Profesor Dr. Abdul Aziz Bari menyifatkan keputusan mahkamah persekutuan  mengenai isu siapa Menteri Besar yang berpihak kepada UMNO Barisan  Nasional, membangkitkan  persoalan mengenai kedudukan kerajaan dalam  sistem demokrasi dari sisi perundangan.
Professor Undang-Undang  di Universiti Islam Antarabangsa itu berkata perkara ini serius kerana  Menteri Besar sepatutnya hanya boleh disingkir melalui Dewan Undangan  Negeri.
“Pada hakikatnya kalau di negeri Perak itu Sultan boleh  menyingkirkan Menteri Besar tanpa melalui undi tidak percaya dalam dewan  secara formal, maka di peringkat pusat juga peringkat persekutuan boleh  menyingkirkan perdana menteri tanpa melalui undi tidak  percaya,"katanya.
Aziz berkata demikian ketika ditemubual  TVSelangor.com
Beliau percaya kepada amalan yang dipraktik selama  ini iaitu melalui undi tidak percaya secara formal di Dewan Undangan  Negeri bagi menentukan siapa Menteri Besar.
“Jadi, itu yang  menyebabkan timbulnya perspepsi ataupun tanggapan bahawa apa yang  berlaku itu boleh memberi kesan kepada perlembagaan dan ini semakin  boleh mengkompromikan sistem Raja itu sendiri,”katanya.
Kes ini  akan menjadi rujukan tetapi malangnya ia  perkembangan yang tidak sihat  kerana undang-undang pada masa ini boleh menyingkirkan pemimpin dengan  mudah, tanpa mematuhi prosedur yang betul.
“Dengan keputusan yang  terbaru itu, mengatakan bahawa Menteri Besar ataupun Perdana Menteri  boleh disingkir tanpa melalui undi tidak percaya, ini merupakan kesan  langsung, dengan kata lain undang-undang yang dihuraikan yang diputuskan  mahkamah semalam adalah perkembangan yang tidak sihat pada kes-kes akan  datang,”katanya..sumber
¡Hola mundo!
9 years ago
 

 
 













0 comments
Post a Comment