http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyifatkan gesaan individu tertentu agar Sultan Perak melucutkan gelaran ‘Datuk Seri’ yang diberi kepadanya, sebagai menghina institusi kesultanan.

Sebaliknya Nizar berkata Sultan Perak, Sultan Azlan Shah mempunyai hak mutlak untuk memberi anugerah kepada mana-mana rakyat.

“Itu lagi menghina Sultan. Sebab itu adalah hak sultan. Hak Sultan nak beri anugerah kepada sesiapa. Orang lain tidak boleh nak mempengaruhi Sultan untuk tarik balik atau hendak beri. Itu hak dia”, tegas beliau.

Nizar berkata demikian mengulas tindakan Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd Helmi Ismail yang menyarankan supaya gelaran ‘Datuk Seri’ yang dianugerah kepadan beliau ditarik balik.

Saranan itu dibuat berikutan dakwaan Nizar bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak menjurus kepada pemerintahan monarki mutlak, bersifat menghina Sultan.

Nizar turut menyifatkan agenda rampasan kuasa oleh UMNO-Barisan Nasional (BN) baru-baru ini sebagai mencabuli hak rakyat serta penghinaan mutlak kepada institusi di raja Perak.

Beliau menganggap UMNO-BN di negeri itu bersifat kejam dan biadap dalam mempertikaikan perkenan Sultan Azlan Shah.

“Saya menafikan saya menghina Sultan sebab ini adalah kebiadaban UMNO merampas kuasa. Oleh kerana sultan telah memilih kerajaan dan juga perkenan menteri besar yang telah dipilih oleh rakyat. Tiba-tiba UMNO merampas, itu menunjukkan penghinaan kepada institusi di raja”, katanya.


Sendiri Mau Ingat

3 comments

  1. yeop // February 11, 2010 at 10:52 PM  

    kalau aku ni DS Nizar bukan sekarang dah aku beri balik gelaran tu. Apa yang diharap sangat atau dibangga sangat pada gelaran dari sultan yang tidak sayangkan rakyat.Sultan yang anak beranak sibuk berniaga. atau dari sultan yang terangan diperbodohkan BN. Beri je la DS nizar. Andaikata kita menang lagi selepas ini, jangan terima apa-apa gelaran dari istana. Biar istana bagi puak-puak umno walaupun mereka setakat lulus SPM je.

  2. Anonymous // February 11, 2010 at 11:17 PM  

    Umno oh UMNO, pak najib lihat lah orang kau ni. macam itu yang kau kata bagi peluang untuk zabry memerintah. kalau begini caranya Zambry akan memerintah perak dalam kesengsaraan sebagaimana UMNO memberi sengsara kepada rakyat perak yang mengundi PR pada PRU12 lalu. Zamry tugas kamu lebih berat selepas ni. Kerana suhu kemarahan rakyat telah meningkat, itu realitinya. bertaubatlah sebelum mati.

  3. haisara // February 11, 2010 at 11:19 PM  

    Salam Setuju dgn yeop. Kita suruh aje dia org umno guna gelaran -gelaran tsb.