http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Anwar Ejen Australia

Posted by Love Perak | Friday, February 12, 2010 | 1 comments »

oleh : shalehudin

Mampuih la Anwar kena ganyang ngan kes ni pulak. Kalau dulu dia ni dianggap ejen Amerika, tapi kini dia bakal digelar ejen Australia pulak. Hangpa tak percaya, tengok sini, lebih dari 50 MP dari Australia mahu tuduhan liwat keatas Anwar digugurkan. Mungkin bangsa Australia yang dilihat kebaratan cara hidup depa pun rasa mual nak termuntah ngan tuduhan yang paling berasas ini.

Lebih daripada 50 ahli Parlimen Australia termasuk anggota kerajaan memerintah dan wakil pembangkang menggesa kerajaan Malaysia agar menggugurkan tuduhan liwat yang dikenakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Surat itu berbunyi, “adalah perlu untuk dimaklumkan kepada kerajaan Malaysia bahawa pada pandangan kami sanjungan global terhadap Malaysia akan terjejas dengan tuduhan-tuduhan ke atas Anwar ini.”

Malah menurut surat itu, “ramai pemerhati mesra Malaysia mendapati sukar untuk mempercayai seorang pemimpin pembangkang utama (seperti Anwar) dikenakan tuduhan liwat buat kali kedua, sejurus selepas partinya memperoleh kejayaan besar dalam pilihan raya kebangsaan.”

Kalau depa pun rasa melugai, tak tau la nak kata apa ngan puak puak bangsa Umno yang suka sungguh tengok Anwar terkial kial menahan aib diri dan keluarganya dipermainkan dihadapan umum.

Dalam Surah al-Hujurat, ayat 11, Allah SWT dengan jelas melarang umat Islam daripada menyatakan keaiban orang lain. Dalam ayat yang sama disebut bahawa mereka yang mengingkari larangan itu, ia menjadi fasik, maka hendaklah bertaubat. Larangan ini begitu penting sekali dipatuhi sehingga ia diulangi dalam ayat yang berikutnya," ...dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang…". Tidak cukupkah ayat-ayat ini memandu kita ke jalan yang benar?

1 comments

  1. azman kamarul // February 13, 2010 at 12:10 AM  

    Puak-puak yang suka dengan kerja jijik ni nampaknya lebih .... dari mat salleh tu....hancing