Iye benar. Anwar ni pemaaf dan suka nak “tarbiyyah” orang. Maka, dengan otomatik dia suka sangat pungut sampah-sampah yang telah dibuang oleh parti lain.
Orang seperti Zulkifli Noordin dan Wee Chee Keong adalah sampah kepada PAS dan DAP. Wee Chee Keong telah dibuang DAP kerana perangai beliau yang suka buat kacau. Keluar DAP buat parti baru, MDP, dgn Liew Ah Kim dan lawan DAP. Tapi, lawan punya lawan, deposit hilang.
Zulkifli Noordin ni PAS dah pecat keahlian sebab bertanding tiket PKR tanpa kebenaran PAS. Memang perangai pun perangai suka menipu dan berbohong sejak dalam PAS lagi.
Juga, Zahrain Bayan Baru. Semua orang tahu dia ni UMNO pun dah tolak. Masuk KeAdilan sebab dah takda tempat dalam UMNO. Gaya hidup pun bukan main hebat. Dah masuk KeAdilan pun gaya hidup tidak berubah. Last-last melompat.
Juga, Salehuddin Hashim anak kepada bekas ahli Parlimen PAS(Parit 1969), Haji Hashim Gera. Hashim Gera dipecat oleh PAS sebab berronggeng di Parlimen sampai masuk “paper”. Ada ka patut, dah jadi ahli parlimen Pas pegi berjoget. Walaupun masa tu takda lagi tarbiyyah macam sekarang, namun syiar tetap dijaga.
Kalau bapak dia pun dah tunjuk perangai macam tu, anak dia apa lah lagi. Bak kata orang putih: “The Apple Does Not Fall Far from The Tree”.
Eloklah Fauziah isytihar suruh semua ahli yang nak keluar KeAdilan supaya keluar. Masanya sampah-sampah ni dibuang dari KeAdilan. Anwar kena utama kan mereka yang terbukti komited dan tahan uji. Orang seperti Johari Abdul yang dari seorang korporat mampu mendapat pinjaman perniagaan jumlah berjuta ringgit, terus jatuh ke tahap menjadi penjual pasar malam. Semua sebab dia istiqamah dan terus dalam perjuangan. Contoh lain adalah DAto Kamarul (garang2 dia pun, orang dia istiqamah), OBJ, Annuar Tahir, Azmin, Tian Chua, Latheefa Koya, Johnson Chong etc.
Utamakan orang2 yang tahan uji walaupun kurang popular. Anwar juga buat keputusan yang bijak memilih Tan Sri Khalid sebagai MB Selangor. Dia sudah mula menunjukkan sikap dan contoh sebagai pemimpin Islam zaman moden. Memanglah orang marah kat dia, tapi bukan sebab dia korup, tapi sebab dia tak bagi korupsi dalam kerajaan Selangor terutama dengan ahli2 PKR.
Orang-orang seperti ini yang wajib Anwar utamakan sebab mereka sekurang-kurangnya telah membuktikan komitmen mereka dan pernah diuji dengan kesusahan.
Latheefa Koya tu 100x lebih mulia dari katak2 yang melompat ni.
Tulang Besi
¡Hola mundo!
8 years ago
Aku sgt2 setuju dgn artikel ni. Biarlah yg tinggal hanya sedikit, tetapi semangat mereka bak singa yang tak gentar bertarung.
Jangan ramai je lebih, tapi lembik bak kelkatu.Terbang je tinggi. Lepas tu terus jatuh ke bumi. Akhirnya, dipatuk ayam!