Tanda tanda bahawa parti Gerakan berada dipenghujung jalan kian nyata.
Ini diakui sendiri oleh ketuanya, Lim Si Pin bahawa jumlah kehadiran perwakilan dalam persidangan pergerakan Pemuda Gerakan semalam merupakan yang terburuk dalam tempoh 22 tahun. Jumlah kehadiran tidak sampai 40 peratus dan kurang daripada 500 orang dan menyifatkan sebagai "sesuatu yang memalukan".
Apa lagi yang masyarakat tionghua harapkan pada parti Gerakan sekiranya ahlinya sendiri seolah olah muak dan dingin dalam mendokong perjuangannya parti. Parti dilihat tidak bermaya dan terikat dalam menentu hala tuju sendiri. Rakyat terbanyak mula celik dan bertindak untuk abaikan parti Gerakan kerana dilihat terlalu terikat dengan ketuanan bangsa Umno dan gagal dalam menangani masaalah rakyat terbanyak.
Pulau Pinang yang suatu masa dulu menjadi kubu kuat Gerakan kini jatuh di bawah pemerintahan Pakatan pada PRU 12 yang lalu. Dengan ketelusan dan kecemerlangan pemerintahan kerajaan Pakatan Pulau Pinang sejak 18 bulan yang lalu, harapan Gerakan untuk kembali bertapak di Pulau Mutiara ini amat tipis.
Tunggu apa lagi, tinggalkan saja kapal yang kian karam sebelum tenggelam bersama sama tuan bangsa Umno yang ego.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments
Post a Comment