http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Madey Kena Tibai

Posted by Love Perak | Saturday, February 20, 2010 | 0 comments »

oleh : shalehudin

Anwar (empat dari kanan) dengan pemilik-pemilik yang telah dapat kunci rumah mereka. — Gambar oleh Jack Ooi.

Kita jenih melayu yang tak mudah lupa. Ramai masih ingat kata kata mahaguru politik bagi Najib ni.

“Bercakap memang pandai tetapi pasal ekonomi dia tak tahu,” katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai pelantikan Anwar sebagai penasihat ekonomi kerajaan Selangor dengan bayaran elaun simbolik RM1 sebulan.

Mengenai bayaran elaun RM1 kepada Anwar, beliau berkata: “Jika kita bayar RM1, maka nilai yang kita dapat adalah RM1.

Tapi hari ni Sdr Anwar Ibrahim menolak ulasan buruk Mahathir mengenai kebolehannya. Bukan saja bercakap pandai tapi kerja terus tanpa terbengkalai. Bukan sedikit kudrat yang diperlukan Anwar untuk merangkak dikala ini. Bukan calang orang yang boleh berjalan tanpa dipapah ketika satu dunia melihat dia dicerca dan dihina, Harap kawan kawan pun, bercakap macam dok tikam belakang. Anak anak buah kecut tak tahan tekanan. Kerja lebih sikit penat. Buat apa pun beralasan nakkan balasan. Tak puas hati, ugut.

Patut sangat pimpinan PKR dimerata peringkat ambil kekuatan Anwar sebagai contoh dan pedoman. Baik belah saja macam yang Zahrain buat kalau hangpa tak boleh ikut kerja keras dia. Bagi lah apa alasan pun asalkan Najib dan Muhyiddin suka, lepaih tu cepat cepat belah. Kita tengah dok bersihkan rumah tangga sekarang ni nak sambut pilihanraya ke 13.

Nyata kes kes yang menggunung di mahkamah tidak melekakan Pakatan dari terus bekerja. Tahniah Pakatan Selangor.

“Ada baiknya perbicaraan ditangguhkan, jadi saya boleh berada di sini,” kata beliau yang berhadapan dengan kes liwat kali kedua.

Justeru, Penasihat PKR ini meneruskan urusannya seperti biasa dengan menyerahkan kunci kepada pemilih rumah pangsapuri Taman Ukay Bistari di sini, projek yang sedang dibaik pulih dan sedang di pelbagai peringkat siap selepas lewat empat tahun.

Anwar yang dilantik sebagai penasihat berkata kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah “mewarisi” sebanyak 141 projek terbengkalai daripada kerajaan negeri Barisan Nasional tetapi akan memulihkan demi kepentingan pembeli.

0 comments