oleh : chegu bard
YB Zulkifli Nordin keluar lagi dalam Buliten Utama 16 Mei 2010 konon berlagak seperti Nujum Pak Belalang dengan menujumkan bahawa KEADILAN hanya akan bertahan dalam 10 bulan lagi.
Yang pasti kalau Zul Nordin beriman dengan tilikan dia itu, pasti dia akan kecewa.
KEADILAN akan jadi lebih matang dan kuat apabila kelompok yang membawa agenda peribadi keluar dari parti ini. Kelompok yang kecewa tak jadi menteri kerana tak terjayanya cita - cita 16 September.
Zul Nordin contohnya pernah sendiri mengakui bahawa beliau telah berjumpa dengan Abdullah (ketika menjadi PM) dan Najib (ketika itu TPM) dengan memberi aku janji. Ganjaranya Bn menarik semula kes saman terhadap SPR dan beliau. Kes tersebut benar kukuh, sememang beliau tidak memenuhi krateria menghantar laporan kewangan PRU 2004.
Kerana itu parti membuat keputusan mencadangkan DSAI bertanding di kerusi Kulim Bandar Baru kerana suka atau tidak lambat laun kerusi itu akan terpaksa dikosongkan kerana mahkamah akan membuat keputusan.
Namun Zul Nordin terus hilang dan melakukan 'deal' sendiri bagi menyelamatkan kedudukannya. Dia secara diam berjumpa Abdullah dan Najib, membuat aku janji di depan Presiden dan Timbalan Presiden Umno. Aziz Sheikh Fadzir tahu mengenai perkara ini. Aziz akur dan menarik semula saman beliau berdasar arahan atasan Umno.
Zul Nordin, ketahuilah parti ini akan jadi lebih kukuh dengan keluar lebih ramai lagi kelompok hipokrit seperti kamu.
Cuma bagi parti ini seharusnya segera mempersiapkan kelompok muda dengan idealisma perjuangan dan strategi perjuangan yang makin mencabar.
¡Hola mundo!
8 years ago
Kata2 Zul Boleh percaya sebab dari kata2nya mengandungi komisyen yang amat tinggi Nilainya.
sebab tu dia yakin dengan adanya peruntukkan KHAS yang dipanggil PERUNTUKKAN KATAK yang diketuai olehnya sendiri. jadi gua nak nasihat ngan SEMUA MP dan ADUN PR TOLONG Jauhkan DIRI anda DENGAN MAMAT bernama ZUL KULIM ni.
Laknatullah
Zul YB Kulim ada tanda-tanda Munafik kerana......
Diberi AMANAH dia Khianat.
Berjanji tapi tak tunai.
Bercakap banyak bohong dari benar.
Berhutang tak mau bayar.