http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

BN Dijangka Menang di Sibu, Majoriti kecil

Posted by Love Perak | Saturday, May 15, 2010 | 0 comments »

Usaha bagi menarik sokongan 54,695 pengundi diperhebatkan apabila parti yang bertanding sampai ke pusingan akhir dengan petanda awal menunjukkan Barisan Nasional (BN) dijangka mengekalkan kerusi parlimen Sibu tetapi dengan majoriti yang kecil.

Orang dalaman parti dari kedua belah pihak meramalkan bahawa kelebihan itu amat rapat dengan jentera pilihan raya BN percaya bahawa mereka akan selamat dengan majoriti antara 1,000 hingga 2,500 undi manakala DAP berkata mereka masih mengikuti di belakang dengan 49 peratus sokongan manakala BN berada pada 51 peratus.

"Kemungkinannya masih tidak menyebelahi kita. Bagaimanapun, kami berharap dapat mencapai 50 peratus menjelang esok. Dalam usaha untuk menang, kita perlu kepada bilangan besar yang keluar mengundi, dengan undi kaum Cina perlu mencapai 80 peratus yang menyokong kita, dan tambahan 10 peratus undi Melayu dan Iban. Jika ini berlaku, kita akan berjaya," kata pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang (bawah, kanan).

Pada pilihan raya umum lalu, DAP mendapat 62 peratus undi Cina, 10 peratus undi Melayu-Melanau dan 15 peratus undi Iban. Daripada 54,695 pengundi berdaftar, 67 peratus adalah Cina, dengan majoritinya adalah suku Foochow, Dayak (16.3 peratus) dan Melayu-Melanau (16.2 peratus).

Dengan Melayu-Melanau dan Dayak dijangka meneruskan tradisi menjadi bank undi BN, bagaimana anggota suku Foochow untuk mengundi kekal menjadi perhatian.

Suku Foochow, yang dikenali kerana berfikiran sempit, mempunyai sejarah berubah kesetiaan dan ini membuatkan BN dan DAP kurang pasti mengenai tahap sokongan kumpulan ini. Pada pilihan raya umum sebelum ini, keputusan menunjukkan kira-kira 60 peratus daripada mereka mengundi DAP.

Penganalisis politik Dr Jeniri Amir dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) percaya bahawa lebih banyak undi Cina tidak menyebelahi BN, berdasarkan kepada keputusan sebelum ini, meneruskan corak pengundi Cina di kerusi-kerusi kawasan bandar seperti Kuching.

“Kaum Cina membentuk majoriti di Sibu, BN benar-benar memerlukan undi mereka untuk memenangi kerusi ini,” katanya.

Beliau berkata ada kemungkinan bagi BN untuk menarik sokongan kaum itu dan memperbaiki tahap sokongan, terutama dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sambil mengingatkan bahawa BN sebaiknya menahan diri daripada menabur janji yang berlebihan.

"Kaum Cina bukan jenis yang mudah dipengaruhi dengan mudah," katanya.

Seperti yang disebut oleh Naib Presiden kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Awang Tengah Ali Hassan, jika sokongan kaum Cina menurun di bawah paras 35 peratus, ia memberi petanda buruk kepada BN walaupun ia dapat mengekalkan tahap sokongan daripada kumpulan lain.
"Kami hanya berharap tahap sokongan boleh dikekalkan. Bagaimanapun, kami juga bimbang dengan undi Iban sekarang. Jika tahap sokongan mereka jatuh, ia juga membawa petanda tidak baik kepada kami," katanya.

Oleh itu, adalah tidak mengejutkan bahawa kedua-dua kumpulan parti politik itu berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan undi Melayu-Melanau dan Dayak sementara berusaha sebaik mungkin bagi mendapatkan undi Cina.

Bagi BN, apa yang hendak mereka lakukan ialah sekurang-kurangnya mengekalkan tahap sokongan yang diterima pada pilihan raya umum 2008 bagi kawasan kerusi parlimen itu ialah mendapatkan 80 hingga 85 peratus undi Melayu-Melanau.

Oleh itu, persaingan pada tempoh masa 48 jam ini ialah kepada pengundi atas pagar, yang menurut Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Tan Sri Dr George Chan dianggarkan kira-kira sembilan peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi.

"Pada dasarnya, yang lain telahpun membuat keputusan termasuk kira-kira 3,000 pengundi baru. Apa yang sedang diusahakan sekarang ialah baki sembilan peratus daripada bilangan pengundi yang masih belum membuat keputusan," katanya.

Meraih undi bukan satu perkara mudah tetapi satu perkara yang pasti ialah kedua-dua belah pihak berusaha sebaik mungkin menggunakan taktik dan strategi mereka untuk menarik sokongan pengundi atas pagar untuk menyokong mereka.

- Bernama

0 comments

There was an error in this gadget