http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Sejarah Hitam Bakal Melanda lagi di Malaysia

Posted by Love Perak | Saturday, November 07, 2009 | 0 comments »

Pada persidangan Mahkamah pada 16 Julai dulu, Mahkamah Tinggi mengarahkan pihak pendakwa menyerahkan bahan bukti kepada DS Anwar iaitu :

  • Rakaman video dan laporan perubatan kepada tertuduh.
  • Membenarkan peguam Anwar memeriksa rakaman CCTV yang didakwa tempat kejadian, bersama-sama dengan kenyataan Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa sebagai mangsa, dan saksi-saksi lain serta nota doktor.
  • Laporan perubatan Mohd Saiful dari dua buah hospital - Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Pusrawi - dan bahan bukti yang lain, yang diperlukan untuk tujuan pembelaan,
Pihak Pendakwa membuat rayuan agar bahan bukti tersebut tidak diserahkan kepada DS Anwar.

Mahkamah Rayuan hari ini sebulat suara membenarkan rayuan pihak pendakwa yang tidak mahu menyerahkan bahan-bahan bukti tersebut kepada Anwar.

Mahkamah juga menolak rayuan balas Anwar untuk mendapatkan sampel-sampel DNA daripada pihak pendakwa - bahan bukti yang tidak dibenarkan (diserahkan pada Anwar) dalam keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini, kerana sampel-sampel itu telah dibungkus dan dimateri.

Mahkamah Rayuan bersidang dengan 3 panel Hakim diketuai oleh Hakim Datuk Hasan Lahk, Hakim Datuk Abu Samah Nordin dan Datuk Sulaiman Daud.

Komen al-brangi :

Satu pertanda awal bahawa DS Anwar sekali ini akan melalui perbicaraan yang amat perit.

PKR khasnya dan Pakatan Rakyat amnya, bersedialah menghadapi mehnah yang maha dasyat ini.

Patah Sayap, Bertongkat Paroh

albrangi

0 comments