http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Salam,


Gambar ini saya dapat dari majallah MOJO keluaran March 2001. Saya dapat majallah ini dari kedai majallah dan buku second hand!

Mukasurat 32, tajuk article...Time Machine....bertarikh Mar 24, 1975....

Apakah rahsia gambar ini?. Saya ada terbaca bahawa si kissinger ni ada menyatakan bahawa dia adalah antara pemimpin negara2 barat yang terakhir melihat Raja Arab Saudi, Al Malik Faisal masih hidup! Kita semua kenal Al malik Faisal...bagindalah raja negara Arab yang menggunakan kuasa minyak untuk menyekat tentera Israel mengganas di Timur Tengah pada tahun 1973. Bila baginda menyekat pengaliran minyak mentah dari negara arab saudi, ekonomi USA lumpuh serta merta dan perang pun terberhenti.

Bagi orang Yahudi, Al Malik Faisal mesti dihapuskan. tak lama selepas itu, Mar 24, 1975, baginda di bunuh oleh anak saudara baginda sendiri yang belajar di sebuah universiti di USA. Adakah anak saudara itu bertindak sendirian? Amat tidak masuk akal perkara ini terjadi tanpa jolokan pihak ketiga yang menjadikan anak muda putera raja menjadi 'DERANGED'. Apakah peranan Yahudi yang menjadikan pemuda itu deranged? Adakah pembunuhan ini satu perancangan SERAMPANG SERIBU MATA?

Di tengah2 antara Kissinger dan Al Malik Faisal adalah kalau tak silap saya Al Malik Fahd. Dengan kematian Al Malik Faisal, baginda diganti oleh adik baginda iaitu Al Malik Khalid. Al Malik Khalid yang sudah tua tidak memerintah lama. Baginda meninggal dan diganti oleh Raja Al Malik Fahd.

Zaman Al Malik Fahd, Arab Saudi berbelanja teramat banyak dalam pertahanan negara itu. Satu pengkalan tentera udara dibina khusus di selatan Semenanjung Arab (dekat pergunungan Yemen). Pengkalan ini dilengkapi sepenuhnya dengan sistem komunikasi tercanggih. Adakah kita tahu apakah jasa pengkalan tentera udara ini?. Sewaktu tentera Amerika serang Iraq, pengkalan ini adalah tempat simpanan dan pelancaran jet pejuang terbaru ...B2 Bombers (Stealth bombers). Tiap-tiap hari kita disajikan dengan lapuran LIVe TELECAST pengeboman IRAQ oleh B2 Bombers ini. Adakah tuan-tuan masih ingat?

Pengkalan itu mempunyai ruang simpanan di korek di bawah gunung....dan yang dapat dilihat hanyalah landasan kapalterbang yang menganjur terkeluar pada padang pasir itu. Alhamdulillah, saya dapat melihat rencana ini sewaktu saya di USA melalui National Geographics dan History Channel.

Bila saya melihat gambar ini dan saya teringat gambar dalam buku 50 Dalil serta gambar-gambar beliau dan DSAI bersidang di Kuala Lumpur bersama William Cohen, terdetik di hati saya adakah dia ni terlibat sama dalam urusan 'membunuh' DSAI? Saya tak terperanjat jika ia adalah satu kebenaran. Manakan tidak, gambar persidangan itu di Kuala Lumpur dan gambar-gambar lawatan DSAI ke Pentagon yang mendapat sambutan PERMAIDANI MERAH dikatakan kerana KEAKRABAN DSAI dengan Yahudi (William Cohen adalah setiausaha pertahanan USA ketika itu) di jaja di dalam buku 50 Dalil. Siapa Cohen?. Dia adalah antara anak murid Henry Kissinger.....dan Henry Kissinger ini pula sudah meletak Dr M di bawah kelolaan beliau sejak 1968 lagi.

Tuan-tuan sendiri buatlah telahan masing-masing. Hanya Allah yang tahu peranan masing-masing yang terlibat sepanjang tahun-tahun 1970an, 1980an dan 1990an. Namun ketentuan Allah jugalah yang telah mengizinkannya.

Terima kasih,

The MIND!!! (Kerajaan Rakyat)

Tamrin Ghafar Bidas Rais Yatim

Posted by Love Perak | Friday, April 30, 2010 | 1 comments »

Anak mantan Timbalan Perdana Menteri, Tamrin Ghafar menyifatkan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Dr Rais Yatim sebagai hipokrit apabila mempertikai kehadiran beliau pada dua ceramah kempen pilihan raya kecil Pakatan Rakyat di Hulu Selangor minggu lalu.

Ketika ditemuramah Suara Keadilan, Tamrin yang juga bekas Ahli Parlimen Batu Berendam selama dua penggal berkata berbanding Rais beliau tidak pernah meninggalkan Umno dan juga tidak bertindak membakar 'jambatan'.

"Tidak pernah dalam sejarah karier politik, saya tinggalkan parti tetapi Rais pernah berada di dalam parti Semangat 46 dan berkata beliau telah membakar jambatannya dengan Umno.

"Semasa di luar Umno beliau memaki hamun, mencerca dan menyerang begitu hebat sekali semua pemimpin Umno termasuk Najib dan isterinya Rosmah.

"Apabila dia perlukan jawatan Menteri kembali Rais sanggup mencium tangan yang membina jambatan yang dibakarnya," kata Tamrin di pejabatnya hari ini.

Tamrin yang juga bekas Pengerusi MARA dan Exco Pergerakan Pemuda Umno menyifatkan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu sebagai seorang politikus yang licik tetapi gagal sebagai seorang anggota Kabinet.

"Rais akan berbuat apa sahaja dan cakap apa sahaja untuk memuaskan hati ketuanya asalkan jawatan dan kepentingan dia terjamin.

"Semasa menjadi Menteri Luar beliau gagal mempertahankan kedaulatan Pulau Batu Putih sehingga kita hilang pulau itu kepada Singapura.

Tamrin mengulas laporan Utusan Malaysia semalam yang memetik Rais sebagai berkata bahawa tindakan beliau menyertai ceramah Pakatan Rakyat diibarat seperti 'mendengar guruh dilangit, air tempayan dicurahkan' serta tidak mencerminkan perjuangan ayahnya, Tun Abdul Ghafar Baba.

"Sekarang ini Umno pandai bercakap mengenai perjuangan Tun Ghafar tetapi apabila sahaja ayah saya tidak lagi berada dalam kerajaan tidak ada pemimpin Umno yang peduli atau datang melawatnya. Mereka hanya datang ziarah disaat Tun Ghafar menghembuskan nafas terakhir beliau. Begitulah Umno melayan dan mengiktiraf jasa dan sumbangan Tun Ghafar. Dia hanya penting ketika pegang jawatan tinggi dalam parti dan kerajaan," kata Tamrin dalam nada kesal.

Menyentuh mengenai kehadirannya pada ceramah Pakatan Rakyat di Sungai Buaya dan Stadium Kuala Kubu Baharu, Tamrin berkata beliau mengkagumi ketokohan Datuk Nik Aziz Nik Mat sejak dalam Pemuda Umno lagi.

"Saya dengar Tuan Guru Nik Aziz akan berada di Sungai Buaya jadi saya pergilah. Kebetulan Datuk Seri Anwar, kawan lama saya, ternampak saya dan memperkenalkan saya kepada hadirin dan menjemput saya ke atas pentas. Apabila Tuan Guru tidak datang saya kembali keesokan malamnya untuk mendengar ceramah beliau di stadium. Baru sekarang saya dapat berpeluang untuk mendengar ceramah Tuan Guru setelah menunggu sekian lama.

"Terpulang kepada pucuk pimpinan parti sekiranya mereka ada niat untuk pecat saya. Saya sedia menerima apa juga keputusan dengan hati terbuka," kata beliau lagi. -SK

Apa Cerita Petang Tadi?

Posted by Love Perak | Friday, April 30, 2010 | 0 comments »

Seperti yang kita semua tau, petang tadi ada demo untuk membela adik kita yang ditembak polis. Apa cerita? Jadi ke tak jadi? Mana gambar? Mana video? Sapa ada berita? Habaq mai kat aku sat.

Letak Jawatan Dalam 30 Hari Atau Demo Seluruh Negara

Posted by Love Perak | Friday, April 30, 2010 | 0 comments »

Beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat telah memberi tempoh sebulan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan supaya meletak jawatan atau berdepan dengan demonstrasi di seluruh negara.

Kata dua itu diberikan sebagai respons kepada laporan yang menyebut Musa berkata beliau bersedia mengarahkan anggotanya tidak lagi mengawal sekiranya itu kehendak rakyat, ekoran kecaman terhadap insiden seorang remaja Aminulrasyid Amzah mati ditembak polis di Shah Alam awal pagi Isnin lalu.

Ahli parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng, serta ahli parlimen PKR Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad, hari ini menghantar memorandum kepada pengarah lembaga disiplin polis, Datuk Abdul Razak Bokhari, menuntut Musa meletak jawatan.

Komander Kem Bukit Aman, Supt Ali Ahmad menerima memorandum tersebut.

Lim mendakwa kenyataan kontroversi Musa itu 'hanya akan menjejaskan keselamatan negara'.

Beliau juga menggesa Abdul Razak supaya menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat Musa dan sama ada menasihatkan beliau bersara atau memecatnya dalam tempoh sebulan, dan jika gagal berbuat demikian, mereka akan menganjurkan protes di Bukit Aman dan di seluruh negara untuk menuntut Musa meletak jawatan.

[Berita penuh menyusul]

3 Laporan Polis Terhadap Ahli Parlimen Bukit Gantang

Posted by Love Perak | Friday, April 30, 2010 | 0 comments »



masyuk dah tentu..tong sampah penuh lagi..takde kerja cari kerja..ini UMNOBN sebenarnya...

Tiga wakil kaum utama di Selangor hari ini membuat laporan polis ke atas ahli parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kerana didakwa menyampaikan ceramah politik yang berbau hasutan semasa kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor.


Beliau didakwa membuat hasutan itu semasa berceramah di hadapan masyarakat Cina di Kg Baru Kalumpang pada 17 April lepas dan kenyataan beliau mengenai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa di dalam ceramah itu telah dijadikan video klip dan tersebar di internet.



Laporan terhadap Mohammad Nizar itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada pukul 1.15 tengah hari tad.Ia dibuat oleh Pengerusi Majlis Belia Daerah Hulu Selangor Zulkarnain Abu Hanit, Pengerusi Majlis Belia India Malaysia Sg Pelek, M Ramesh dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan Kg Baru Seri Dengkil, Chan Meng Foh.


Zulkarnain mendakwa perbuatan menghasut orang Cina di penempatan Cina adalah perbuatan politik yang melampau dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mohamad Nizar itu didakwanya berniat jahat. "Kalau nak menang pun jangan ganggu keharmonian antara kaum di Hulu Selangor.


Orang luar bawa kebencian boleh membangkitkan masalah antara masyarakat," dakwanya kepada pemberita. Ramesh pula berkata beliau tidak bersetuju dengan apa yang dikatakan Mohammad Nizar dalam ceramah itu kerana ia boleh menimbulkan pergaduhan antara satu bangsa dengan bangsa yang lain.


Chan pula mendakwa kenyataan Mohammad Nizar boleh mengeruhkan hubungan antara kaum dan kerajaan mesti mengambil tindakan tegas.

Sah Orang Gila!

Posted by Love Perak | Friday, April 30, 2010 | 0 comments »

PAK LAH KATA IBRAHIM ALI TAK WARAS?

Posted by Love Perak | Friday, April 30, 2010 | 0 comments »

Tak sangka pulak aku, Pak Lah tak bersetuju dengan Ibrahim Ali. Aku dok ingatkan depa tu sekapai... hihi...


Pak Lah dalam reaksinya terhadap saranan Presiden lantik sendiri Perkasa, Ibrahim Ali kata tak dak sebab patut tangguh bantu Cina. Ibrahim Ali nak hukum Cina pasai tak sokong BN tapi Pak Lah kata tak boleh, pelik sangat la kalau BN ikut perangai Perkasa.

Kalau lagu tu la, dah memang sah, Pak Lah bukan ahli Perkasa walaupun sebangsa. Rupanya tak ramai yang sanggup ambik Ibrahim Ali jadi pemimpin depa... hihi... Tapi adakah Pak Lah kata Pak Berahim ni tak waras disini....

Saya berasa kesal dengan kematian Aminulrasyid Amzah, dan marah kerana polis memperlekehkan nyawa rakyat. Remaja ini tidak seharusnya mati di tempat kejadian. Masa depan seseorang remaja terkubur begitu sahaja hanya kerana kesilapan polis ketika membuat tafsiran.

Aminulrasyid Amzah tidak harus dilihat sebagai penjenayah tegar, malah tidak mempunyai rekod jenayah lama. Mengapa remaja sebegini dilihat sebagai penjenayah besar? Ia tidak memperlihatkan kewajaran.

Isu remaja ditembak mati polis telah mencungkil perbincangan umum, terutamanya di laman sosial, Facebook. Tidak kurang pelayar internet yang menganggap bahawa polis membunuh mereka yang tidak berdosa.

Kita ketepikan isu sama ada Aminulrasyid Amzah disyaki melakukan jenayah atau tidak buat sementara. Bagaimanapun polis tidak harus menembak mati remaja ini. Polis mempunyai banyak cara untuk menghentikannya, termasuk menembak dengan menghala ke atas, menembak ke arah tayar keretanya, tetapi bukan menembak ke arah seorang remaja berumur 15 tahun.

Saya amat kesal dengan prestasi polis. Beberapa bulan kebelakangan ini, pasukan polis bersungguh-sungguh dalam usahanya untuk membina imej mereka. Malah, Perdana Menteri Najib Razak telah memutuskan untuk mempertingkatkan kebajikan polis, dengan harapan untuk memperkemaskan pasukan polis, lantas mengembalikan kewibawaan polis. Namun, kini polis disyaki memperlekehkan nyawa rakyat, membunuh mereka yang tidak berdosa, mengakibatkan usaha sebelum ini disia-siakan begitu sahaja.

Saya amat yakin, Aminulrasyid Amzah bukanlah penjenayah yang terkenal dengan rekod buruknya, malah beliau tidak mempunyai rekod jenayah. Dalam keadaan sedemikian, saya anggap beliau cemas dan cuba melarikan diri kerana memandu tanpa lesen. Tetapi, polis seharusnya boleh menafsir pada ketika itu. Realiti membuktikan bahawa polis yang bertugas salah tafsir. Malah, hukum mati bukan jawapannya seandainya kesalahan memandu tanpa lesen dibawa ke mahkamah.

Sementara sesetengah pihak menyalahkan pengundi Cina tidak mengundi BN kerana tidak tahu bersyukur, kita seharusnya faham bahawa isu seperti Aminulrasyid Amzah adalah punca pokok mengapa Cina hilang yakin kepada kerajaan BN. Isu ini menjurus kepada hilang yakin rakyat terhadap polis, tidak kira warna kulit mangsanya, dan ini menyebabkan imej kerajaan terjejas.

Saya berharap, sementara kerajaan mengendalikan kes Aminulrasyid Amzah ini, kerajaan juga harus bertekad untuk memperkemaskan pasukan polis, termasuk menggunakan segala penyelasaian untuk memperbaiki imej polis, barulah meningkatkan kewibawaan kerajaan BN di kalangan rakyat.

*Wee Ka Siong ialah Ketua Pemuda MCA merangkap Timbalan Menteri Pelajaran. Diterjemah dari kenyataan bahasa Cinanya.

Tulang Besai Jawab, Bidas Kickdefella

Posted by Love Perak | Friday, April 30, 2010 | 1 comments »

Kickdefella, Bila Nak Berenti Bagi Alasan-Alasan Merapu?

Apabila dicabar Sheikh/Kickdefella membuat laporan kepada SPRM terhadap penyelewengan yang beliau dakwa berlaku di Kelantan, ternyata Sheikh/Kickdefella bachul dan takut.

Alasan bodoh yang diberi beliau adalah “ TOK GURU SEDANG DALAM PENYIASATAN SPRM”. Itu alasan paling tidak masuk akal yang saya pernah dengar. Satu sebab adalah SPRM sedang menyiasat Tok Guru dalam isu berkaitan hadiah pakej haji dan hadiah kek.

Sedangkan Sheikh cuba menuduh bahwa terdapat penyelewengan dalam pemberian balak di Kelantan. Apa kena mengenanya. Kalau dia yakin dia benar, sila buat laporan SPRM terhadap tuduhan-tuduhan rambang yang beliau buat. Jangan hanya berani berkokok di luar semata-mata.

Itu pun saya pernah jawab, apa masaalahnya TOk Guru terima hadiah kek dan pakej haji? Orang gila sahaja yang akan bertanya harga hadiah yang diberikan oleh pemberi hadiah. Lagipun, penerimaan kek tu apa yang rasuahnya?

Lagi satu, bukan ke Sheikh Kickdefella telah menyatakan taat setia beliau kepada kepimpinan Tok Guru Nik Aziz di hari beliau dipecat dari PMBK tempohari? Tiba-tiba sekarang ini beliau mahu menjatuhkan Tok Guru Nik Aziz pula. Ni bukan perangai penipu ke?

Apa yang kita baca setakat ni, semua dokumen yang Kickdefella dedah tidak membuktikan penyelewengan yang beliau dakwa. Kalau setakat syarikat konsesi balak bagi derma ke PASTI Kelantan, saya kata bodohlah Kick kalau nak guna perkara tu sebagai bukti.

CABARAN BARU BUAT KICK: Wahai Kick, kao begitu hebat berkokok maki Tok Guru Nik Aziz, si Najib Tun Razak bersenggama dengan Yahudi, kenapa kao SENYAP? Sila jawab Wahai KICKDEFELLA.

Kalao kao tak nak jawab, aku cabar MEMBER KAO, si Zul Noordin untuk jawab. Punya hebat Zul Noordin maki Zaid Ibrahim pasal Zaid Ibrahim dulu sokong Artikel 11. Tapi Zul Noordin senyap sunyi pasal Najib buat hubungan luar tabiiee dengan Yahudi.


APA CERITA GMC YANG BELIAU PERNAH PIMPIN SATU MASA DAHULU?

Dan artikel terbaru dari Harakahdaily melaporkan berkenaan Global Media Channel (GMC)yang pernah Syed/Kickdefella ketuai. Antara laporan adalah:
”Namun hampir dua tahun beroperasi GMC bermasalah sehingga seorang demi seorang kakitangan berhenti kerja sehingga ada yang membawa diri ke Kuala Lumpur.
”Mereka tidak senang dengan cara pengurusan yang diketuai Syed Azidi dan isterinya. Ramai yang tidak dapat mendapat gaji, sedangkan pada peringkat awal ada pihak memberi modal bagi mengurus operasi GMC.

”Persoalan mengapa syarikat itu kini lingkup, ke mana duit peruntukan yang disumbang pelbagai pihak. Kita bimbang berlaku silap urus sehingga GMC berkubur,” kata sumber berkenaan.
CABARAN KICKDEFELLA KEPADA SAYA

Pandai Kick ni mengelat. Cabaran saya dia tak berani jawab. Bagi berbagai-bagai alasan. Lepas tu nak cuba cabar saya pulak. Bang, berenti perangai UMNO tu boleh tak? Kao tu dah duduk dalam PAS, sekurang-kurangnya buatlah perangai macam orang Islam.

Antara cabaran Kick pada saya adalah:

Saya juga mencabar Blogger Rahman Tulang Besi untuk mendedahkan dakwaannya bahawa saya sekarang dibela oleh seseorang. Jikapun dia tidak mampu mengemukakan bukti, setidaknya, sebut nama orang tersebut dengan jelas.
Saya tak perlu jawab. Saya menaqal dari artikel tulisan Topeng Perak yang mempunyai hubungan pribadi dengan Kick seperti dibawah:
TV3 (suku)

Beberapa hari sebelum kontrak Blogger Kickdefella dengan PMBK ditamatkan (serta-merta), Blogger Kickdefella dikatakan ada menerima tawaran daripada Stesyen Berita TV3 (suku). tawarannya ialah mengendalikan "1 Operasi" yang diklasifikasikan sebagai "Media ke-2" atau "Alternative Media" yang mana antara tugasnya ialah menyelia laman-laman Blog dan Website dengan tujuan menarik para pengundi muda dan celik IT supaya cenderung kearah UMNO/BN dan seterusnya meningkatkan undi anak muda kepada UMNO/BN.

Jumlah Gaji/Salary/Peruntukan atau "pembiayaan" yang ditawarkan oleh pihak TV3 (suku) kepada Blogger Kickdefella ialah tidak kurang dari RM15,000 sebulan.
Saya CABAR Kick nafi maklumat yang disampaikan oleh Topeng Perak ini kerana Kick kenal Topeng Perak secara pribadi.

Pandai Kick ni nak mengelat. Cabaran saya yang mudah dan praktikal (yakni buat laporan SPRM) dia tak berani sambut. Tapi, nak cabar saya buat benda lain pulak.

Adapun cabaran lagi satu oleh Kick adalah:

Sepanjang hampir 3 tahun berkhidmat di Kelantan, saya telah membelanjakan sejumlah hampir lebih RM4 juta untuk membiayai pelbagai aktiviti termasuklah pembelian asset, peralatan, pembayaran upah operatives, percetakan dan lain-lain yang bertujuan menggerakkan satu Operasi Gerak Saraf.

Saya tidak mempunyai wang sebanyak itu. Dari mana saya mendapat wang sebanyak itu bagi mengendalikan satu Operasi Gerak Saraf untuk mewujudkan persepsi yang boleh melemahkan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi seterusnya mempermudahkan bagi PAS menewaskan Barisan Nasional di Kelantan?

Saya mencabar Blogger Rahman Tulang Besi menyiasat dan mendedahkannya sekali dengan nama individu yang membiayai aktiviti Gerak Saraf itu dan jumlahnya sekali di blog beliau.

Bagi saya kos RM4 juta itu murah bagi gerak saraf kerana ia termasuk upah gaji, pembelian asset, kos sewa premis, kos membeli maklumat dsbnya. Dan kos tersebut adalah sepanjang 3 tahun yakni 1.3 juta setahun. Sekiranya dilakukan dengan telus, apa salahnya.

Lagi sekali, kalau dia rasa perkara ini satu penyelewengan buatlah laporan SPRM. Apa yang nak ditakutkan?

Kalau saya jadi MB Kelantan, saya akan belanja RM20 juta untuk gerak saraf dan penerangan kepada rakyat Kelantan dan rakyat Malaysia. Secara pribadi saya sering mengkritik exco2 kerajaan negeri Kelantan kerana tidak berbelanja cukup untuk penerangan, Maka, Kerajaan Negeri sering menjadi mangsa fitnah yang tidak berasas.

Kalau kata Kick ni betul, saya cukup marah sebab perbelanjaan penerangan dan saraf hanya RM4 juta. Sepatutnya, kena belanja RM 20 juta atau RM30 juta. Memerangi fitnah itu satu yang dianjurkan oleh Islam. Dan menceritakan apa kejayaan negeri Kelantan juga satu perkaya yang wajib.

Lainlah kalau media di Malaysia ni adil dan saksama. Barulah kita boleh persoalkan kenapa belanja sampai RM4juta. Kerana media-media utama Malaysia telah dilacurkan oleh UMNO, maka Kerajaan Kelantan WAJIB mencipta media sendiri.

Dan kos RM4 juta itu satu kos yang KECIL bagi saya. Mungkin juga duit RM4 juta tu datang dari derma dan sponsor berbagai pihak yang mahukan kerajaan Kelantan tidak dirampas oleh UMNO yang rakus lagi dayus? Mungkin juga orang-orang Sabah bagi derma kerana tidak mahu melihat Kelantan menerima nasib seperti Sabah yang hancur di bawah pemerintahan UMNO/BN? Ada banyak kemungkinan yang boleh diberikan.

Benarlah kata kawan saya, orang UMNO kalau dia kata Tuhan itu satu, jangan kita percaya. Bukan kerana apa dia cakap tu tak betul, tapi kerana yang bercakap itu UMNO.
Kick ni spesis sama dengan Berahim Ali. Yakni spesis melepas anjing tersepit. Bila dah bebas, dia gigit kita balik. Kalau kick ni ada iman dan ada maruah, dia tak buat benda yang dia tengah buat sekarang ni.

Tulang Besi

Mufti Harussani Tolong Jawab

Posted by Love Perak | Friday, April 30, 2010 | 0 comments »

CAKAP KETUANAN MELAYU - KENAPA ADA JUDI




ARB LABOR DALAM MAGNUM; HARUSSANI DIMINTA BERI PANDANGAN
– harakahdaily


Para mufti khasnya Mufti Perak, Harussani Zakaria diminta memberikan fatwa tentang maklumat kononnya Amanah Raya Berhad (ARB) mempunyai saham dalam syarikat perjudian, Magnum Corporation Berhad.

Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Abdullah Karim dalam facebook menulis, Harussani adalah Penasihat Shariah ARB.

Menurutnya, ARB yang dimilki sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia bukan sahaja mempunyai saham dalam syarikat arak, Carlsberg tetapi juga dalam Magnum.

"Rujuk Laporan Tahunan Magnum Corporation 2006. ARB miliki lebih 11 juta unit saham dalam syarikat judi Magnum Corporation Berhad," tulis Abdullah dalam facebooknya.

LovePerak Hilang Kepercayaan Terhadap Parti

Posted by Love Perak | Thursday, April 29, 2010 | 4 comments »

Saya dah hilang kepercayaan terhadap pimpinan saya. Saya dah hilang kepercayaan terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim.

Saya kini menyokong penuh pimpinan Dato Seri Najib Razak. Saya juga mendalami slogan 1 Malaysia dan ia sememangnya bagus untuk rakyat Malaysia.

Pakatan Rakyat tidak relevan untuk Malaysia. Habis melayu tergadai. Hanya Umno/BN saja dapat membela melayu. Saya jugak menyokong penuh Perkasa dan Ibrahim Ali.

Mulai hari ini saya akan menyokong penuh Barisan Nasional.

p/s : oit geng semua jangan jeles beberapa hari lagi senator baru akan dilantik - Senator LovePerak. :)

Sent From My iPhone

Rakyat Pahang Paling Malang - Mat Sabu

Posted by Love Perak | Thursday, April 29, 2010 | 1 comments »

Arkib LovePerak


Mengikut laporan Ketua audit negara,negeri-negeri yang di perintah oleh PR telah menunjukkan satu kecermelangan dalam prestasi pentadbiran mereka dengan mengurangkan perbelanjaan yang membazir dan berbalanja wang rakyat dengan penuh berhikmah.



“Yang paling malang ialah Rakyat negeri Pahang,Sebuah syarikat telah mengeluarkan saman


Kepada Menteri Besar,Datuk Adnan Yakob sejumlah 63 juta.Tapi dengan kecerdikan Adnan Yakob telah membawa masalah ini ke mesyuarat exco negeri,sehinggakan Majoriti exco bersetuju bahawa pihak kerajaan negeri sanggup dan akan membayar saman tersebut.”Jelas Mat Sabu




Siapa yang melakukan penyelewengan,dan siapa yang pula yang dapat keuntungan dalam projek pembalakan di Pahang??Tetapi apabila saman dikeluarkan oleh syarikat tertentu kepada seseorang individu,mengapa pula kerajaan negeri dengan wang Rakyat Pahang terpaksa membayar harga RM63 juta tersebut.




Paling malang lagi,Apabila tiada langsung bantahan dari rakyat Pahang terhadap tindakan kerajaan negeri .“Ini menunjukkan bahawa rakyat Pahang redho dengan apa yang dilakukan oleh MB Adnan Yakob,mana nak dapat rakyat baik dalam dunia seperti ini..??”Tanya beliau.




“Mengikut maklumat yang boleh dipercayai,akan keluar lagi saman terhadap MB Pahang berjumlah RM 600 juta oleh syarikat tertentu,dan sekali lagi rakyat Pahang yang akan terpaksa membayar saman tersebut bagi pihak MB yang mereka sayagi.”jelas beliau.


Ezam Dilantik Timbalan Menteri?

Posted by Love Perak | Thursday, April 29, 2010 | 2 comments »

Bekas Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pusat, Mohamad Ezam Mohd Nor dijangka akan dilantik sebagai Timbalan Menteri selepas mengangkat sebagai Ahli Dewan Negara Isnin depan.

Sumber Umno mengatakan Ezam kemungkinan akan dilantik sebagai salah seorang Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri di bawah porfolio Tan Sri Koh Tsu Koon dan akan bertanggungjawab mengenai NKRA dan KPI.

Lantikan sebagai Senator dan Timbalan Menteri dilihat sebagai satu "habuan politik" setelah membantu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Barisan Nasional memenangi kerusi Parlimen Hulu Selangor dalan pilihan raya kecil Ahad lalu.

Antara tugasan Ezam yang dianggap "berjaya" oleh pimpinan Umno ialah tindakan keluar parti oleh beberapa pimpinan AMK peringkat cabang di Selangor dan Kelantan serta memainkan isu arak terhadap calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim di kawasan majoriti pengundi Melayu di kawasan Felda semasa kempen PRK Hulu Selangor.

Ezam, 42, meletak jawatan sebagai Ketua AMK Pusat yang dipegang beiau sejak 1999 dan juga Ketua Cabang Shah Alam pada Februari 2007 dan keluar KEADILAN pada Jun berikutnya.

Beliau menyertai semula Umno pada 28 Mei 2008 dengan menyerahkan borang keahlian parti kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau juga pernah menjadi Setiausaha Politik kepada mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut dijangka mendapat "hadiah politik" ialah Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel ayang bakal dilantik sebagai Menteri.Palanivel yang merupakan pilihan Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu terpaksa memberi laluan kepada calon MIC pilihan Umno, P Kalamanathan setelah mendapat bantahan dan pandangan negatif dari kalangan pimpinan Umno.

Dua lagi Senator baru selain Ezam dan Palanivel ialah Pengerusi Eksekutif firma Rahim and Co, Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman dan Ketua Wanita Umno Pagoh, Noriah Mahat.

Mereka akan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Presiden Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang di Dewan Negara pada hari Isnin pukul 9 pagi.

(Suara Keadilan)

BULAN MEI 2010
1 MEI 2010
9.00 pm
"All Ladies Night" di Kaw. Parlimen Bukit Gantang
2 MEI 2010
Petang & 9.00 pm
Program Petang dan (Malam) Ceramah di Tambun, Ipoh
3 MEI 2010
9.00 pm
Ceramah di Teluk Intan, Perak
4 MEI 2010
9.00 pm
Ceramah di Johor
5 MEI 2010
9.00 pm
Ceramah di Johor
6 MEI 2010
9.00 pm
Ceramah di Johor
7 MEI 2010
9.00 pm
Ceramah di Machang, Kelantan
8 MEI 2010
9.00 pm
Ceramah di Kompleks Sukan Pendamaran
Sempena Hari Pekerja 2010
9 MEI 2010
9.00 pm
Ceramah di Sepang
10 MEI 2010
9.00 pm
Ceramah di Kuala Selangor
11 MEI 2010
9.00 pm
Ceramah di Semenyih, Kajang
13 MEI 2010
9.00 pm
Ceramah di Bukit Lada, Pokok Sena, Kedah
14 MEI 2010
9.00 pm
Ceramah di Kuliah Bulanan (Kubang Rotan, Kuala Kedah)
15 MEI 2010
9.00 pm
Ceramah di Rembau, Negeri Sembilan
17 MEI 2010
9.00 pm
Ceramah di Jamuan Makan Malam, Program Pelancaran Dana Guaman di Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani, Kedah
18 MEI 2010
9.00 pm
Ceramah di Pulau Pinang
21 MEI 2010
9.00 pm
Ceramah di Pahang
22 MEI 2010
9.00 pm
Ceramah di Pahang
23 MEI 2010
9.00 pm
Ceramah di Pahang
24 MEI 2010
9.00 pm
Ceramah di Wilayah Persekutuan
25 MEI 2010
9.00 pm
Ceramah di Wilayah Persekutuan
26 MEI 2010
9.00 pm
Ceramah di Kelantan
27 MEI 2010
9.00 pm
Ceramah di Kelantan
29 MEI 2010
9.00 pm
Ceramah di Program Ulang Tahun ke 20 Unit Amal

Bravo Khalid Ibrahim, Bravo!

Posted by Love Perak | Thursday, April 29, 2010 | 0 comments »

Selepas ini kita akan tengok macamana beruk2 melompat...Ngo, Umngok, JKKK...he he.

Tahniah TS Khalid Ibrahim.

Selangor to take back idle land


SHAH ALAM (April 28, 2010): The Selangor government has given notice that it wants to take back the “thousands of acres” alienated by the previous administration to companies and non-governmental organisations for various causes which have not been fulfilled.


Kopitiam Bang Nan

27 Mei ini - Ada Harapankah Kemenangan Sivakumar?

Posted by Love Perak | Thursday, April 29, 2010 | 0 comments »

Tarikh 27 Mei ditetapkan bagi pengurusan kes berhubung permohonan bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar (bawah, berbaju biru), dan enam yang lain untuk diadakan semakan perundangan bagi mencabar keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya untuk tidak mengadakan pilihan raya kecil bagi tiga kerusi dewan itu.

Pada 22 Oktober tahun lalu, mereka diberi kebenaran membuat permohonan itu bagi membatalkan keputusan SPR yang mengisytiharkan sebagai tidak kosong kerusi DUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang selepas ketiga-tiga penyandang menjadi wakil rakyat Bebas.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Lau Bee Lan, ketika menolak bantahan awal oleh Pejabat Peguam Negara berhubung permohonan itu berkata bahawa Sivakumar dan yang lain - Chen Fook Chye, Tai Sing Ng, A Sivanesan, Ahmad Sabry Wahab, Abdul Latif Ariffin dan Foo Hon Wai - mempunyai locus standi untuk mencabar keputusan SPR itu.

Dalam permohonan itu, mereka menamakan SPR dan ketiga-tiga wakil rakyat berkenaan iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) dan Datuk Hee Yit Foong (Jelapang) sebagai responden.

Mereka mahu supaya SPR mengisytiharkan ketiga-tiga kerusi itu kosong selain meminta mahkamah mengeluarkan perintah agar ketiga-tiga penyandangnya dilarang daripada menjalankan tugas sebagai anggota DUN.

Pada pilihan raya umum 2008, Jamaluddin dan Osman memenangi kerusi masing-masing sebagai calon Parti Keadilan Rakyat manakala Hee menang atas tiket DAP tetapi kemudian berpaling tadah dan menjadi wakil rakyat Bebas.

- Bernama

Gua Kesian Giler dekat Brader PyanHabib!

Posted by Love Perak | Thursday, April 29, 2010 | 0 comments »

IBU MENANGIS ANAK DIBUNUH DI SHAH ALAM OLEH APNO AJEN ZIONIS



IBU MENANGISI ANAK DIBUNUH ZIONIS DI GAZA





Tolong hebohkan: cucu saudara mentua Pyanhabib, Aminul Rashid mati ditembak polis!

- TAYAR sudah ditembak, kereta sudah terbabas. polis tidak puas hati lagi? bagaimana aminulrashid seusia 15 tahun boleh ditemui mati ditembak polis? semoga pembunuhnya dilaknati allah!

- Sebelum ini, seorang wanita juga alami hal yang sama, wanita itu cedera parah dan mendakwa lima kali ditembak tetapi tidak mati!

-Kasih sayang, ajal maut, kuasa tuhan, ya. (gua tidak pertikai kuasa tuhan, gua tidak pertikai `kuasa' polis tetapi kenapa ada polis salah guna `kad kuasa'?)

-Jika seseorang itu disyaki penjenayah sekali pun, kenapa ditembak mati? apakah kerana `disyaki' maka polis berhak tembak mati sesiapa sahaja?

-Jahat atau tidak, budak bawah umur harus dilindungi polis. itu perlembagaan!

-Lebih 20 tahun yang lalu, rakan adik gua juga mati ditembak polis hanya kerana `disyaki'.

-lebih 10 tahun lalu, adik gua dilokapkan seminggu tanpa dibenar hubungi keluarga, juga kerana `disyaki'.

NOTA :
aminulrashid adalah cucu saudara emak mentua gua. ditembak mati polis isnin malam, selepas pulang bersama rakan dari menonton perlawanan bola sepak. dan rakannya itu anak pegawai polis!

PYANHABIB

Ceramah Mat Sabu

Posted by Love Perak | Thursday, April 29, 2010 | 0 comments »

Hari Sabtu, 1 Mei 2010

9.15 Malam

Taman Mewah, Kamunting, Taiping.

Dijemput Hadir Beramai-ramai

Ezam Jadi Senator, Hadiah Kerana Menyokong Yahudi

Posted by Love Perak | Thursday, April 29, 2010 | 0 comments »

KUALA LUMPUR: MIC deputy president Datuk G. Palanivel is among four people who will be made Senators.

The others are former PKR youth chief Ezam Mohd Nor, Rahim and Co executive chairman Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman and Pagoh Wanita Umno chief Noriah Mahat.

They will take their oath at the Dewan Negara before Senate president Tan Sri Abu Zahar Ujang on Monday.

Inilah hadiah daripada Apco@Umno kepada sesumpah yang menyorok dalam kotak...!!!

Kerajaan Rakyat

Anwar Ibrahim - Pukul Diri Sendiri

Posted by Love Perak | Wednesday, April 28, 2010 | 0 comments »

Pihak polis menyebabkan rakyat hilang kepercayaan kepada badan yang menjaga keselamatan dan keharmonian negara itu.

Satu masa dulu DS Anwar dituduh menumbuk muka sendiri.Yang bercakap PM pada masa itu,Mahathir.Pihak polis yang menyiasat tidak berjumpa dengan sang pukul.

Tetapi desakan rakyat Suruhan Diraja dibentuk.Hasilnya yang pukul DS Anwar Ibrahim Ketua Polis pada masa itu.Kini kita pun tak tahu ke mana perginya Rahim Nor.

Begitu juga kes Aminulrashid budak 15 tahun yang mati ditembak itu.Rakyat khuatir isu ditutup kerana terdapat kepentingan siasatan.Kita jikalau sudah membuat kesilapan prosedur lebih baik meminta maaf dan baiki sistem siasatan .

Kita berharap pihak polis jangan menyalahkan rakyat ,jika rakyat tidak percaya dengan mereka.Segelintir pegawai yang bermasalah ini tidak perlu dilindungi.Kemudian pihak polis jangan cepat mengeluarkan kenyataan jika tidak mahu persepsi rakyat juga bersifat nagatif.

cikgu din

Saya Akan Dedahkan Perangai Pimpinan UMNO Pula - Zaid Ibrahim

Posted by Love Perak | Wednesday, April 28, 2010 | 2 comments »



KUALA LUMPUR, 28 April — Datuk Zaid Ibrahim telah gagal mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Selangor Ahad lalu, tetapi sekurang-kurangnya gelanggang itu memanfaatkan beliau — memperoleh idea untuk menggerakkan kempen “Mengenali Pemimpin Anda”.

Zaid (gambar) yang berhadapan dengan serangan peribadi sepanjang kempen pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor memberitahu, beliau bersama Pakatan Rakyat akan melancarkan kempen itu bagi membolehkan rakyat tahu setiap inci tentang pemimpin mereka.

Zaid, anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR berpendapat sudah tiba masanya pengundi-pengundi mengenali dengan dekat dan mengetahui latar belakang pemimpin mereka.

Zaid berkata, beliau mahu mendedahkan segala-galanya tentang seseorang pemimpin termasuk aspek tidak moral mereka yang digunakan Barisan Nasional (BN) di Hulu Selangor.

“Anda melabelkan seseorang itu kaki minum tetapi pada masa yang sama (seolah-olah) mengecualikan pemimpin-pemimpin Umno.

“Saya akan mendedahkan sikap hipokrit pemimpin-pemimpin Umno,” kata beliau pada sidang media khas susulan pilihan raya kecil Hulu Selangor Ahad lalu.

Zaid tewas dengan perbezaan 1,725 undi di tangan calon BN P. Kamalanathan. - TMI

Saya Mohon Ustaz Azizan Bubarkan DUN Kedah Secepat Mungkin!

Posted by Love Perak | Wednesday, April 28, 2010 | 1 comments »

Melalui beberapa sumber, ya memang benar Kedah bakal tumbang dengan beberapa ADUN yang telah dibeli dan hanya menunggu masa untuk mengumumkannya. Perkara ini disahkan pula oleh bekas Setiausaha Agung PKR iaitu Sallehuddin Hashim di sini. Blogger "cipan tapir tenuk" (C++) juga sudah memberitahu di sini.

Oleh itu, saya memohon Ustaz Azizan untuk berusaha membubarkan dun Kedah dengan secepat yang mungkin kalau boleh sebelum penamaan calon PRK di Sibu.

Jangan tunggu nanti sudah di umumkan lompat baru nak berusaha untuk bubarkan dun. Tidak guna lagi jika sudah terlambat!

Umno akan menggunkan semua cara yang kotor dan jijik untuk menumbangkan Kedah dan usaha untuk membubarkan DUN tidak akan berjaya jika sudah terlambat, sama seperti apa yang berlaku di Perak.

Sekali saya tegaskan, Ustaz Azizan, BUBARKAN DUN DENGAN SEGERA!

*mohon rakan blogger tolong lah buat desakan yang sama dalam blog anda! ayuh kita mendesak bubarkan dun kedah! elakkan tragedi perak berulang! takbir!

LovePerak.

Anwar Gila Kuasa Nak Jadi Perdana Menteri!

Posted by Love Perak | Wednesday, April 28, 2010 | 0 comments »

Berdosakah DSAI jika dia bercita2 hendak menjadi PM? Kenapa orang lain boleh dan dia DITIDAK-BOLEHKAN?

Saya kenal dia semasa di UM lagi....dia selalu berusrah di surau2 kolej kediaman kami....orang muda bersemangat kental....

Tiba2 bila dia masuk umno baru(ah), kita di asak telinga kita bahawa dia agen Yahudi, peliwat, gila kuasa....pada bulan September 1998!....tidak gila kuasakah Dr M?

Kenapa cucuk Tunku kalu tak gila kuasa?

Kenapa 'bunuh' Dato Harun Idris jika tak gila kuasa?

Kenapa 'bunuh' Ku Li kalau tak gila kuasa?

Kenapa hendak tanam DSAI hidup2....kalau ini bukan gila kuasa namanya?......

Siapa selepas Najib?......

Bila nak naikkan Mukhriz?....dan siapa pulak hendak 'terbunuh' supaya anak itu dapat laluan ekspress naik ke atas?

SIAPA GILER KUASA?

Panas : Pakatan Rakyat Kedah Tumbang Sebelum PRK Sibu?

Posted by Love Perak | Wednesday, April 28, 2010 | 0 comments »

Bhai... gua ada satu info panas nih... memang panas.... pasai apa info nih panas.... hahahaha.... gua akan bagitau... relaks... relaks... hahaha

Ader tiga ekor lagi mangkuk kat Negeri Kedah Darul Aman dikhabarkan akam melakukan lompat katak... kali nih.... silap gaya sure Kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah akan tumbang... Menteri Besar Kedah kena amik tindakan pantas nih....

Sebelum diorang nih melompat.. baik bubarkan ajer DUN Negeri Kedah... labih baik cara nih sebelum diorang melompat... masa tue Kedah akan jadi Perak nombor dua....

Info panas yang gua dapat nih... dijangka akan berlaku sebelum atau pada PRK P212 Sibu... memang benda nih tengah diusahakan... Zul Kulim dan SPR pon ader syer dalam pembelotan kali nih... hahaha... jangan tanya camana gua dapat info.... hahaha... stok toyol gua makin hari makin ramai.... hahahaha

So... baik buat tindakan tuntas dan segera...

Gambar : PR vs UMNO APCO

Posted by Love Perak | Wednesday, April 28, 2010 | 0 comments »


begini lah rupa yang sebenar untuk dibandingkan perlawanan di hulu selangor. PR hanya mempunyai batu sedangkan BN mempunyai segala kekuatan dan kelebihan.

tapi sedih, walaupun PR serba kekurangan, APCO hanya dapat majoriti 1725. kesiann....

malikul kata 6000, dapat seribu lebih, habis bertambah daging kat muka akibat menipu kah kah kah

Gambar Terkini Anwar dari Oslo

Posted by Love Perak | Wednesday, April 28, 2010 | 0 comments »



anwaribrahim menanti sebentar sebelum ke Christiana Theatre

Lihatlah ruang dalam Christiana Theatre di Oslo; cantek dan mengkagumkan :)

anwaribrahim diwawancara morten dari Norwegian Business Daily

(p/s:gambar2 program dan ucapan menyusul)

Pakatan Rakyat Sarawak Umum Calon Sebentar Tadi

Posted by Love Perak | Tuesday, April 27, 2010 | 0 comments »

12 Jamadil Awal 1431H.

SIBU: Pengerusi DAP Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Assek, Wong Ho Leng (gambar), diumumkan sebagai calon DAP untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Sibu.

Pengumuman rasmi calon DAP itu dilakukan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng, pada majlis makan malam di Good Happiness Restaurant di sini, sebentar tadi.

Kenapa Mahathir Diam?

Posted by Love Perak | Tuesday, April 27, 2010 | 0 comments »


BIASANYA Dr. Mahathir tidak diam atas apa saja isu semasa di negara ini. Jika dia tidak ditanya oleh wartawan atas sesuatu isu, dia sendiri akan menyatakan pendiriannya dalam laman webnya.

Tetapi saya tidak sedar ada komennya dalam pengambilan syarikat Yahudi APCO Worldwide sebagai juru rinding Malaysia untuk diterima baik Amerika seperti yang dibongkar oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen awal April ini.

Perdana Menteri Najib memanglah diam saja atas apa jua dakwaan orang dalam hal-hal yang dituju kepadanya seperti isu APCO ini. Tetapi Dr. Mahathir pantang ada isu yang menyentuh negara, dia akan bangkit. Tetapi dalam isu APCO bertapak di Malaysia ini, dia membisu.

Mengapa?

Tentu dia ada peranan utama dalam menggalakkan agen Israil datang ke sini. APCO sudah mendapat kontrak menasihatkan Malaysia bagaimana hendak disukai oleh Amerika sebaik Najib berkuasa tahun 2008.

Hujung tahun 90an dan awal tahun 2000 Najib sedar tentang imej Dr. Mahathir dipandang buruk oleh Amerika berhubung penindasannya terhadap Anwar. Dunia termasuk Amerika merasakan apa yang dilakukan terhadap Anwar oleh Dr. Mahathir dan kerajaannya adalah menzaliminya.

Hatta Presiden Clinton tidak hadir dalam sidang kemuncak Apec di Kuala Lumpur sedang Presiden Amerika tidak pernah tiada dalam setiap puncak Apec. Bahkan Naib Presiden Algore yang menggantikan Presiden Clinton dalam sidang Apec itu telah melaungkan R E F O R M A S I di hujung ucapannya di sidang itu.

Macam-macam usaha Dr. Mahathir untuk menjustifikasikan tindakannya tidak dipedulikan baik oleh pentadbiran Clinton mahu pun pentadbiran Bush yang menggantikannya. Memang Mahathir bernafsu untuk menemui Bush apabila dia masuk ke Rumah Putih. Bush tidak melayan hasratnya.

Ada pandangan mengatakan Dr. Mahathir sanggup berbelanja besar bagi mendapatkan peluang menjengok Bush di Rumah Putih.

Maka dipercayai masa inilah jarum perisik Israil masuk menawarkan nasihatnya bagaimana Malaysia boleh mendapat layanan dari Amerika. PDRM ada program besar mengenai sistem mengkumputerkan perkhidmatannya. Ia diswastakan kepada Sapura tetapi Asiasoft berjaya menjadi subkontraknya tahun 2002. Syarikat kepentingan Israil itu dapat menyusup ke tengan nadi polis kita.

Mahathir masih Perdana Menteri. Pada masanya agen Israil masuk dalam nasi keselamatan negara. Dia mesti bertanggungjawab atas angkara itu.

Najib sedar tentang payahnya Mahathir untuk mendekati Amerika kerana pada penindasan terhadap Anwar tidak adil tentang hak asasi manusia. Dan Najib pula banyak masalah. Dia cuba dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya dan membenarkan komisyen stengah bilion atas pembelian kapalselam Perancis dan pesawat pejuang Rusia. Hal-hal ini Amerika getik.

Bagaimana supaya Amerika tidak getik. Dia perlukan juru runding supaya dapat memenangi hati Amerika. APCO, kompeni kepentingan Israil berpengkalan di Amerika menawarkan khidmat rundingan bagi memenangi hati Amerika. Kontraknya 77 juta.

Isu APCO hanya terbongkar tiga minggu lalu. Ia tambahan kepada agen Yahudi Asiasoft di hujung pentadbiran Dr. Mahathir dan sepanjang pentadbiran Abdullah Badawi. Sedang Najib menyambung angkara peninggalan era Dr. Mahathir dulu.

Negara-negara di dunia tidak perlu berbelanja besar dan tidak memerlukan juru runding asing untuk mendekati Amerika. Amerika sendiri akan datang mencari semua negara dan kerajaan di dunia bagi menawarkan pengaruhnya.

Yang tidak berbaik dengan Amerika Cuba, Libya, Korea Utara, Venezula, Iraq di bawah Saddam dulu, Iran dan lain-lain bukanlah kerana Amerika tidak cuba mendapatkan hubungan baik dengannya tetapi negara-negara itu tidak suka kepada dasar kolonialisma Amerika.

Macam-macam pentadbiran Truman, pentadbiran Eisenhower dan Kennedy buat untuk memenangi hati Sukarno tetapi Sukarno tidak mahu menjadi pak turut kepada Amerika. Sukarno tidak mengupah sesiapa untuk mendekati Amerika tetapi Amerika pula yang menggunakan siapa saja untuk memikat Sukarno.

Sukarno sekadar berbaik dengan Soviet Union dan rajin ke Beijing menemui Mao Zedung, maka Amerika datang menawarkan bermacam-macam supaya Sukarno lebih rapat dengannya.

Tidaklah sukar Dr. Mahathir dn Najib untuk bertemu Presiden Amerika. Mahathir sukar berjumpa Bush. Bukankah Mahathir pernah menempelak Yahudi. Tiba-tiba Bush yang sukar ditemuinya dulu datang bercakap dengan Dr. Mahathir dalam sidang ketua-ketua kerajaan di Bangkok.

Tidak perlu Najib bayar 77 juta kepada APCO untuk jumpa Presiden Barrak Obama. Berbaik dengan Sudan, Hamas dan Iran, maka Obama pun berusaha mendekati Najib.

Bukan kerana lobi APCO Najib dijemput oleh Obama ke Washington. Presiden Arroya Macapagal tidak menggunakan APCO dan tidak berbelanja besar dijemput juga ke Washington oleh Obama. Amerika mahu supaya jangan berbaik dengan Iran dan Hamas. Najib dijemput ke Washington dalam sidang puncak mengenai neuklear ialah supaya Najib setuju mengepong Iran yang hendak dikenakan tindakan oleh Amerika.

Kita rasa Mahathir pintar dan Najib juga pintar. Mahathir kecam Yahudi di PBB dan Mahathir anjurkan tribunal Kuala Lumpur untuk menghukum kekejaman Israil di Palestin. Tetapi ternyata Yahudi lebih pintar. Ditawarkan khidmat rundingan Asiasof dan APCO kononnya membantu Malaysia supaya disukai Amerika.

Dia bukan sekadar dapat masuk ke tengah pentadbiran dan kuasa di Kuala Lumpur dan ia dibayar pula 77 juta pada hal yang memerlukan sokongan dunia supaya mengikut saja kemahuannya ialah Amerika sendiri. Tentunya APCO dapat habuan juga dari Amerika.

Tugas APCO sekarang bukan lagi melobi Amerika supaya menerima Malaysia dan Najib, kerana lobi untuk itu tidak diperlukan, tetapi ialah menasihatkan Najib bagaimana menghalang Anwar dan Pakatan Rakyat dari menumbangkan Najib. Sebahagian kecil dari 77 juta itu boleh digunakan bagi membeli penyokong Anwar.

Itulah sebabnya Mahathir dan UMNO diam tentang kehadiran APCO zionis itu.

KUALA LUMPUR, 27 April — Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) dilihat meneruskan usaha untuk mendapatkan simpati masyarakat antarabangsa berhubung kes liwat terbaru beliau — yang kedua sejak 1998 — menjelang prosiding kesnya disambung semula bulan depan.

The Malaysian Insider difahamkan Ketua Pembangkang itu mengetuai delegasi ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat termasuk Yusmadi Yusoff, Ahli Parlimen Balik Pulau dan Elizabeth Wong, Exco Kerajaan Negeri Selangor ke Jakarta, Indonesia untuk menghadiri perhimpunan agung keenam World Movement for Democracy dari 11 hingga 14 April lalu, beberapa hari sebelum penamaan calon pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Yusmadi memberitahu, jawatankuasa pemandu gerakan itu, yang diketuai bekas perdana menteri Kanada Kim Campbell, telah memulakan inisiatif untuk mengundang kesemua ahli persidangan dalam usaha menghimpunkan solidariti global bagi Anwar dan juga pejuang prodemokrasi Myanmar Aung San Suu Kyi.

Anwar juga merupakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat.

“Sekurang-kurangnya 300 ahli Parlimen masyarakat madani telah menandatangani petisyen dan berjanji untuk mendapatkan lebih banyak sokongan dari negara masing-masing,” kata Yusmadi kepada The Malaysian Insider hari ini.

Akhir bulan lalu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 10 Mei hingga 30 Ogos depan sebagai tarikh menyambung perbicaraan kes liwat Anwar.

Hakim Mohamad Zabidin Md Diah menetapkan 10 hingga 14 Mei depan untuk perbicaraan dan akan disambung semula pada 31 Mei hingga 4 Jun, 14 hingga 23 Julai dan 2 hingga 30 Ogos.

Petisyen itu menurut beliau, telah dihantar oleh pengarah perhimpunan Bambang Harymurti kepada Setiausaha Agung Asean Dr Surin Pitsuwan sejurus selepas selesainya perhimpunan itu, menggesa agar siasatan bebas dijalankan berhubung perbicaraan Anwar dan juga Suu Kyi.

Katanya, lebih 500 orang termasuk pemimpin-pemimpin masyarakat madani, ahli-ahli Parlimen dan sarjana dari 110 negara Caribbean, Asia, Afrika, Eropah, Amerika Latin dan rantau Timur Tengah telah menghadiri pertemuan itu.

Surat berkenaan, menurut Yusmadi, menggesa Asean menjalankan siasatan bebas mereka sendiri berhubung perbicaraan “pejuang demokrasi” selepas ia memeterai Suruhanjaya Hak Asasi Antara Kerajaan.

“Ini adalah permulaan bagi kami mendapatkan sokongan daripada komuniti global. Ketika perhimpunan, adalah jelas nasib Anwar dikongsi oleh kesemua anggota yang bersetuju perbicaraannya adalah satu pelanggaran jelas hak asasi manusia,” katanya.

Sambil menekankan Pakatan Rakyat menggunakan mekanisme demokratik terkemuka untuk mendapatkan keadilan, beliau mempertahankan tindakan Anwar mendapatkan simpati antarabangsa.

“Kita akan menolak sebarang usaha yang mengatakan yang ini sebagai tidak demokratik, lebih-lebih apakah tahap kepercayaan yang kita letakkan terhadap sistem kehakiman negara untuk memastikan Anwar mendapat perbicaraan yang adil,” kata beliau.

Justeru kata beliau, masih ada masa bagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak “untuk membetulkan kesilapan” yang dilakukan pemimpin terdahulu Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“Kerajaan tidak boleh melihat yang ini sebagai satu bentuk campur tangan. Sebenarnya, mereka seharusnya melihat ini sebagai rintihan warga global,” katanya.

Menurut Yusmadi, petisyen ini hanya sekadar peringatan komuniti global untuk memperjuangkan maruah diri seseorang yang seharusnya menjadi keutamaan berbanding kedaulatan negara.

ROMBAKAN KABINET : TEE KEAT GUGUR KAMALANATHAN DILANTIK?

Posted by Love Perak | Tuesday, April 27, 2010 | 0 comments »

Ramai pihak menjangkakan bahawa bekas Presiden MCA, Ong Tee Keat akan digugurkan jika berlaku rombakan kabinet dalam masa terdekat. Selain Tee Keat beberapa nama lain juga berada dalam keadaan panas antara Tinbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, T Murugiah yang sudah tidak berparti.

Ahli Parlimen baru Hulu Selangor, Kamalanathan juga mungkin dilantik bagi menambah kouta MIC dalam Kabinet.

Lain-lain kemungkinan yang berlaku ialah Presiden MCA yang sangat popular, Chua Soi Lek mungkin juga dilantik sebagai senator bagi membolehkan beliau memegang jawatan menteri di dalam kabinet. Tetapi itu tidak semestinya kerana Presiden MIC juga bukan anggota kabinet.

Beberapa menteri dari Umno juga disebut-sebut akan berada dalam zon bahaya kerana pelbagai masalah. Namun begitu belum ada signal yang jelas bahawa Najib akan mengumumkan rombakan kabinet dalam masa terdekat. Mungkin Najib terpaksa menumpukan satu lagi pilihanraya yang dijangka sengit iaitu Parlimen Sibu yang mana BN berada dalam keadaan agak sukar kerana jumlah pengundi Cina yang melebihi 60 % di sana. Jika trend pengundian di Hulu Selangor berlaku di Sibu kemungkinan besar BN akan 'bungkus' di Sibu.

Sofi Wahab

LovePerak Top Blogs 27 April 2010

Posted by Love Perak | Tuesday, April 27, 2010 | 0 comments »

Yeah. Harini aku update lagi. Rajin betol aku nih. hehehe. Kali ni Top 50 pulak. Blog anda kini nombor berapa? menaik ke? menurun ke? atau terkeluar carta?

Carta sepenuhnya klik sini

Sudah Tiba Masa Saya Sokong Pakatan - Konpom Tak Masuk Paper!

Posted by Love Perak | Tuesday, April 27, 2010 | 1 comments »

Bekas Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Thamrin Ghafar menyifatkan sudah tiba masa bagi beliau menyokong Pakatan Rakyat setelah melihat penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa berleluasa yang dilakukan oleh pimpinan Umno dan Barisan Nasional selama lebih 50 tahun mentadbir negara.

Bercakap kepada Suara Keadilan baru-baru ini anak mantan Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghafar Baba itu berkata beliau sendiri tidak bersetuju dengan banyak dasar yang dilaksanakan kerajaan Umno-BN yang tidak memberi manfaat kepada rakyat dan negara.

"Saya dah mula sedar bahawa banyak isu yang saya sendiri tidak boleh terima tentang dasar Umno dan Barisan Nasional. Saya rasa sudah sampai masanya saya terpaksa mengubah sikap," kata Thamrin yang juga adalah bekas Pengerusi MARA.

Kehadiran beliau pada dua majlis utama semasa kempen pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor telah mengejutkan penyokong Pakatan Rakyat.

Thamrin pertama kalinya hadir pada majlis Pidato Perdana anjuran Pemuda Pakatan Rakyat di Sg Buaya 24 April lalu dan juga ceramah 'grand finale' di Stadium Mini Kuala Kubu Baharu bersama-sama pimpinan Pakatan Rakyat.

DAP Menang Mudah di Sibu?

Posted by Love Perak | Tuesday, April 27, 2010 | 0 comments »

Selepas Pilihanraya Kecil Hulu Selangor kini tumpuan kita terarah kepada Sibu pula. Kematian Ahli Parlimennya Mendiang Robert Lau memberikan laluan kepada satu lagi PRK di Sarawak selepas DUN Batang Ai.

Sudah pasti pemerhati politik menanti-nanti apakah Pengundi Cina di Sarawak mengikut jejak rakan-rakan mereka di Semenanjung yang secara mutlak mengundi PKR pada PRK Hulu Selangor Ahad lalu. Jumlah mereka bukannya kecil malah mencecah kira-kira 75 %. Ada kawasan yang PKR mendapat sehingga lebih dari 80 % undi Cina.

Jika perkara yang sama berlaku di Sibu tidak mustahil kerusi ini jatuh ke tangan PR yang diwakili DAP kali ini kerana majoriti BN pada PRU lalu pun hanyalah 3235 undi satu majoriti yang agak kecil.

Pada PRU lalu, Mendiang Rober Lau yang mewakili SUPP (BN) menewaskan calon DAP Wong Ho Leng dan calon PKR Lim Chin Chuang.

Beliau mendapat 19,138 undi manakala Wong mendapat 15,903 undi dan Lim hanya 812 undi.

Lau mewakili parlimen Sibu sejak tahun 1990.

Jumlah pengundi terbaru di Parlimen Sibu ialah 54,149 pemilih. Pengundi Cina berjumlah 36,359 (66.7%), Melayu/Melanau 5740 (10.5%) dan Bumiputera Sarawak 12,050 (22.1%). Jika sekiranya pengundi Cina di Sibu mempunyai pegangan politik yang sama dengan pengundi Cina di Hulu Selangor saya yakin DAP akan menang mudah kali ini. Jika diandaikan 70 % pengundi Cina keluar mengundi dan 70% darinya mengundi DAP maka DAP akan memperolehi 17,815 undi. Maka DAP hanya memerlukan 10 % sokongan dari pengundi Melayu/Melanau dan Bumiputera Sarawak untuk menang kerusi ini dengan majoriti 2,700 undi.

Secara ringkas :-

70 % Pengundi membuang undi. (70 % X 54,149 = 37,904)

70 % Pengundi Cina memilih DAP = 37,904 X 70 % X 70 % = 18,572 undi
10 % Pengundi Melayu/Melanau memilih DAP = 37,904 X 10.5 % X 10 % = 398 undi
10 % Pengundi Bumiputera memilih DAP = 37,904 X 10 % X 0.221 = 837 undi

Undi Keseluruhan DAP = 19807
Undi BN = 18097 undi
Majoriti = 1710 undi.

MALAH ANDAIKATA DAP MENDAPAT 65 % SOKONGAN PENGUNDI CINA DAN MASING-MASING 20 % SOKONGAN PENGUNDI MELAYU/MELANAU DAN BUMIPUTERA SARAWAK DAP MASIH MAMPU MENANG DENGAN MAJORITI 1,528 UNDI. INI SEMUA TIDAK MUSTAHIL. - Mutaligat