http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Timbalan Perdana Menteri 2 Untuk DAP

Posted by Love Perak | Sunday, May 30, 2010 | 0 comments »

oleh : al-kerohi


Apa yang perlu akhbar arus perdana khuatirkan tentang isu Anwar Ibrahim berjanji kerusi Timbalan Perdana Menteri untuk DAP ?

DAP di bawah kepimpinan Lim Guan Eng di Pulau Pinang baru dua tahun dua bulan sudah membuktikan kemampuannya sebagai sebuah kerajaan yang lebih telus dari UMNO, Gerakan dan Barisan Nasional yang sudah 52 tahun menjadikan harta negara dan rakyat milik mereka.

UMNO - demokrasi pun tidak Islam jauh sekali. Lesen judi dan arak disokong oleh UMNO dan kelulusan dibuat oleh Najib Razak selaku Menteri Kewangan. DAP pula menentang pemberian lesen seumpamnya


Teringat apa yang ditanya oleh Anwar di dalam parlimen:


Adakah Najib Tun Razak tidak minum arak (beer) ? Adakah Muhyiddin Yassin tidak minum arak, adakah Hishamuddin Tun Hussin Onn tidak minum arak dan adakah Khairy Jamaludin tidak minum arak.

Tiada seorangpun dari mereka yang mengaku tidak minum arak.

Teringat juga kata-kata Tok Pa Setiausaha PAS Malaysia. Kesemua Perdana Menteri termasuk Dr Mahathir kaki minum arak kecuali Pak Lah.

Adakah depa pakai Quraan dan Hadis yang berlainan dengan umat Islam seluruh dunia lalu menghalalkan arak dan judi.

Arif Shah ADUN Seberang Jaya tak lah kata judi tu halal. Cuma dia kata halalkan lah judi tu dengan lesen.

Lebihkurang macam ni lah kot ? Bagi isteri setubuh dengan lelaki lain tak lah halal. Tapi halalkanlah dengan beri lesen.

DAP beribu kali baik dari depa untuk menjadi tekong. Buat masa ini, Islam pun depa suka, demokrasi lagi lah.


Sajalah nak tanya. Wartawan Utusan Malaysia tak dakkah yang kaki minum ?

0 comments

There was an error in this gadget