


Pihak Polis melalui ketuanya pun satu, apa  salahnya beri 10 atau 15 minit untuk rakyat bantah perjudian yang  diluluskan oleh Timbalan Menteri Kewangan dan Konsert tanpa henti yang  akan merosakkan pemuda-pemudi yang akhirnya meramaikan anak haram.
KUALA  LUMPUR 14 MEI: Lebih 1,000 orang menyertai perhimpunan membantah  kelulusan lesen judi bola sepak Piala Dunia yang diluluskan Kementerian  Kewangan pimpinan Datuk Seri Najib Razak, di perkarangan Masjid Jamek  Kampung Baru di sini, hari ini.
Perhimpunan yang turut disertai  masyarakat bukan Islam berlangsung kira-kira lima minit berikutan arahan  polis yang melarang, bahkan mengarah mereka segera bersurai seusai  solat Jumaat.
Seorang petugas perhimpunan dipercayai ahli Pas  mendakwa dikasari polis tetapi dilepaskan selepas perbincangan polis  dengan Setiausaha Pas Pusat, Kamaruzaman Mohamad.
Pada  perhimpunan itu, Kamaruzzaman mendesak kerajaan Umno Barisan Nasional  menarik semula lesen judi bola kerana ia bakal memberi kesan negatif  kepada bangsa dan negara.
~ tvselangor
¡Hola mundo!
9 years ago













0 comments
Post a Comment