KONGRES PKR MAHU DEDAH RAHSIA MP , ADUN KELUAR PARTI - minsider
Selepas sebahagian besar wakil rakyat yang keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendedahkan “rahsia” kepimpinan sepanjang tiga bulan lalu, komponen Pakatan Rakyat (PR) ini dijangka membuat “pendedahan balas” sebab dan punca mereka mengkhianati parti itu hujung minggu ini.
Beberapa pemimpin yang ditemui The Malaysian Insider berkata mereka menunggu “lampu hijau” pucuk kepimpinan untuk membuat pendedahan ketika Kongres Nasional Keenam PKR di Kota Baru.
“Kami mengarah ke sana, sekarang tunggu lampu hijau daripada (Penasihat PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, bila dan siapa yang perlu membuat pendedahan... kemungkinan ketika Kongres Nasional kali ini... sama ada Anwar sendiri ataupun pemimpin kanan yang lain,” kata seorang pemimpin kanan parti itu, tetapi enggan namanya didedahkan atas alasan parti masih memikirkan strategi pendedahan.
“Parti sudah banyak bersabar dan kini sudah sampai masa bagi parti menjelaskan kepada perwakilan apa yang sebenarnya berlaku.
“Kita akan mendedahkan habuan yang mereka dapat, pendedahan akan dibuat melalui beberapa saluran yang akan membuktikan apa yang menjadi punca mereka mengkritik kepimpinan parti habis-habisan dan mahu keluar parti,” katanya lagi.
Menurut pemimpin ini, pendedahan mereka akan memfokus terhadap lima Ahli Parlimen yang kini bertindak sebagai wakil rakyat Bebas di Dewan Rakyat.
¡Hola mundo!
8 years ago
ingat salah masuk..
kaler putih da sekarang...