Kepada semua pimpinan Pakatan Rakyat, Keadilan khasnya. Ini isu besar yang mesti ditangani bersama dengan apa cara sekalipun. Bangkitkan "mereka" yang masih lena....!! Andai bolih dibawa berbicara, itu sebaiknya. Jika tidak, kalau perlu ke jalanan, ke jalananlah kita. Kalau perlu ke dataran, ke dataranlah kita bersama....!!!
Aku mahu kau sedar bahawa kemenangan di Sibu adalah notis akhir untuk menghantar Anwar ke tali gantung. Kau faham? Bagaimana Sibu ini menjadi tali gantung untuk Anwar?Sabar… sabar. Kau lupa bahawa Sibu ini lebih penting dari seribu Lunas. Sibu lebih penting dari semua pilihanraya kecil di Semenanjung. Ketika kau merayakan kemenanga di Sibu ini aku ingin mengingatkan kau bahawa Sibu dan seluruh Sarawak termasuk Sabah adalah peti duit simpanan untuk gerombolan.Apabila kau menang di Sibu ertinya kau telah mula menghafal angka pin kepada peti duit simpanan gerombolan. Seperti aku katakan tadi : kuasa bukan senang untuk dilepaskan. Kau sedang bermain dengan bahaya.Aku sebagai pembawa ayat-ayat songsang sekali lagi ingin mengingatkan kau bahawa konspirasi untuk melupuskan politik Anwar akan bertimbun tambah. Kau tunggu dan lihat. Hanya yang ingin aku ingatkan ialah dalam merayakan kemenangan di Sibu sedarlah bahawa tali gantung untuk Anewar Ibrahim semakin rapat.
Dalam hal ini bicara minda saya senada dengan apa yang dititipkan olih saudara Hishamuddin Rais. Kalian baca di sini.
0 comments
Post a Comment