http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Bajet 2010 Perak - Bajet Penyamun

Posted by Love Perak | Wednesday, November 11, 2009 | 0 comments »

Naib Presiden Pas,YB Mahfuz omar menganggap bajet 2010 Kerajaan haram Perak yang tanpa bahas dan selesai hanya dalam masa 20 minit membabitkan peruntukan sejumlah RM 700 juta adalah diumpamakan seperti “Bajet Penyamun”semasa menyampaikan ceramah di Taman Jutaria,Batu Gajah malam kelmari.

Mengapa beliau mengatakan “Bajet Penyamun”?ini adalah disebabkan mereka,iaitu Adun BN tergesa-gesa membentang lantas menutupnya tanpa ada pebahasa, apabila Speaker Perak dan Adun pakatan Rakyat bergerak masuk ke dalam dewan,ini mungkin kerana takut.

Ini samalah seperti Penyamun yang sedang berbincang untuk mengagih-agihkan wang yang mereka curi kepada penyamun-penyamun yang lain..Tiba-tiba,pasukan polis datang..apalagi,merekapun segera menghentikan perbincangan dan lari bersama wang yang mereka agihkan tadi.

Sedangkan setiap bajet yang dibentangkan di setiap negeri di Negara ini,sekurang-kurangnya mengambil masa selama 4 hari untuk dibahas dan diterima bajet tersebut.Tetapi di Perak dengan Kerajaan Haram BN,bajet hanya dibentang selama 20 minit tanpa bahas yang melibatkan RM 700 juta peruntukan.Ini satu rekod “Dunia” yang boleh di masukkan ke dalam

buku “Guinnees Stout Book”hebat..hebat..hebat..!!

0 comments

There was an error in this gadget