Keputusan pilihan raya umum ke-12 Mac 2008 telah membuktikan betapa rakyat menolak umno/BN dengan memberi undi mereka kepada parti-parti daripada Pakatan Rakyat; PAS, DAP dan PKR. Dalam beberapa keadaan rasa benci dan muak rakyat terhadap Barisan Nasional amat jelas sehingga ramai tokoh umno telah tewas dengan majoriti kemenangan yang besar kepada calon dari Pakatan Rakyat.
Disamping rasa benci rakyat terhadap umno/BN, rasa ingin mencuba perubahan angin dalam pentadbiran daripada BN kepada Pakatan juga telah memberikan impak yang amat besar dalam keputusan pilihan raya tersebut.
Sekiranya terdapat calon BN yang telah bertapak lama dalam politik dan bertaraf menteri tertewas dalam pilihan raya umum ke-12, maka di pihak Pakatan, PKR khasnya telah memperlihatkan terdapat calon bidan terjun yang entah dari mana asalnya telah dinobatkan sebagai Wakil Rakyat dengan majoriti kemenangan yang besar. Malah ada calon PKR yang terkejut atas kemenangannya. Maknanya dia tidak sangka akan menang. Mungkin juga dia tidak bersedia untuk menang.
Bila bertanding dan tidak bersedia untuk menang, ini merbahaya. Bila dia menang, dia tidak faham kerana apa dia menang. Maka dia juga tidak akan faham untuk apa dia menang, selain daripada untuk menerima gaji, alaun dan berbagai jenis tuntutan kewangan.
Bagi saya di beberapa kawasan rakyat telah "Beri Muka" kepada calon-calon daripada Pakatan Rakyat bukan kerana batang tubuh calon tersebut tetapi kerana dia mewakili Pakatan Rakyat. Rakyat yakin kepada perubahan yang ingin dibawa oleh Pakatan Rakyat andainya Pakatan Rakyat dapat membentuk Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri. Selepas 19 bulan berlalu, jelas apa yang rakyat inginkan daripada Pakatan Rakyat, rakyat telah menikmatinya. Semua kerajaan negeri yang diterajui oleh Kerajaan Pakatan Rakyat telah menunjukkan prestasi yang amat memberangsangkan dan jauh meninggalkan negeri-negeri yang masih diperintah oleh umno/BN. Johor sebagai contoh, negeri yang pekat umnonya, masih menjadi negeri yang paling banyak menanggung hutang. Pahang satu lagi negeri di bawah pemerintahan umno/BN, hampir muflis akibat kecuaian dan amalan rasuah pemimpin umno di negeri itu.
Sebaliknya, Selangor di bawah pentabiran Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Tan Sri Khalid Ibrahim telah berjaya menjimatkan ratusan juta ringgit wang rakyat yang mana sebelum ini selama negeri tersebut berada di bawah umno/BN wang rakyat telah dibazirkan.
Janji pimpinan Pakatan Rakyat, Keadilan khasnya untuk mengamalkan pentadbiran yang jujur, telus dan berjiwa rakyat telah dibuktikan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dan Parti Keadilan Rakyat dengan cadangan menyingkirkan ADUN Pelabuhan Kelang, Badrul Hisyam Abdullah yang telah gagal menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat. Sikap 'gentleman' Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dan PKR adalah bukti ketelusan pentadbiran dan bukti kerajaan yang prihatin terhadap kehendak rakyat.
Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali menyifatkan Adun Pelabuhan Klang, Badrul Hisyam Abdullah sebagai wakil rakyat yang tidak bertanggungjawab kepada pengundi dan Kerajaan Negeri Selangor.
Ini terbukti apabila Badrul gagal memberi perkhidmatan kepada rakyat dan tidak hadir dalam mana-mana program kerajaan negeri. Menurutnya, Badrul tidak menguruskan peruntukan DUNnya dengan telus sehingga menimbulkan pelbagai masalah termasuklah dakwaan berlaku penyelewengan peruntukan.
Beliau membidas Badrul kerana enggan mengosongkan kerusi DUN Pelabuhan Klang walaupun beliau nyata tidak layak memegang jawatan itu.
Dr Syed percaya tindakan Badrul itu dipengaruhi oleh pihak tertentu dalam Umno.
“Saya rasa dia takkan nak berhenti, orang Umno takkan kasi dia berhenti, orang Umno akan takut akan ada pilihanraya kecil di situ, dia akan terus saya percaya menjadi ahli majlis undangan dengan kali ni sokongan Umno”, tambahnya lagi.
Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyambut baik kritikan-kritikan yang diterima dari Umno-Barisan Nasional atas tindakan beliau meminta Adun Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan itu.
Menurutnya, beliau membuat keputusan tepat dan mengotakan janji kepada rakyat untuk mengambil tindakan terhadap Badrul apabila peluang dan tempoh masa yang diberikan sebelum ini dipersiakan.
Kata Khalid, tindakannya itu sekaligus menunjukkan ketelusan Pakatan Rakyat dalam mentadbir kerajaan negeri.
Tan Sri Khalid Ibrahim juga tidak akan menghalang tindakan ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdulllah untuk menfailkan saman malu terhap beliau.
Menurutnya jika mahu, Badrul juga boleh menfailkan saman terhadap beliau menggunakan wang Umno-Barisan Nasional.
“Dia boleh saman kalau dia nak, boleh pakai duit UMNO juga”,katanya berhubung isu ini.
Walau apa pun yang berlaku dalam isu Badrul yang pemalas ini, PKR wajar mengakui kesilapan awalnya. Rakyat telah membuat pilihan berdasarkan keyakinan mereka terhadap Pakatan Rakyat. Rakyat tidak silap dalam hal ini. Silapnya PRK ialah salah pilih calon. Keadilan telah tersilap memilih calon dengan meletakkan Badrul yang pemalas ini sebagai calon Keadilan dalam pilihan raya umum ke-12 lalu.
Walau bagaimanapun, ketelusan dan keikhlasan PKR serta pimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor jelas terbukti apabila sanggup buang wakil rakyatnya demi menyelamatkan wang rakyat dan menyempurnakan janjinya untuk berkhidmat dengan sepenuh kejujuran demi rakyat. Keadilan juga turut menyarankan agar Badrul yang pemalas itu mengosongkan kerusi ADUN Pelabuhan Kelang bagi membolihkan rakyat memilih wakil mereka yang benar-benar dapat menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat.
Persoalannya, mana mungkin Badrul yang pemalas itu hendak lepaskan jawatannya. Kerjanya sekarang; makan, berak, tidur. Makan berak tidur. Cukup bulan dapat gaji.
KerajaanRakyat
¡Hola mundo!
8 years ago
lagi satu ketjanya tambah bini, buat anak