http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Berita Best Dari Selangor!

Posted by Love Perak | Saturday, May 29, 2010 | 2 comments »

Harakahdaily melaporkan:

Selangor dalam Proses Penghapusan Judi Keseluruhan!
SUBANG, 28 Mei: Kerajaan Negeri Selangor telah membuat keputusan tidak membenarkan premis-premis miliknya terus digunakan untuk aktiviti perjudian setelah lesen premis berkenaan tamat.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr Hasan Mohd Ali berkata, mesyuarat Exco telah membuat keputusan tersebut.

Katanya, premis milik kerajaan negeri di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak akan dikembangkan untuk aktiviti perjudian apabila lesennya tamat.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS negeri menyatakan demikian ketika ditanya mengenai laporan sebuah portal berita bahawa tiga PBT di negeri ini tidak akan membenarkan premis pengoperasian judi bola sepak Piala Dunia oleh Syarikat Ascot Sport, anak Syarikat Kumpulan Berjaya Corp. - Harakahdaily
“(Mesyuarat) Exco buat keputusan tak benarkan premis-premis kita yang tamat lesen kembangkan aktiviti judi,” ujarnya kepada Harakahdaily selepas berkhutbah dan mengimamkan solat Jumaat di Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, di sini, petang ini.
Tahniah untuk Selangor.

2 comments

  1. chop // May 29, 2010 at 2:22 PM  

    Syabas Selangor, semoga simpanan rakyat bertambah. Keluarga kurang gelisah sebab ada simpanan.Tapa jaga -jaga bank tu nanti dia perabih pula, Idris Jala kata negara nak bangkrut 9 tahun lagi --

  2. Jashamsulnizam // May 29, 2010 at 3:33 PM  

    Najib mahu semua umat Islam menjadi kuat, terkenal dan unggul dlm bidang perjudian, dgn itu semua jagoan2 judi Islam akan diwajibkan menyumbang separuh drp hasil kemenangan dlm pertaruhan mereka kpd Beer eNd utk buat belanja PRU dan PRK nanti, hahaha...