Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata pemimpin pembangkang tidak akan membuat saranan serupa sekiranya wakil rakyat dari Barisan Nasional (BN) meninggalkan parti dan menyertai mereka.
“Sebagai contoh, semasa seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) BN Perak menyertai Pakatan Rakyat... Menteri Besar Perak ketika itu, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyambutnya dengan baik dan tiada desakan untuk mengosongkan kerusi.
“Mereka tidak akan membangkang perkara yang memberi kelebihan dan keuntungan kepada mereka tetapi apabila kena batang hidung sendiri lain pula ceritanya,” kata beliau kepada pemberita selepas majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran Dewan Perniagaan Cina Perak di Hotel Impiana di sini hari ini.
Semalam Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan dilaporkan berkata tindakan Zahrain yang mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Jumaat lepas dan menjadi anggota Parlimen Bebas, dan wakil rakyat yang melompat parti sebagai golongan yang mengkhianati amanah rakyat.
Katanya wakil rakyat yang bertindak demikian mesti bertanggungjawab kepada rakyat yang memilih mereka pada pilihan raya lepas dan perlu menyerahkan mandat semula kepada rakyat untuk membuat pemilihan baru.
Zahrain menegaskan tidak akan mengosongkan kerusi MP, sebaliknya akan kekal sehingga pilihan raya umum akan datang.
0 comments
Post a Comment