menteri yang merompak berbillion ringgit di Putrajaya polis mana yang nak tangkap? Perancang pembunuhan beramai-ramai Bukit Antarabangsa sampai sekarang tak tangkap tangkap. Penjenayah yang merosakkan sistem kehakiman sampai la ni masih bebas.

Yang kena tangkap yang mencuri bra kat supermarket. Yang merompak projek keretapi Rawang-Ipoh, projek perlabuhan kelang, duit KWSP, projek stadium. Bapak polispun tak berani nak tangkap.

Chin Peng lagi bagus dari Polis Perlis?

Posted by Love Perak | Saturday, November 28, 2009 | 0 comments »

Jika betul laporan ini,(boleh baca di perakexpress) apakah Chin Peng lebih ganas dari Polis Perlis atau kedua-duanya sama ganas atau Polis lebih ganas ?

Dahulu, Parti Komunis Malaya diketuai oleh Chin Peng. Kini PDRM diketuai oleh Musa Hassan. Jangan biarkan rakyat samakan cara mereka berfungsi.

Oleh itu , untuk mengetahui betul atau tidak kejadian tersebut, satu Suruhanjaya Bebas perlu diwujudkan untuk 'mewangikan' nama polis yang sudah 'bangar'.

Al-Kerohi


Noordin Mat Top apa habaq?

Posted by Love Perak | Saturday, November 28, 2009 | 0 comments »

Noodin Mohd Top Masih dalam Senarai Merah Interpol?

NEW DELHI: Adakah Noordin Mohd Top masih hidup?Lelaki ini, yang disyaki sebagai militan digeruni di Asia Tenggara, sebelum ini telah dilaporkan ditembak mati oleh polis Indonesia pada September lepas.

Namun mengikut status terkini laman web Interpol, nama lelaki ini disenaraikan dalam "Senarai Orang Paling Dikehendaki" dan status itu pastinya menghantui fikiran.

Nama Noordin, yang dikatakan pakar membuat bom, dan gambarnya terus muncul di ruangan "Red Corner" laman web Interpol bersama-sama 556 penjenayah antarabangsa yang masih dikehendaki oleh polis antarabangsa.

Bukan itu sahaja. Terdapat juga satu Notis Khas Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)Interpol terhadap Noordin, yang lebih dikenali sebagai Mat Top.

Notis itu adalah bagi individu atau entiti yang mempunyai kaitan dengan gerakan keganasan seperti seperti AlQaeda atau Taliban.

Notis itu mengenakan sekatan seperti larangan melakukan perjalanan dan pembekuan aset-aset.Noordin, yang berasal dari Johor, dikaitkan dengan Jemaah Islamiyah (JI) yang dikatakan mempunyai hubungan dengan AlQaeda, dan didakwa menjadi perancang beberapa siri pengeboman di Jakarta, Indonesia iaitu letupan di di Hotel JW Marriot pada 2003, Kedutaan Australia setahun kemudian, letupan bom kedua di Bali pada 2005 dan letupan bom di Hotel JW Marriot dan Ritz Carlton pada Julai lepas.-BERNAMA



Nik Aziz tidak halal dunia akhirat

Posted by Love Perak | Saturday, November 28, 2009 | 1 comments »



Berikut adalah ucapan Tok Guru Nik Aziz di majlis penghayatan Hari Wukuf di Putik Pengkalan Chepa pada 26 November 2009.

“Ambo (saya) tidak halal dunia akhirat. Kalau datang meminta maaf pun, kalau saya tidak beri boleh buat apa”. Demikian kenyataan kesal Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap dalang yang menghalangnya untuk menunaikan haji pada tahun ini.

Beliau mendakwa tindakan tersebut dibuat oleh dalang terbabit dengan terancang dan ia sebahagian daripada rancangan untuk memusnahkan kerajaan PAS di Kelantan.

“Mereka ini merancang nak runtuhkan Islam, nak lawan agama (secara langsung) mungkin mereka rasa tak kena.”

“Jadi mereka cuba runtuhkan kedudukan ambo (saya) dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melalui sebaran di internet dan sebagainya”. Katanya semasa berucap pada majlis penghayatan Hari Wuquf di Pusat TarbiahIslamiah (PUTIK), Pangkalan Chepa hari ini.

sumber keratan Akhbar, RBF

[[ Dua 'peringatan' penting dari kenyataan Tok Guru diatas..pertama, Tok guru tidak halal dunia akhirat mereka yang menjadi dalang menghalangnya dari menunaikan Haji (Umrah sebenarnya) pada tahun ini, termasuk yang bertindak mencemarkan maruah beliau seolah2 menerima rasuah, adanya agenda tertentu dan sebagainya..

Kedua, Tok Guru membayangkan terdapatnya usaha dari individu/kumpulan yang cuba hendak meruntuhkan kedudukan beliau dan Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi Awang, terutama melalui medium internet! Ternyata tindak tanduk 'mereka' diibaratkan Tok guru seperti ingin meruntuhkan Islam dalam sedar mahupun tidak..

Ini adalah apa yang difahami penulis..terserah pada kalian untuk menilai dan memahami kenyataan Tok guru Nik Aziz diatas, termasuklah sumber berita ini diperoleh ('sumber' tidak menyertakan akhbar manakah yang dirujuk)...apa yang jelas dari berita diatas, Tok Guru jelas kesal terhadap pihak yang cuba men'sabotaj' beliau serta pentadbirannya..beliau juga mempertahankan Tuan Guru Presiden PAS dari diserang 'musuh' dalam dan luar, samada melalui sebaran internet dan sebagainya...wallahua'lam..]]

Madey Kuttti

Posted by Love Perak | Friday, November 27, 2009 | 0 comments »

Bekas editor Asian Wall Street Journal, Barry Wain akan meletopkan pekong Mamak Mandey melalui bukunya ‘Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times’.

Antara yang dibongkarnya ialah perjanjian sulit yang dibuat oleh mamak mandey membenarkan Amerika mendirikan Pusat Latihan Hutan di Johor, pusat baikpulih kapal di Lumut dan pusat membaikpulih pesawat C-130 Hercules di Kuala Lumpur.

Mamak Kutty juga mengambil wang rakyat untuk membina Ibu Pejabat UMNO, Putra World Trade Centre.

Lain-lain skandal yang akan membogelkan Mamak Kutty termasuk kes Bank Bumiputra di awal 1980an. Kerugian Perwaja Steel berjumlah RM2.56 billion. Pembelian M.V. Agusta bernilai RM348 billion.


Mahathir, despite his nationalistic rants, signed a secret security agreement with the United States in 1984 that gave the Americans access to a jungle warfare training school in Johor and allowed them to set up a small-ship repair facility at Lumut and a plant in Kuala Lumpur to repair C-130 Hercules transport aircraft.

Mahathir’s Umno financed its new Putra World Trade Centre headquarters in Kuala Lumpur partly with taxpayers money, by forcing state-owned banks to write off at least RM140 million in interest on Umno loans.

All the rakyat’s hard earned money down the drain and they have the audacity to raise fuel prices and asking the people to change their lifestyles.

WANG RAKYAT HABIS DIJOLI OLEH MAMAK KUTTY DAN MALAUN MALAUN BELAANNYA

Kerajaan Rakyat

Spisis sibuk nak jaga tepi spender orang

Posted by Love Perak | Friday, November 27, 2009 | 0 comments »


Nik Abdul Aziz perlu namakan pengganti
Dalam hubungan ini Mustapa berkata, Nik Abdul Aziz sepatutnya membuat keputusan kerana beliau tidak boleh memegang jawatan tersebut selama-lamanya.

"Tidak ada sesiapa yang boleh menongkat langit sampai bila-bila. Maka harus ada pengganti yang sudah dikenal pasti.

"Macam kita di peringkat Pusat, Perdana Menteri akan digantikan oleh timbalannya. Di Kelantan ini pula, semua orang tampil dengan pendapat yang berbeza-beza," tegasnya.- + selanjutnya

Panas : Zaki (Hakim) Berzina??

Posted by Love Perak | Thursday, November 26, 2009 | 2 comments »

Tan Sri Zaki Tun Azmi berkahwin dengan Nor Hayati Yahaya, 32, oleh kadi di Thailand pada Mei 2005 dan menceraikannya selepas tiga bulan. Setelah bercerai, Nor Hayati Yahaya gagal mendapatkan hak sebagai seorang isteri kerana gagal membuktikan perkahwinan mereka.

Kegagalan tersebut adalah kerana Zaki yang bijak berkenaan perundangan telah membakar sijil pernikahan mereka , satu-satunya bukti perkahwinan mereka di Thailand. Licik dan licin umpama belut kelakuan si Zaki.

Tetapi, tanpa bukti surat nikah tersebut , tidakkah Zaki boleh didakwa telah melakukan Zina dengan Nor Hayati?

Seperkara lagi, macamana seorang yang bersikap kejam seperti Zaki yang tidak dapat memberikan keadilan kepada seorang wanita yang pernah ditidurinya itu boleh bersikap adil dan saksama terhadap orang lain tatkala dia memakai jubah seorang Ketua Hakim Negara?

Kekecohan kes cerai dengan isteri keduanya tersebut telah memaksa Zaki menghantar surat perletakan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO kepada Pengerusi lembaga itu Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen dengan alasan untuk mengelak kes peribadinya menjejaskan kredibiliti Lembaga Disiplin UMNO.

Tetapi yang tersangat peliknya, bagaimana Zaki boleh terpilih sebagai Ketua Hakim Negara, berkuatkuasa hari Sabtu, 18 Oktober 2008?

Tidakkah kemelut kes cerai dengan isteri keduanya itu telah mencemar kredibiliti Zaki?Bukankah lebih baik Zaki menarik diri sebagai Ketua Hakim Negara demi menjaga baik Institusi Kehakiman Negara?

Pemuda PAS Pusat turut menghantar satu memorandum kepada Majlis Raja-Raja Melayu pada 26 Sept. 2007 [klik di sini] memohon supaya Zaki tidak dilantik sebagai Ketua hakim Negara.

Terbukti kini bahawa Ketua Hakim Negara yang ada ini adalah seorang yang langsung tidak mempunyai integriti apa lagi kredibiliti.Tidak hairanlah sistem kehakiman negara semakin kalut!

Alhusseyn

Salam Aidiladha

Posted by Love Perak | Thursday, November 26, 2009 | 0 comments »

Saya mengucapkan selamat menyambut hari raya aidil adha dan korban buat pembaca-pembaca dan pengkomen-pengkomen setia blog loveperak. Terima kasih kerana terus mengunjungi blog ini setiap hari. Teruskan perjuangan dan jangan lupa berdoa. Blog ini kurang aktif dalam 2-3 hari ini. Berjumpa lagi selepas ini. Salam..



Jadual DS Nizar 29 November 2009

Posted by Love Perak | Thursday, November 26, 2009 | 0 comments »

Pergerakan DS Nizar bermula pada pukul 8 pagi sehingga 12 malam.DS Nizar telah menyumbang tiga ekor lembu untuk ibadah qurban ,bagi disumbangkan kepada masyarakat Parlimen Bukit Gantang.

Jadual jangkaan:

8.00 pagi- sembelih lembu Qurban di Kg Kurnia Jaya.
9.00 pagi- sembelih lembu Qurban di Taman Kuning Sari
10.00 pagi- bertemu orang kampung,Bilik Mesyuarat,Markaz Pas Air Kuning.
11-3.00 petang-ke Majlis Perkahwinan Rakyat.
4.00 petang-sembelih lembu Qurban di Sg Baru,Trong
7.00 petang- ke Jamuan Makan Masyarakat Cina,Kuala Sapetang.
9.30 petang-Ceramah Penerangan di Sg Che Rahmat,Jln Pantai Remis,Dun Trong.

Masyarakat setempat boleh bertemu DS Nizar di tempat yang berkenaan.Jumpa DS Nizar di sana!

Nizar Tetap MB Perak yang SAH

Posted by Love Perak | Thursday, November 26, 2009 | 0 comments »

Tinggi tu maknanye ataih. Takde mende yang lebih tinggi daripada tinggi. Nombor satu paling ataih ialah tinggi. Ituler yang teman paham tentang maksud tinggi.

Begitu jugaler kisahnye dengan mahkamah. Mahkamahpun ada tinggi rendah. Keputusan Mahkamah Tinggi adalah keputusan yang nombor satu sah dan tepat. Takde keputusan lain yang lebih sah selain daripada keputusan Mahkamah Tinggi. MB Nizar tetap MB Perak yang sah. ADUN Kota Seputeh di Kedah telah menjadi bekas ADUN. Begituler keputusan Mahkamah Tinggi. Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan hanya berfungsi sebagai melayan permohonan rayuan pihak yang bersalah jer. Keputusan berdasarkan kesian, bukannya berdasarkan bukti dan fakta. Mahkamah Rayuan kesian nengak rupa laku MB DPulau yang tak tentu arah hidupnye. Lebih kesian lagi nengak orang-orang UMNO yang idup deme udah tak keruan. Kulu kelo nadah tangan takde kojer. Nak noreh tak gheti. Nak ke bendang, tali ayor tak berayor. Kalo ada ayorpun, anak jantan anak dara takut ya amat lintah masuk celah kangkang. Biorler tak berpadi asaikan celah kangkang selamat. Ngago bocat lagiler deme tak sanggup. Karang celah kangkang dilanggor bocat.

Nasib baik ada Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Terjagaler sikit makan pakai UMNO. Kalo idak udah lama UMNO mengemih mintak sedekah. Tapi takat mana UMNO boleh bertahan? Gelombang kebangkitan rakyat semakin memuncak. Tindak tanduk Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan melayan PR semakin menaikkan rasa benci rakyat kepada UMNO. Rakyat UMNOpun getik dan malu nak ngaku yang deme tu UMNO. Awai tahun dulu dengan bangganye deme menampai stiker ‘Daulat Tuanku’ pada ceghomin keter deme. Punyaler taat setia deme pada sultan. Ler ni udah tak nampak. Apabila ditanye, malu ker? Idak aih. Apa nak dimalukan. Keme buang sebab stiker tu nyemakkan ceghomin jer. Ituler ghupe jawab deme. Agaknye orang UMNO memang dilatih nyawab macam itu. Memang UMNO derhaka ...

Tak payahler kite nunggu keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap MB Nizar. Udah tiga minggu bersidang, tapi tetap soh. Janji nak putuskan pada 5 November 2009. Hari ni udah 26 haribulan. Esok raye. Teman sebagai rakyat Perak tetap yakin bahawa MB Nizar adalah MB Perak yang sebenor-benornye sehingga PRU 13. Walaupun MB Nizar tak boleh bagi apa-apa lagi pada rakyat Perak, dia tetap MB Perak yang sah. Mahkamah Tinggipun udah ngesahkan MB Nizar adalah MB Perak. Cuma MB DPulau yang terhegeh-hegeh merayu mintak dikasihani. Janganler bagi MB Nizar masuk pejabat MB. Nanti mati UMNO yeop.

Apa-apapun teman tetap bersyukur. Alhamdulillah kerana Allah mengurniakan kesulitan ini di Perak. Kesulitan ini semakin membuatkan pimpinan PR kembali ke alam nyata. Allah sayangkan PR. Allah tak mahu pimpinan PR menambah dosa dengan sikap hakap dan haloba. Diharapkan selepas ini, apabila PR kembali menerajui Perak, terajuler keme dengan amanah, bukannye dengan kuasa. Jangan jadi seperti dulu, MB Nizar untuk PAS, Nga & Ngeh untuk DAP dan PKR apa ada? Itu pasallah deme lompat. Padan muka kome.

Esok kite raye weh. Selamat Hari Raya Eidul Adha kepada semua pembaca ... Maaf zahir & batin. -dango mamamat

Apabila Muhyiddin Sembab Kecut Teloq

Posted by Love Perak | Wednesday, November 25, 2009 | 0 comments »


Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini meminta anggota parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah meneliti semasak-masaknya sebelum bersetuju mengetuai kaukus petroleum yang ingin dibentuk oleh Pakatan Rakyat bagi menuntut bayaran royalti hasil minyak di Kelantan.

Timbalan perdana menteri berkata bahawa pada dasarnya BN tidak terlibat dengan perkara-perkara sedemikian kerana terikat dengan prinsip parti.

"Eloklah Tengku Razaleigh teliti semasak-masaknya walaupun ia melibatkan negeri Kelantan tetapi ini ditaja oleh pihak parti pembangkang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri yang nak mengusahakannya.

"Jadi, kalau atas dasar yang biasa, biasanya kita tidak fikir sesuai tetapi saya percaya Tengku Razaleigh faham tentang itu dan kita serah kepada kebijaksanaan beliau untuk teliti sebelum buat keputusan muktamad.

"Saya fikir beliau orang lama dalam parti, dia tahulah keputusan apa yang dia nak buat," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini ketika diminta mengulas kenyataan Tengku Razaleigh semalam yang menafikan dakwaan Anwar bahawa beliau telah bersetuju mengetuai kaukus petroleum itu tetapi masih menimbangkannya.



Movie terbaru wajib tonton

Posted by Love Perak | Wednesday, November 25, 2009 | 0 comments »





Episod terbaru yang boleh disaksikan di Malaysia Today!

Anwar Ibrahim Kaya!!!

Posted by Love Perak | Wednesday, November 25, 2009 | 1 comments »

Kah kah kah..ngokk punya new straits time...kantoi fitnah anwar. Nampak sangat artikel2 di paper hari-hari fitnah pakatan..sekali kena saman ngan anwar, masuk mahkamah kalah terus kah kah kah. Ehem2, Anwar dapat rm120 000, apa habaq?



Respek sama MB Khalid!

Posted by Love Perak | Wednesday, November 25, 2009 | 0 comments »

MB lebih utamakan rakyat daripada kontraktor yang mementingkan kepentingan diri sendiri

BANDAR TUN RAZAK 24 NOV: – Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata lebih baik beliau berjumpa dengan rakyat yang mempunyai masalah rumah terbengkalai daripada berjumpa pihak yang membuat masalah.

Bagi beliau, kebajikan rakyat lebih diutamakannya daripada ‘melayan’ kehendak pemaju yang gagal menjalankan amanah yang telah diberikan.

“Saya lebih pentingkan berjumpa dengan rakyat yang menghadapi masalah rumah terbengkalai dan dalam masa sama lebih baik saya tumpukan untuk menyelesaikan masalah rakyat daripada memberi masa kepada pihak yang tidak menyiapkan kerja,

“Masalah rakyat yang membayar duit pinjaman bank tetapi rumah mereka tidak disiapkan adalah lebih baik diambil berat daripada berjumpa orang yang dapat projek tetapi projek terbengkalai,” katanya ketika ditemui di Majlis Perasmian Karnival Blok 34 Sri Melaka semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Ahli Lembaga Pengarah LBCN Development Sdn Bhd (LBCN), Datuk Paduka Khairuddin Abu Hasan bahawa Menteri Besar bukan sahaja enggan memberi kerjasama malah tidak mahu menemui beliau untuk berbincang mengenai permasalahan yang timbul.

Sementara itu, Abdul Khalid enggan mengulas lanjut mengenai tindakan Khairuddin yang telah melantik peguam untuk menyaman beliau sebanyak RM500 juta.

Namun begitu, beliau berkata, rakyat Malaysia berhak mengemukakan saman kepada sesiapa yang mereka mahu tetapi terpulang kepada Kerajaan Negeri untuk tindakan selanjutnya.

Dalam laporan Sinar Harian kelmarin, selaku Ahli Lembaga Pengarah LBCN Development Sdn Bhd, Khairuddin akan mengambil tindakan saman malu sejumlah RM500 juta ke atas Abdul Khalid dan Kerajaan Negeri di atas kenyataan yang didakwanya biadab dan tidak bertanggungjawab tanpa usul periksa.

Terdahulu, kenyataan akhbar Abdul Khalid bertajuk ‘Tanah Hilang, Rumah Tak Dapat’ didakwa sebagai memfitnah Khairuddin dan menganggap kenyataan itu tidak bertanggungjawab, tidak berasas, mengemukakan fakta yang tidak tepat serta mempunyai niat jahat untuk mencemarkan imej mahupun kredibiliti syarikat LBCN Development Sdn Bhd



Zambry dan Baitulmal perlu jawab!!!

Posted by Love Perak | Wednesday, November 25, 2009 | 1 comments »


Malam tadi, angin sepoi-sepoi membawa berita.

Katanya, si Zambry ingin mengubahsuai rumah kediaman rasmi Menteri Besar Perak sebelum diduduki. Biasalah tu, setiap menteri besar umno akan mengubahsuai rumah tersebut mengikut selera dan citarasa mereka dan bini mereka sebelum mendudukinya. Bukannya kena keluar duit sekupang pun, duit rakyat. Mereka peduli apa. Tambahan pula dalam keadaan sekarang ini, rakyat didahulukan (baca: duit rakyat yang didahulukan).

Ini bermakna, kalau ada sepuluh menteri besar umno yang duduk dikediaman rasmi tersebut, maka sepuluh gaya ubahsuai jugalah yang terjadi kepada rumah tersebut.

Zambry nak masuk duduk di kediaman rasmi Menteri Besar Perak? Kenapa terkejut pulak? Mungkin dia dah mula ada konfiden dan keyakinan penuh bahawa dialah menteri besar perak yang sah. Keyakinan tersebut mungkin datangnya daripada kata-kata dorongan oleh para-para ampusana ampusini disekelilingnya. Atau mungkin juga dia ada terima berita awal tentang keputusan yang bakal dikeluarkan oleh mahkamah persekutuan nanti mengenai kes saman nizar kepadanya? Wallahu'alam.

Berbalik kepada cerita asal. Berita mengatakan Zambry ingin mengadakan ubaisuai kediaman rasmi tersebut dengan harga RM180,000.

Tetapi, yang paling bestnya kata pembawa berita tersebut, wang RM180,000 itu dipinjam daripada Baitulmal. Katanya, pinjaman itu sementara beliau mendapat wang untuk pengubahsuaian rumah tersebut daripada kerajaan pusat.

Kenapa nak pinjam duit Baitulmal pulak? Orang fakir miskin pun tak merasa nak pinjam duit Baitulmal.

Takkan budget perak yang diluluskan dalam 20 minit hari itu tak cukup.

Malas saya nak ulas lagi. Minta jasabaik pembaca yang ada maklumat sahih memberikan kita sedikit penjelasan mengenai kisah angin sepoi-sepoi ini.

Ada sesiapa daripada Baitulmal nak komen?

Ajijoi



Sah! UMNO Memang Takdak Teloq!!!!!

Posted by Love Perak | Tuesday, November 24, 2009 | 1 comments »

Oleh : albanjari

Sejak minggu lalu, saya tetap mengatakan bahawa itulah permainannya. Jam 8 malam tadi, menjelaskan lagi sohih ketakutan mereka. Caturannya, jika kes Kota Siputeh kecundang kalah, padah besar bagi BN di Perak.

Siapa yang akan lupa tentang kisah bobrok 6 bulan lalu ? 11 May 2009. Ketika Nizar diberi kemenangan di mahkamah tetapi keesokannya, dirampas semula oleh Zambry ! Gara-gara ketakutan bimbang DUN dibubarkan oleh Nizar dan Pilihanraya Negeri diadakan. Begitu juga halnya yang sedang berlaku didepan kita tentang isu DUN Kota Siputeh.

Bukan sedikit blog di alam maya yang telah yakin dan memalu gendang perang untuk PRK Kota Siputeh, bila mendapat berita 'hebat' dari Mahkamah Tinggi 16 November lalu ? Ramai yang terus terpedaya, itulah permainan mereka yang sebenarnya. Mereka akan terus 'membeli masa', janji tidak akan ada PRK. Itu visinya. Kerana plot dramanya itu hampir sama. Rakyat tidak lupa. Yang jelas rakyat terus ditipu. Jamal dan Osman, si bekas Adun PKR tentunya merasa lega. Umno memang tak dak teloq !!

Wak Al-Banjari

Kenyataan yang bodoh lagi bangang!

Posted by Love Perak | Tuesday, November 24, 2009 | 2 comments »

Dalam posting di blognya semalam Datuk Seri Anwar Ibrahim kata polis tarik balik permit ceramahnya selepas mendapat bantahan dari kira-kira 30 orang pemuda Umno.

Hari ini Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Zulkefly Yahya, berkata "Saya sebagai Ketua Polis Daerah tidak pernah meluluskan permit dan saya telah menasihatkan penganjur supaya tidak mengadakan ceramah namun penganjur meneruskan juga," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Zulkefly berkata permit ceramah itu tidak dikeluarkan disebabkan faktor keselamatan dan ketenteraman awam selain bagi mengelak penyebaran fitnah oleh pihak tertentu yang boleh mengelirukan pendengar.

Woi brother! kalau betul Lu tak pernah meluluskan permit itu, samanlah Anwar sebab berbohong. Itu pun kalau Lu betullah. Gua rasa Lu yang mengelirukan orang ramai. Apahal Lu nak bertempik di surat khabar? Saman jangan tak saman. Kita tengok sapa yang kena.

Mengelak penyebaran fitnah? Lu apa cerita beb? Tu ha Utusan Meloya dan Berita Hairan yang hari-hari dok sebar fitnah, pergilah serkup. Takut ke? Takde telor ke? atau hidung sudah kena cucuk?

Faktor keselamatan dan ketenteraman? Alahai, polis jaga keselamatan? Hello!! Kugan mati di mana? Beng Hock mati sebab apa? Altantuya berkecai kena apa? Bala hilang apa pasal? Buta ka Lu beb?

Kerajaan Rakyat

Ku Li Terima Jemputan Pakatan Rakyat

Posted by Love Perak | Tuesday, November 24, 2009 | 1 comments »

KUALA LUMPUR, Nov 24 — Pengasas Petronas Tengku Razaleigh Hamzah telah bersetuju untuk mengetuai kaukus yang ditubuhkan oleh Pakatan Rakyat (PR)untuk meneliti isu pertikaian royalti hasil minyak untuk Kelantan.
Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi mengumumkan bahawa Razaleigh menerima jemputan mereka pagi ini.

Razaleigh merupakan Ahli Parlimen BN bagi Gua Musang, Kelantan.

Pada 18 November lalu pemimpin-pemimpin PR mengadakan pertemuan dengan Razaleigh bagi meminta beliau mempengerusikan satu kaukus mengenai pertikaian wang royalti minyak membabitkan kerajaan persekutuan dan Kelantan.

Minggu lalu, Razaleigh yang juga bekas Naib Presiden Umno berkata, beliau akan mempertimbangkan permintaan memandangkan pernah terlibat dalam “urusan minyak” sejak penubuhan Petronas dan penggubalan undang-undang yang berkaitan.

Sehubungan itu katanya, beliau akan memainkan peranan bagi menyelesaikan isu itu “jika ia benar-benar adalah satu masalah.”

Razaleigh telah terlibat secara langsung dalam menggubal Akta Pembangunan Petroleum 1974 bersama Tun Salleh Abas.

Minggu lalu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS tiada hak untuk menuntut bayaran royalti hasil petroleum.

Ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan, Nazri menjelaskan, bekas Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein tidak secara khusus menggunakan istilah “royalti” semasa membahaskan Rang Undang-undang Pembangunan Petroleum 1974, yang membuka laluan kepada penubuhan Petronas dan perjanjian perkongsian lima peratus hasil dengan negeri-negeri mengeluarkan minyak.

Awal bulan ini, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak mengumumkan pemberian wang ihsan petroleum daripada kerajaan persekutuan.

Pemimpin-pemimpin Pakatan khususnya PAS bagaimanapun masih mempertahankan hak Kelantan untuk mendapatkan royalti daripada hasil petroleum, bukannya wang ihsan.

Terengganu juga pernah diberikan wang ihsan selepas ia ditawan PAS pada pilihan raya umum 1999.TMI



Tahniah Zambry Kadiaq

Posted by Love Perak | Tuesday, November 24, 2009 | 0 comments »



Dalam paper hari ini zambry kesayangan kita semua (baca kebencian) kata dia akan berusaha untuk selesaikan hutang pafa. Zambry, kami ingat kata-kata anda. Jangan tipu pulak! Kang dah elok2 ada pangkat lanun nak tambah pangkat kaki kelentong pulak kah kah kah

Biawak Masuk Ke Dubur Saiful Bukhari?

Posted by Love Perak | Tuesday, November 24, 2009 | 1 comments »

Tiada bukti perubatan yang pasti bagi mencadangkan berlakunya penetrasi ke dalam dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan, inilah yang diberitahu di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Pelik bin Ajaib. Bukti perubatan tiada. Habis tu yang si Saiful bahalol tu cakap dan hebahkan 1 Malaysia bahawa dubur dia kena saprah, siapa yang balun dubur busuk dia tu? Pelik Pelik!!

Ada sesiapa yang boleh tolong carikan bomoh, pawang atau tok dukun? Mungkin Bik Mama dah jumpa bomoh Kerala dia. Ini mesti bomoh Bik Mama yang sahkan dubur Saiful kena rodok. Ini mesti yang kote kontot punya kerja, maka tiada kesan. Tak kan biawak pulak yang masuk. Nak siasat senang, cari laki mana yang kena queen control..?? Bik Mama tau siapa kote kontot.

Tiada penetrasi, dakwaan liwat terhadap Anwar perlu dibatalkan

KUALA LUMPUR: Dakwaan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim berniat jahat dan tidak boleh diterima memandangkan ketiadaan penemuan perubatan berhubung penetrasi, Mahkamah Tinggi di sini diberitahu hari ini.

Peguam R Sivarasa, yang mewakili Anwar berkata bukanlah satu perkara baru bahawa untuk melakukan dakwaan liwat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, penetrasi merupakan perkara utama dan teras.

Beliau berkata dalam kes ini, tiada bukti perubatan yang pasti bagi mencadangkan berlaku penetrasi ke dalam dubur pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan. - Berita Harian

Kerajaan Rakyat

Berita Paling Panas

Posted by Love Perak | Monday, November 23, 2009 | 3 comments »

Ong Tee Kiat sertai PKR?

Oleh: pendekarlekir

"Menurut sumber dalaman parti MCA , Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Kiat telah memberi kata dua kepada Perdana Menteri, daruk Seri Najib Tun Razak agar tidak mencampuri urusan dalaman Parti MCA.

Sumber itu menyebut pelan yang di cadangkan oleh Najib tidak di persetujui oleh Ong yang mahukan satu Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) di buat.

Sumber itu menyebut jika Najib meneruskan hasrat untuk mencampuri urusan MCA dan mebuat EGM, Ong tidak teragak-agak keluar dari MCA dan akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ong dikatakan tidak mahu EGM di adakan kerana tidak yakin mampu untuk mempertahankan kerusi Presiden parti.

Beliau juga dikatakan telah berjumpa dengan PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sekarang ini Ong di percayai berada di London untuk berjumpa dengan salah seorang kenalan rapat Anwar. Waulaupun begitu tidak pasti apa sebab pertemuan itu di buat.

Jika benar Ong menyertai PKR ini akan memberi satu pikulan dan pepecahan yang hebat dalam MCA.

Pergolakan ini akan menyebabkan sokongan terhadap BN semakin merundum dan ia pasti akan mebuatkan Najib tidak lena tidur memikirkan apa yang akan bakal berlaku.

Gambar 18SX

Posted by Love Perak | Monday, November 23, 2009 | 0 comments »



Muka ketat JJ cari bontot kah kah kah

Eh eh? Mana nama Najib ni?

Posted by Love Perak | Monday, November 23, 2009 | 0 comments »

Puas dicari tokoh UMNO yang paling digeruni oleh para syaitan dan iblis tetapi tidak ditemui dalam senarai ini.

The Royal Islamic Strategic Studies Center telah menerbitkan buku “The 500 Most Influential Muslims In The World” tahun 2009. Puas saya selidik kot-kot terjumpa nama perdana menteri Melayu UMNO, Datuk Seri Najib Razak tetapi hampa - tidak jumpa.

Patutpun saya tidak nampak nama Najib, rupanya:

Para tokoh Muslim dari seluruh dunia yang terpilih masuk dalam daftar itu adalah kalangan Muslim yang dianggap memiliki kemampuan untuk mempengaruhi keadaan kemanusian dan mampu membawa perubahan dalam kehidupan ramai orang.

Datuk Seri Najib pun ada juga bawa perubahan, tapi perubahan yang membawa kepada kehancuran.

“500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia” sepanjang tahun 2009 itu, dibahagi dalam 15 katagori, antara lain katagori ulama, politik, cendekiawan, perempuan, pemuda, ilmu dan teknologi, media sampai katagori muslim radikal.

Nama tokoh Islam dari Malaysia yang tersenarai ialah Mursyidul Am PAS, TG Nik Abd Aziz Nik Mat yang menduduki tangga ke 42 dari keseluruhan 500 Muslim Yang Berpengaruh.

Nama Anwar Ibrahim turut disenaraikan di dalam lis 450 “Honourable Mention” di dalam pencapaian di bidang masing-masing dan diantara tokoh Islam yang signifikan di dalam dunia. Nama Anwar Ibrahim tersenarai di bidang politik berserta dengan nama Tun Dr Mahathir Mohammad tetapi nama Mahathir tidak disenaraikan di dalam “Honorable Mention”.

Senarai Penuh Tokoh Muslim Paling Berpengaruh Dunia

Panas : Sebiji Kereta Untuk Dijual

Posted by Love Perak | Monday, November 23, 2009 | 1 comments »


Memang Kreatif tahap cipan kah kah kah