http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Al-Kisah Bila Tiada Projek

Posted by Love Perak | Thursday, May 27, 2010 | 0 comments »

Beberapa orang yang terkenal di kampong mereka sebagai penyokong kuat Umno tiba-tiba naik angin. Mereka yang sedang melepak disebuah warung di pinggir jalan besar menuju ke Pekan Kerdau tiba-tiba dikejutkan dengan berita yang tidak menyenangkan.

Nazri: "Ini yang aku benggang ni. Aku dah siok ingatkan ada projek. Ni cite lain pulak dah"

Amirmhd yang sejak tadi asyik melihat Pak Leman bermain 'Dam Aji', kehairanan. "Apa hal kau ni Nazri, projek apa kebendanya?" Sergah Amirmhd.

Gomo yang baru sampai untuk join 'Dam Aji' di warung itu tersenggeh dan bersuara sinis. "Abislah kau Nazri, hancus projek engkau".

Amirmhd semakin kebinggungan. "Apa hal ni Gomo? tetiba je hancuss projek ni pehal?"

"Engkau baca berita ni, nilah yang si Nazri tu bengang sangat tu". sambung si Gomo sambil menghulur akhbar kesayangan mereka, Utusan.

"Alamak!!! brengsek betul la, keringlah aku bulan depan nampaknya". Renggus Amirmhd sambil membaca berita itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim, yang dirawat di Institut Jantung Negara, kini boleh makan dan bercakap, kata seorang anaknya.

"Tengah hari semalam keadaan beliau bertambah pulih, beliau dah boleh bercakap, walaupun dalam nada yang perlahan tapi masih boleh difahami," kata anaknya, Ikhwan, ketika dihubungi hari ini.

Rupanya mamat-mamat pencacai Umno ni merenggus kerana harapan mereka untuk dapat upah tampal poster di Kerdau hampa.

0 comments