Nizar pada majlis rumah terbuka Tahun Baru  Cina Pakatan Rakyat Perak di Dewan Persatuan Kwantung Perak Utara di  Taiping  mendedahkan bahawa Yee (YB Jelapang) telah membeli sebuah rumah  yang mana kelengkapanya terdiri dari perabut dan alatan elektrik mewah  masih belum diperoleh.
YB Yee telah  memberi isyarat kepada Zambry agar kelengkapan tersebut perlu  disediakan. 
Nizar  menggambarkan bahawa Yee telah menguasai Zambry untuk mengadakan  kelengkapan tersebut atau sebaliknya Yee akan beralih memberi sokongan  kepada Pakatan Rakyat.
Zambry dilihatkan  begitu lemah sehingga dapat dikuasai oleh seekor katak betina.
Seterusnya Nizar  mengandaikan jika Zambry dapat dikuasai Yee seekor katak betina,  bagaimana kuasa yang dipegang oleh katak-katak jantan dari Changkat  Jering dan Behrang. Mereka juga tentu mempunyai tuntutan-tuntutan yang  perlu dipenuhi Zambry.
Selain dari ADUN  Bebas, Zambry juga menghadapi tuntutan-tuntutan dari lain-lain ADUN  Barisan Nasional yang iri hati dengan layanan istimewa terhadap katak.  Mereka juga mempunyai tuntutan-tuntutan dan semuanya memberi tekanan  kepada Zambry agar dipenuhi permintaan atau berpaling menyokong PR. 
Sebelum Nizar Speaker Dewan Undangan Negeri YB Sivakumar juga menggambarkan pertelingkahan antara ADUN BN dan ADUN Katak dalam memenuhi kota jawatan EXCO. yang juga meletakkan kerajaan Zambry dalam kegawatan. Zambry sehingga kini masih gagal menamakan pemilik baki kerusi EXCO kesan dari desakan ADUN BN yang juga berhajat dan syarat yang ditetapkan oleh ADUN katak sebelum melompat.
Dengan kata lain Kerajaan Zambry yang sentiasa diugut.

Nak buat macamana...dah jadi MB katak pulak dah