http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Najib ada apa-apa ke dengan Madey?

Posted by Love Perak | Saturday, May 22, 2010 | 0 comments »

Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad (gambar) kesal kerana Piem Najib menghalang usaha rakyat menuntut satu Suruhanjaya Diraja dibentuk bagi menyiasat dakwaan Barry Wain.

Mungkin Najib ada alasan tersendiri untuk tidak menyiasat dakwaan Barry Wain, mungkin nak jaga pungkok sendiri, mungkin nak balas jasa Piem bangsa Umno yang dulu tu, mungkin jugak nak diamkan pasai diam tu lebih berkesan macamana yang dia buat diam kes Altantuya ari tu. Rakyat Malaysia khasnya Melayu kan ka mudah lupa.

Semalam, Barry Wain mempertahankan fakta bukunya Malaysian Maverick: Mahathir in Turbulent Times dan turut menyatakan beliau mempunyai bukti yang kuat bahawa Mahathir telah menyelewengkan wang negara lebih dari RM100 bilion.

Disember tahun lepas Najib menyebut: "Tak wajar dicadangkan Suruhanjaya Diraja ditubuhkan semata-mata kerana ada orang menulis sebuah buku. Apa yang penting ialah bagi kita melihat masa depan. Semua perdana menteri telah memberi sumbangan yang besar. Jika tidak, Malaysia tidak akan menjadi maju seperti sekarang sehingga dianggap sebagai satu contoh”.

Ini kes mega bagi rakyat, majoriti rakyat pun nak tau jugak apa dah jadi dengan aset negara yang juga aset rakyat. Rakyat wajib sangat bangun dan terus mendesak segala kebobrokan didedah, yang salah dihukum.

shalehudin

0 comments