http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Nga Kor Ming Bidas UMNO Perak dan Zambry isu Judi

Posted by Love Perak | Monday, May 31, 2010 | 0 comments »

DAP Perak mencabar kerajaan Negeri Perak khususnya pemimpin Umno bagi menyatakan pendirian rasmi terhadap pengeluaran lesen judi bola yang diluluskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Setiausaha DAP Perak yang juga Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming menegaskan sikap Umno yang meluluskan aktiviti perjudian bola terbukti jelas UMNO kini sudah menjadi sebuah parti politik yang hipokrit dan tidak berprinsip.

“UMNO kononnya mendokong Islam, tetapi menggalakkan judi bola, sudah tiba masa masyarakat insaf dan menilai semula parti sedemikian," kata beliau.

Beliau yang mewakili DAP mengecam sikap Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir yang masih membisu seribu bahasa dalam isu ini walaupun menerima bantahan daripada pelbagai pihak.






Nga Kor Ming dalam pada itu menegaskan bahawa empat negeri kerajaan Pakatan Rakyat(PR), iaitu Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Selangor telah membuat keputusan muktamad menghalang aktiviti perjudian bola yang diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Syarikat Ascot Sports Sdn Bhd, sebuah syarikat swasta yang mempunyai kaitan rapat dengan Berjaya Corporation.

Kerajaan Tempatan termasuk Majlis Perbandaran Petaling Jaya juga telah memutuskan supaya tidak akan membenarkan sebarang lesen dikeluarkan kepada mana-mana pihak untuk bangunan mereka dijadikan pusat judi bola.

Nga menjangka jika perjudian bola dihalalkan, jumlah wang judi yang akan dikutip adalah dianggarkan sebanyak RM9 billion setiap tahun, kegiatan sedemikian akan memberi impak negetif yang besar kepada masyarakat dan membawa kesan sampingan yang buruk kepada keluarga khususnya kepada generasi remaja yang merupakan harapan Negara.

“Sekarang judi bolasepak, mungkin nanti judi badminton, judi hoki, judi tenis. Semua boleh judi, bayangkanlah akibatnya,” kata beliau lagi.

Nga Kor Ming berkata demikian dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat DAP Negeri Perak.

Turut hadir adalah Pengerusi DAP PERAK, Datuk Ngeh Koo Ham, Pengarah Biro Guaman Negeri, Nga Hock Cheh, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Perak termasuk ADUN kawasan Menglembu, Lim Pek Ha, ADUN Tronoh, V Sivakumar, ADUN Buntong, A. Sivasubramaniam, ADUN Tebing Tinggi, Ong Boon Piow, ADUN kawasan Canning, Wong Kah Woh dan ADUN Keranji, Chen Fock Chye.

Nga berkata, kerajaan persekutuan memberi alasan pengeluaran lesen judi bola bertujuan untuk mengawal kegiatan judi haram dan ia bertujuan menambah hasil cukai kerajaan RM500 juta setahun.

Bagi beliau alasan sedemikian jelas meleset.

"Kita lihat kegiatan judi nombor empat ekor, setelah dihalalkan, adakah ia kini berjaya menghapuskan sindiket perjudian bawah tanah? Adakah kerajaan BN kini sudah hampir muflis dan oleh itu terpaksa bergantung kepada hasil cukai judi untuk membangunkan Negara?” soal beliau.

Bagi beliau, masyarakat yang ketagih judi adalah masyarakat yang tidak mempunyai daya saing dan produktiviti dan ia juga menjejaskan falsafah pendidikan Negara yang bertujuan mendidik modal insan yang bermoral.

DAP terus mencabar Datuk Seri Zamry menyatakan pendirian rasmi Kerajaan Negeri Perak atas soal judi bola dalam tempoh terdekat kerana sikap membisu seribu bahasa menampakkan sikap Zamry yang tidak bertanggungjawab dan jelas terbukti pimpinan tanpa hala tuju.

Erapakatan

0 comments