oleh Mohd Shubihi @ http://www.facebook.com/mshubihz
Semalam saya dihubungi oleh seorang teman sekolah lama yang mahukan  kepastian apakah ada kemungkinan akan berlaku lagi tragedi rampasan  kuasa tidak bermaruah seperti mana yang berlaku di Perak tahun lalu.
Teman  itu meminta saya membaca berita di The Malaysian Insider bertajuk  'Second ‘Perak’ on the cards, warns Zul Noordin' yang ditulis oleh Clara  Chooi berkaitan isu yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Kulim Bandar  Bharu yang ditalak tiga oleh PKR kerana keangkuhannya sendiri.
Zul  Noordin dalam kenyataannya memberitahu ada dua Ahli Parlimen dan  seorang Adun dari PKR akan bertindak meninggalkan parti kerana hilang  kepercayaan kepada kepimpinan DS Anwar Ibrahim, alasan yang tidak  berubah-ubah sejak bermulanya episod wakil rakyat melompat keluar.
Pada  mulanya saya rasa teruja dengan berita itu, tapi bila direnung-renung  dan ditilik-tilik, mana mungkin amaran tidak berasas itu menjadi realiti  apabila wakil rakyat yang tidak dinamakan itu adalah dua orang MP dan  hanya seorang Adun sahaja.
Bodohnya peguam yang berpaksikan agama  dan bangsa itu membuat congakan asas matematik dalam politik. Pada masa  sekarang Pakatan Rakyat menguasai 20 kerusi dan BN hanya memiliki 15  kerusi termasuk dua kerusi Bebas di DUN Kedah, manakala Kota Siputeh  masih kekal tidak bertuan kerana ketakutan BN yang teramat sangat  terhadap pilihan raya kecil di Kedah.
Kalau pun masin mulut Zul  Noordin, berlaku apa yang dikatakannya, kerajaan PR Kedah masih utuh dan  tragedi Perak tidak akan berulang di negeri jelapang padi ini. PR masih  kekal menguasai kerajaan negeri kerana mempunyai 19 kerusi berbanding  BN hanya 16 kerusi termasuk Bebas.
Pada ketika ini Adun PKR hanya  ada 3 orang sahaja, Adun Bukit Selambau, S. Manikumar, Adun Sidam, Tan  Show Kang dan Adun Kulim, Lim Soo Nee. Ketiga-tiganya menganggotai  barisan Exco Kerajaan Negeri Kedah. Apakah salah seorang dari mereka  akan mengikut jejak bodoh dan senget Adun Lunas dan Adun Bakar Arang  yang meninggalkan PR hanya kerana ingin mendapat sedikit habuan yang  hanya boleh dijadikan modal permulaan membuka sebuah restoren di KL?
Dua  lagi MP, kemungkinan gandingan MP Padang Serai dan MP Sungai Petani @  MP Padang Serai dan MP Kuala Kedah @ MP Sungai Petani dan MP Kuala Kedah  tidak akan menjejaskan penguasaan PR dalam DUN Kedah.
Persoalannya  siapakah dua orang MP dan seorang Adun PKR yang Zul Noordin maksudkan  dalam kenyataan bodohnya itu?
Saya cuba menghubungi salah seorang  dari Adun untuk penjelasan dan kesudahannya kami mencapai satu  keputusan untuk diaturkan satu ceramah penjelasan isu lompat melompat  pada 19/5/2010 di Bedong.
Ketiga-tiga Adun PKR dan ketiga-tiga MP  PKR akan dijemput untuk memberikan penjelasan dan Zul Noordin juga akan  dijemput untuk mendedahkan siapakah Adun dan MP PKR yang dikatakan akan  melompat dari Pakatan Rakyat.
¡Hola mundo!
9 years ago













"Pejuang Islam" ni ade komen pasei judi tak? Awat tak ajak PERKOSA dan Alkatak merempuh syarikat Berjaya tu? Awat hang tak saman Awe Adek macam hang saman Khalid Samad pasei isu Allah dulu? Why? Why? Why?