http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Zambry Kader Bakal Di "Pecat" jawatan MB oleh Geng UMNO sendiri?

Posted by Love Perak | Wednesday, November 11, 2009 | 1 comments »

Team PerakEx mendapat maklumat bahawa UMNO Perak kini sedang mengalami krisis hebat. Maklumat daripada orang UMNO sendiri dan ditulis oleh blog PerakKume, antara lain menyebut, kumpulan Mahyuddin Yassin kini telah pun mula menjalankan gerak kerja menghancurkan Zambry Kader disamping orang Najib juga dikatakan cukup berminat dengan jawatan MB Perak walaupun HARAM.”



Tulisnya lagi, “[a]da bekas EXCO UMNO sendiri secara terang-terangan menentang Zambry Kader dan meminta najib membuat pertukaran segera MB sebelum menerima padah!!!”



Perebutan itu dikatakan berlaku antara tiga kuasa besar dalam UMNO. Kuasa-kuasa itu adalah dari kalangan orang Najib, orang Muhyiddin dan proksi KJ.



Dan lagi terdapat juga bekas EXCO yang teringin untuk jadi Adun kembali.



“Pertentangan seorang EXCO dengan seorang Adun yang dikatakan tidak “ngam” dan sering berbalah dalam banyak isu termasuklah pembahagian tender atau projek.



Tulis blog PerakKume lagi, “sikap Adun Bebas yang dah mula bercakap dan memburuk-buruk Zambry kerana menolak permohonan kroni-kroninya untuk mendapatkan projek….”



Dalam perkebangan yang sama terdapat juga perbualan di kedai-kedai kopi UMNO , “Zambry Kader akan digantikan…..?”



Antara perbualan-perbualannya, “ada diantara Ketua-Ketua Bahagian UMNO telah pun bercakap sendiri dengan Timbalan Presiden UMNO. Zambry tidak sesuai sebagai MB, Zambry bukan orang “najib” bukan orang “mahyuddin”, ini kata mereka.”



Zambry dikatakan sebagai “proksi” KJ di Perak.



Keretakan UMNO Perak bermula ketika Mahyuddin datang melawat tragedi “jambatan runtuh” di Kuala Dipang dimana Mahyuddin datang bersama 2 Ketua UMNO Perak menaiki helicopter bersama Mahyuddin.



Beberapa “pertemuan sulit” dikatakan telah berlaku bagi menurunkan Zambry Kader di Perak.




Sumber : PerakExpress

1 comments

  1. Putra IJ80 // November 11, 2009 at 9:34 PM  

    Orang PAS tak minat crite nie.,mereka minat crite UG,Minta TGHH melepaskan jawatan,Hassan Ali di kenakan tindakan,Ustaz Nasa di jatohkan.dan mana mana yang berkaitan,

    Bolger PAS hanya minat menyiarkan crite berkenaan dgn ulasan ulan berjela jela dgn gaya bahasa yg.indah untuk memberi keyakinan..,

    Crita UMNO bergolak,UMNO melakukan kezaliman,sudah tidak menguntungkan.,
    Kerana jika PAS hancur mereka mungkin dapat habuan.

    Orang minat harta pangkat dan kekuasaan dari mengikut sunah dan Alquraan.

    Ini lah kebanyakan penganut Islam akhir Zaman.

    Salam utk Bloger Al Husein,Mahaguru,Albanjari.,dan yg.sewaktu dgn nya.