Suka-suka ja PM 1Malaysia ni kata ikut sedap mulut dia. Kalau ya pun memang jenih tak sedar diri, jangan la bagi nampak sangat, malu sangat la aku nak mengaku rakyat Malaysia yang berperdanamenterikan orang macam ni.
Cara dia cakap tu memang sungguh-sungguh dia percaya Malaysia ni hak bapak dia. Suka-suka boleh buat apa yang dia suka. Sapa pun tak boleh persoai dia konon. Tara mana sangat kuasa Perdana Menteri tu.
Tapi nak buat macamana, dah majoriti rakyat pilih BN masa pilihanraya hari tu. Terima ja laa...
KUALA LUMPUR 1 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan semua pihak supaya jangan mempersoalkan haknya sebagai Perdana Menteri untuk melantik sesiapa sahaja yang layak dan berkarisma untuk menganggotai Kabinet.Konon RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN, pi main layang-layang laa...
Tegas beliau, segala tindakannya bukannya bertujuan untuk menggunakan kuasa semata-mata tetapi demi kepentingan semua pihak atas kapasitinya sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Perdana Menteri untuk semua kaum, bukan hanya untuk Melayu sahaja.Menurut beliau, pelantikan Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon sebagai menteri adalah bagi menghargai peranan parti itu dan sebagai sebahagian daripada proses pemulihan itu parti berkenaan.“Jangan persoalkan, ini hak saya sebagai Perdana Menteri dan saya buat ini bukan saya nak gunakan kuasa tetapi sebab saya fikir saya adalah Pengerusi BN, saya buat demi kepentingan BN, saya bukan Presiden UMNO sahaja, saya juga Pengerusi BN.
“Saya bukan Perdana Menteri untuk Melayu tapi untuk semua rakyat Malaysia, sebab itulah saya bertindak sedemikian, saya lihat daripada keseluruhannya, saya melihat masa depan negara kita, saya lihat kita telah kena pukul oleh rakyat dengan memberikan peringatan dan isyarat dalam Pilihan Raya Umum ke-12 lalu,” katanya. - Utusan
Yang aku herannya apa sangkut paut
"saya lihat kita telah kena pukul oleh rakyat dengan memberikan peringatan dan isyarat dalam Pilihan Raya Umum ke-12 lalu"
dengan
"pelantikan Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon sebagai menteri adalah bagi menghargai peranan parti itu dan sebagai sebahagian daripada proses pemulihan itu parti berkenaan"CENANGAU
0 comments
Post a Comment