http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Mamat Bangang ni Muncul Balik

Posted by Love Perak | Sunday, February 28, 2010 | 3 comments »

BACHOK - Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd Noor mendakwa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah jujur dalam hubungan de- ngan Pas termasuk Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ezam mendakwa, pemimpin PKR itu hanya menggunakan Pas untuk meraih sokongan bagi menyelesaikan masalah peribadinya yang kini berhadapan perbicaraan mahkamah berhubung tuduhan liwat terhadap bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

“Anwar memang terdesak sekarang, orang macam Nik Aziz yang dilihat macam tok guru memang diperlukan oleh Anwar kerana dia menghadapi krisis moral. Jadi, dia akan menggunakannya (pengaruh Nik Aziz) untuk menyelesaikan masalah peribadinya," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah royalti minyak di Kampung Pauh Sembila:n, di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin. - sinar harian

Menurutnya, Pas kini juga dilihat sudah mula terpedaya dengan mainan politik Anwar sehingga sanggup menggadaikan prinsip utama parti itu untuk menubuhkan negara Islam.

“Memang betul, kita te-ngok sekarang ni, Pas seperti sudah meninggalkan asas penubuhannya untuk menubuhkan negara Islam dan bagi saya ini semua gara-gara Anwar yang memanipulasikan keadaan menyebabkan Pas tersepit," katanya.

Beliau berkata, Anwar juga memanipulasi Pas dan DAP sehingga kedua-dua parti itu dapat bersama dalam Pakatan Rakyat.

“DAP bersama Pas bukan kerana Pas tetapi kerana jaminan Anwar bahawa parti itu tidak akan bawa negara Islam, Anwar memanipulasi keadaan sehingga menggadai prinsip utama Pas untuk menubuhkan negara Islam,“ katanya.

3 comments

  1. Anonymous // February 28, 2010 at 2:40 PM  

    Saya musyhkil, jika benar saudara Anwar Ibrahim minat dengan jantan, kenapa sepanjang perkhidmatan Si Pokke (Ezam Mohd Noor) dengan Anwar, kenapa tiada berita atau aduan tentang gangguan seksual Anwar terhadap Si Pokke ni. Seharusnya sekurang-kurangnya lafaz 'Can I fuck you?', 'I love you' or 'I miss your ...' mesti pernah berkemundang antara dua insan ini.

    Si Pokke ni dengan wajah yang boleh cari makan ni... kalau berada di zaman Nabi Lut, saya rasa... kau akan duduk mengiring sepanjang masa. Lebih baik dari si pemandu dulu tu.

  2. Anonymous // February 28, 2010 at 6:52 PM  

    dah la tu Ezam Mat Yes....silap time laaa,masuk UMNO ikut KJ..sekrg KJ dah takde power..ahli UMNO sendiri meluat dgn ko..

  3. Anonymous // February 28, 2010 at 6:52 PM  

    dah la tu Ezam Mat Yes....silap time laaa,masuk UMNO ikut KJ..sekrg KJ dah takde power..ahli UMNO sendiri meluat dgn ko..