http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Apa la lu Khalid Samad!

Posted by Love Perak | Wednesday, May 26, 2010 | 1 comments »

kah kah..apa la...YB Khalid..bertanding ngan Mat Kotak tu apa barang...lagipun..dia mana ada telur...tak paah ajak bertanding...ajak je berdebat dulu...kes liwat..tengok dia ada telur ke takdak...ke telur pun dah simpan dalam kotak..kah kah kah

Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad hari ini mencabar bekas ketua pemuda PKR yang berpaling tadah, Ezam Mohd Noor untuk bertanding di kerusinya pada pilihan raya umum akan datang.

Khalid pada sidang medianya hari ini mengambil kesempatan untuk mencabar Ezam, yang baru-baru ini dilantik sebagai senator Dewan Negara.

Cabaran ini disuarakan wakil PAS itu dalam keadaan Pakatan Rakyat yang pada ketika ini lebih terkedepan dalam mengeksploitasi isu semasa -- khususnya isu pemberian lesen judi sukan.

"Saya juga ucapkan tahniah kepada beliau (atas perlantikan senator).

"Mungkin ini imbuhan atas khidmat dia, yang ditawarkan oleh Umno dan BN.

"(Namun) sebagai seorang yang menganggap dirinya sebagai pejuang, semestinya tidak berpuas hati memasuki Dewan Negara melalui pintu belakang," kata Khalid dengan sinis.

Ezam
pernah bertanding melawan calon Umno di kerusi Shah Alam pada 1999 semasa masih bersama PKR tetapi tewas.

Menurut Khalid, Ezam yang dulunya seorang penyokong kuat ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini tunduk kepada tekanan Umno.

"Sekarang dia bawa hujah kata Anwar memang seorang yang lakukan perkara terkutuk itu," katanya dengan merujuk kepada dakwaan liwat yang dihadapi Anwar.

Khalid juga berkata, pusingan 180 darjah yang dilakukan Ezam juga menunjukkan kuasa tekanan Umno terhadap bekas pemimpin PKR itu.

Maka, Ezam perlu membuktikan bahawa beliau masih mendapat sokongan rakyat, kata Khalid lagi.

"Sejauh mana pendirian rakyat terhadap beliau perlu dibuktikan," katanya dalam satu sidang media hari ini

"Sejauh mana penerimaan rakyat terhadap sikap dan pendirian beliau perlu dibuktikan dan saya sedar bahawa Umno Shah Alam ketandusan kepimpinan.

"Saya yakin dia akan beri tentangan yang lebih daripada pemimpin Umno sedia ada," tambahnya.

1 comments

  1. Karat E-jau // May 26, 2010 at 8:53 PM  

    Kuah3..Mat Kotak..Sapa nak bagi dia jadi calon??Umno??tunggu smpai kiamat..sbb Umno pun tahu,klu letak Mat Kotak ni jadi calon alamat..ruyuppppppppp..

    Tlg linkkan blog ana tuan http://karatijau.blogspot.com