http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Terkini : Live : Sah Zaid Ibrahim Calon!!

Posted by Love Perak | Tuesday, April 13, 2010 | 0 comments »

SILA REFRESH UNTUK UPDATE TERKINI

11.25 : CERAMAH TAMAT. KEMPEN RASMI BERMULA SELEPAS PENAMAAN CALON PADA 17 APRIL. SEKIAN

11.17 p.m : DSAI -
'makan di bilik gerak UMNO kemudian kerja utk PKR. AJK surau/tokong/sek minta projek naiktaraf cepat dr UMNO, tapi undi PKR!

11.15 p.m : DSAI -
'Orang Hulu Selangor, nak apa apa, pergi mintak kerajaan persekutuan. PM dah kata,dalam 2 minggu ni,nak apa apa,dia bagi!' . 'Kalau tak cukup t-shirt, pergi mintak dekat bilik gerakan Barisan Nasional. Kalau nak makan, pergi mintak bilik gerakan Barisan.'

11.09 p.m : Zaid Ibrahim -
'Saya bukan orang luar. Dah 30 tahun saya bermastautin di negeri Selangor.'

11.07 p.m :
Zaid Ibrahim berjanji untuk menjadi suara semua rakyat Hulu Selangor, tanpa mengira ras di Parlimen.

11.05 p.m : Zaid Ibrahim Berucap -
'Saya menerima tawaran ini dgn penuh kesedaran. Sama sama kita memikul beban ini supaya menindas kerajaan yang zalim.'

11.03 p.m :
DSAI 'Kalau kat UMNO, orang merangkak nak jadi menteri. Ni Zaid dia tak suka, dia berprinsip. Dia letak jawatan sebagai menteri.

11.02 p.m :
DSAI 'Zaid ni punya degil, dia tak tahan kesalahgunaan undang undang, nah ambik 'my resignation letter.

11.00 p.m : ANWAR IBRAHIM UMUM ZAID IBRAHIM SEBAGAI CALON.

10.55 p.m :
Anwar Ibrahim 'Saya terus terang,bagi ahli,pemimpin dalam PR, dalam PKR, yang baru masuk kuasa, nak kontrak sini sana, pergi berambus.

10.50 p.m :
Anwar Ibrahim - 'Kalau BN datang sini kempen, cuba tanya mereka tentang 'good governance'?'

10.42 p.m :
Hadi: Kalau kita menang di sini kita menang besar di pilihanraya akan datang; 'Walaupun kita menghadapi medan demokrasi yang tidak samarata.Kita bukan shj berhadapan dgn kerajaan BN. tetapi..jentera mereka

10.37 p.m :
Hadi Awang - 'Bandingkan kerja mereka dah 50 tahun, bersama kerja kami selama 2 tahun.'

10.35 p.m :
Hadi Awang - 'ini bukan pilihan raya untuk bina jalanraya. Ini adalah harga diri kita.'



10.30 p.m :
simtzetzin - 10,000 @ Hulu Selangor and overflowing, thousands flooding to street, causing massive jam. Atmosphere is electric!

10.18 p.m :
TSKhalid berucap ringkas selepas Fuziah.Merayu supaya kerja kuat bersama Pas,Dap bersama Keadilan.

10.10 p.m :
Tweet Anwar - Serendah HuluSel:saya tiba dgn Azizah.Ucapan Saifdn,Zuraidah,Shamsul.Bersama UsHadi,SengGiaw.Sambutan dan dewan juga hangat

10.05 p.m :
'Orang yang beri penyapu itu, pendek seperti saya, tetapi akal fikiran dia juga pendek, BUKAN seperti saya.' -Shamsul Iskandar

9.56 p.m :
Nyanyian lagu Negaraku. Lebih 10 000 orang kini memenuhi dalam dan luar dewan!

9.54 p.m :
Anwar Ibrahim tiba. Laungan REFORMASI bergema!

9.48 p.m
: Saifuddin - 'Saya orang Melayu. Masalah orang melayu, masalah saya. Masalah orang cina, masalah saya. Ini politik baru.'

9.47 p.m : Saifauddin - 'Kita kuat pasal semua sokong kita. We are all in one big family. Bukan perkauman.'

9.45 p.m
: YB Dato Seri Ir Nizar Jamaluddin minta seluruh jentera Pas, Pkr, Dap, Ngo, dan kelab penyokong utk mengembleng tenaga memenangkan calon PR


YB Zaid Ibrahim (berbaju putih) disebut-sebut akan menjadi calon..kita nantikan pengumuman sebentar lagi....


ramai pimpinan yang turun memberi sokongan...


lautan manusia sehingga melimpah ke luar dewan...mahu mengetahui siapa calon PKR...

0 comments