Debaran semakin memuncak. Jantung berdegup semakin kencang. Sesiapa yang sakit jantung lebih baik jangan cuba mengambil tahu akan hal ini. Takut nanti tidak tentu pasal jadinya. Penyokong PR semakin ramai berkumpul memberikan sokongan padu kepada Nizar.
Mereka datang dari segenap pelusuk tanahair. Wartawan dan jurugambar berkumpul sejak subuh lagi bagi mencari posisi sesuai untuk melaporkan peristiwa bersejarah ini. Peristiwa yang membuktikan 1Malaysia gagal dan ianya hanya retorik. Ini kerana pengasas 1Malaysia sendiri menjadi ketua 'merompak' kuasa di Perak kira-kira setahun lalu. Angkara inilah yang menyebabkan kemelut politik Perak berlanjutan hingga ke saat ini.

Bermacam spekulasi diperkatakan oleh para pemerhati politik tentang keputusan yang bakal dibuat hari ini.
Orang ramai yang berkumpul di perkarangan mahkamah ini tidak putus-putus bercakap tentang keputusan perbicaraan ini. Ramai yang optimis bahawa Nizar akan diberikan kembali haknya. Namun di satu pihak yang lain yakin Zambry akan terus dikekalkan menjadi Kudeta di Perak.
0 comments
Post a Comment