http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

RTM tutup pekong wakil rakyat MCA

Posted by Love Perak | Friday, May 14, 2010 | 0 comments »

RTM terus gagal menjadi sumber maklumat tepat untuk rakyat apabila apabila satu lagi rancangan dokumentari Galeri Mandarin Nasional, tv2 dibatalkan pada hari ini, menyusuli pembatalan siaran isu Empangan Bakun pada 28 April 2010. Isunya kali ini, pembinaan menara elektrik di Rawang, Selangor.

Rancangan dokumentari yang dijadualkan ke udara pada 12.20 tengah hari, dari Isnin ke Jumaat minggu ini, dibatalkan tanpa sebab. Siri dokumentari ini bertemakan isu pembinaan menara elektrik di Rawang, yang menjadi pertikaian sejak beberapa tahun lalu.

Projek Pengukuhan Sistem Kawasan Tengah (CAR) yang dijalankan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) ini dibantah penduduk setempat, sehingga ianya dibawa ke mahkamah. Kegagalan wakil rakyat MCA dalam menyelesaikan masalah ini, dianggap salah satu punca gagalnya BN mempertahankan kawasan parlimen Selayang dan DUN Rawang dalam PRU ke-12 lalu.

Penerbitnya dokumentari berkenaan, Chou Z Lam mendedahkan bagaimana seorang pegawai yang berkeahlian MCA, Yap Shy Cuan dilantik secara rasminya oleh pihak pengurusan RTM untuk memantau rancangan yang diterbitkan oleh unit Galeri Mandarin Nasional, unit Buletin Mandarin tv2 dan program mandarin di radio RTM.

Chou Z Lam mengandaikan perlantikan pegawai yang tidak berpengalaman dalam kewartawanan ini bertujuan untuk memperketatkan kawalan RTM terhadap kandungan rancangannya. Menurutnya ini sebagai satu penghinaan terhadap profesional kewartawanan, kerana ia menghakis kredibiliti RTM, mengancam hak audien untuk mendapatkan maklumat dan mengaibkan maruah kewartawanan.

Menurut laporan Freedom House yang diumumkan baru-baru ini, Malaysia berada pada ranking ke-141 daripada 196 buah negara dalam kebebasan akhbar, iaitu 30% yang terendah di dunia. Sebelum pembatalan siaran rancangan dokumentari Galeri Mandarin Nasional, seorang penerbit ntv7, Joshua Wong meletak jawatan sebagai protes kerana pihak atasan syarikat medianya didakwa tunduk kepada aduan dari Jabatan Perdana Menteri dan isteri Perdana Menteri.

0 comments