http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Masih ada masa untuk BN raih sokongan Cina - Mahathir

Posted by Love Perak | Saturday, May 29, 2010 | 0 comments »

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiHl_nBNHYZ5qig06e9zr5zXhzkdaRT0rosHdp7njX4nSXJKw4oKCz7SQsRgYwiHxzflORTw4Yh52U3uqvQ39MkBi805EfNoHrAIu8Ym_zYxGfEPAh-mvFJ5n8f5PksLP3y0Bfl4sFPtyPw/s400/mahathir+superman%3D%3D%3D.jpg

Drs. Khalil idham Lim

Tun Dr Mahathir Mohamad percaya Barisan Nasional (BN) masih mempunyai masa untuk menarik sokongan daripada masyarakat Cina sebelum pilihan raya umum akan datang.

Bekas Perdana Menteri berkata, masyarakat Cina akan menyokong BN jika parti pemerintah itu terus melayan masyarakat itu dengan adil serta menjaga kepentingan mereka seperti di dalam bidang perniagaan.

Namun realiti yang berlaku sebenarnya Masyarakat Cina sudah tidak berharap kepada BN yang sering menipu setiap kali berlakunya pilihanraya. Saya kira orang Cina sudah mengucapkan selamat tinggal kepada BN. Seperti kata pepatah "nasi sudah menjadi bubur".

Terakhir bila Sibu menjadi satu titik tolak baru bahwa bukti yang jelas penolakan orang Cina kepada BN yang saya kira menyebabkan semua pemimpin BN sudah menjadi bimbang dan takut. Kerana itu ucapan Mahathir diatas adalah satu ucapan yang saya anggap memberi harapan kepada BN untuk melakukan sesuatu supaya Masyarakat Cina kembali menyokong BN. Namun ternyata ianya sudah terlambat.

Sebenarnya Mahathir lah orang yang turut bertanggun jawab untuk menyebabkan BN dan UMNO dibenci oleh Masyarakat Cina, malah dialah yang meniupkan semangat Kemelayuan yang kuat dalam UMNO sehingga lahirnya pemimpin UMNO yang sangat resis kepada bangsa lain pada masa sekarang.

"Jikalau layanan (BN) kepada mereka (masyarakat Cina) adalah adil, saya fikir mereka akan sokong Barisan Nasional," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Wacana Kepimpinan dan pelancaran Kelab Veteran MAYC di sini hari ini.

Perdana Menteri Malaysia Keempat itu berkata demikian ketika ditanya mengenai kemerosotan sokongan masyarakat Cina terhadap BN sebagaimana yang berlaku di dalam beberapa pilihan raya kecil baru-baru ini.

yang jelas masyarakat Cina bukan mudah ditipu dengan tawaran kebendaan dan janji pembangunan setiap kali pilihanraya, malah mereka sangat faham bahawa tanggungjawab membangunkan negara dan negeri adalah tanggung jawab pemimpin yang telah diamanahkan dan tidak perlu dipolitik dan dijanjikan.

Inilah persoalan yang mesti difahamkan oleh semua masyarakat berbilang kaum di Malaysia, terutamanya orang Melayu. Kerana itu apa yang BN jaja seantaro dunia sebagai jasanya adalah satu tanggung jawab yang mesti ditunaikan oleh semua Kerajaan di mana sahaja. Sebab itu apa salah nya memilih kerajaan baru, apalagi ianya terbukti lebih baik, amanah, adil dan boleh menentukan kebajikan semua rakyat lebih baik untuk masa akan datang.

0 comments