http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Kasihannya Anwar Ibrahim

Posted by Love Perak | Tuesday, May 04, 2010 | 1 comments »

oleh : shalehudin

Gambar yang diambil pada 27 Jun 2008, menunjukkan Saiful masih hepi bekerja sedangkan dia telah diliwat pada 26 Jun 2008. Dia menyimpan 3 hari air mani diduburnya sebelum buat laporan Polis pada 28 Jun 2008.

Anwar gagal pada rayuan terakhirnya. Mahkamah persekutuan telah dengan sebulat suara menolak rayuan penangguhan kes liwat keduanya dan mengarahkan perbicaraan penuh diteruskan.

Sebagai ahli politik yang matang dengan sepak terajang politik Malaysia, Anwar perlu pasrah dan menerima hakikat ini lah hasil yang dia dapat dari berumah ditepi pantai. Rakyat terbanyak sudah lama mengetahui padang tempat permainan amat tidak rata untuk Anwar melata. Gol gol lawan dikecilkan amat pasti menyukarkan Anwar dengan "team player"nya bermain dengan baik dan diadili pengadil yang adil.

Anwar menyerah nasib dirinya pada Mahkamah yang kaku kerana dikuasai pemerintah. Anwar bagai sebelah kaki ke penjara sekiranya mengharapkan Mahkamah Malaysia yang amat adil ini. Tapi susuk pejuang bernama Anwar ini rela menebal muka dan meletakkan maruah dirinya dicalar calar musuh demi menghormati sistem keadilan negara. Anwar sebagaimana kes liwat pertamanya dulu, bakal dihukum sebelum hukuman sebenar dijatuhkan mahkamah. Inilah harga yang perlu dibayar oleh Anwar.

Apakah Anwar belum lagi mengetahui nasib yang bakal menerpa dirinya? Dia pernah berada dikedudukan teratas no 2 negara dan dia jugak pernah menjadi penjenayah no 1 dalam negara. Dia pastinya sudah mengira ngira rupa jerangkap yang dihadapannya. Dia sudah jelak dengan cercaan, dia sudah mangli dengan cacian malah dimalukan bagai penjenayah terjahat negara.

Ya... Ikhtiar adalah perlu bagi menghadapi kemelut dirinya. Tapi kita harus mengelak dari dilihat cuba melengah lengahkan perbicaraan. Kita perlu melihat dan dilihat berada ditempat yang benar benar menghormati sistem kepolisian dan kehakiman negara. Itu janji Anwar dan janji perlu dikota, walaupun amat jelas musuh telah menyalahgunakan apa yang kita junjung untuk patuh dan akur. Anwar kini terperangkap antara patuh pada undang undang dan cengkaman ala diktator keatas pegawai penguatkuasa undang undang. Keluhuran undang undang ditafsir pegawai mengikut kemahuan yang amat berkuasa.

Apakah Anwar benar benar jahil tentang semua ini? Ini lumrah bagi politikus selicik Anwar. Mustahil Anwar mengharapkan musuhnya kian kecil dan lemah dari liwat pertama dahulu.

Pada rakyat Malaysia sekalian, bersedialah. Anda sekali lagi akan dihidangkan dengan perkataan dan aksi aksi lucah yang melampau yang bakal terhidang dalam akhbar akhbar penjilat. Tujuannya hanya satu, bunuh karektor Anwar, malukan dia betul betul dan hukum dia sebelum hukuman sebenar tiba.

1 comments

  1. Anak Sungai Derhaka // May 4, 2010 at 10:52 PM  

    Salam...

    Aku rasa.. tiang gol tu bukan dikecilkan.. tapi dibawa lari seluruh padang..