HARAPAN saya musnah apabila Najib mengumumkan bahawa Bn meletakkan calonnya dari MIC untuk bertanding di Hulu Selangor. Saya pernah mencadangkan agar Ezam sesumpah dicalonkan di kerusi yang dikatakan ahli Umno lebih ramai dan banyak dari rumput-rumput di padang itu. Ezam sesumpah memang wajar diletakkan di situ kerana beliau ahli Umno di Selangor walaupun memegang jawatan `pencacai' atau `ayam sabung' yang tidak bertaji. Tetapi memandangkan ramai ahli Umno mahukan calon Umno di situ, maka elok benar Ezam sesumpah dilagakan di situ.Apa pun nasib tidak menyebelahi Ezam sesumpah kerana Najib amat taat dengan perjanjian dengan MIC melebihi taatnya dengan perjanjian royalti minyak. Di dalam akhbar Sinar Harian hari ini, Ezam sesumpah berjanji tidak akan memburukkan peribadi sesiapa terutamanya DS Anwar asalkan beliau tidak dicabar untuk berbuat demikian. Wah !! Selama ini Ezam sesumpah tidak pernah memburukkan peribadi orang ke terutamanya DS Anwar? Baiknya Ezam. Tetapi masakan Ezam sesumpah tidak tahu sudah berapa ribu bahkan berjuta orang telah mencabarnya? Baru-baru ini anak didiknya sendiri Sdr Nazri bekas Pengerusi Gerak telah mencabarnya. Sehingga sekarang Ezam sesumpah kelu tidak berkata.
Di dalam kenyataannya di dalam akhbar tersebut Ezam sesumpah turut bercerita perjuangannya adalah untuk asas negara. Kita masih ingat sewaktu beliau menyerahkan borang bertukar `mazhab' kepada Umno yang ada kena mengena dengan APCO itu, Ezam sesumpah lantang menyatakan perjuangannya adalah untuk asas bangsa. Kini, sudah tukar jadi asas negara. Maklumlah, dulu PM Pak Lah, kini Najib pula. Maka, Ezam pun menjadi seperti `binatang sesumpah' bertukar kulit. Pasal rasuah? Itu sudah lama Ezam sesumpah lupakan. Lihat sahaja dalam ceramahnya sejak kebelakangan ini yang disebutkannya hanyalah kisah DS Anwar terutamanya kisah DS Anwar dulu-dulu. Tetapi, sehingga kini satu pun apa yang Ezam cakap tiada bukti bahkan beliau tidak berani membuat laporan Polis atau kepada SPRM terhadap salah laku DS Anwar seperti yang sibuk beliau katakan beliau tahu semuanya itu.
Aku melutut padamu wahai pemimpin agungku...
- Wan Fauzdin













Kempen PKR di Hulu Sgor:tayangkan saja video ezam hentam ameno. Gerenti sesumpah ini terkedu.