SHAH ALAM - Tindakan lebih 50 Ahli Parlimen Australia mengemukakan memorandum bantahan rasmi kepada Kerajaan Malaysia berhubung gesaan menggugurkan dakwaan liwat ke atas Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dikecam hebat oleh pemimpin negara.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyifatkan tindakan Ahli Parlimen tersebut akan mengeruhkan hubungan kedua-dua negara yang sedia terjalin erat selama ini.
Menurutnya, tindakan tersebut juga seolah-olah memperlihatkan Australia tidak menghormati dan tidak mempercayai proses undang-undang negara malah cuba untuk mencampuri urusan negara ini.
“Pemuda UMNO mengutuk tindakan ini sekeras-kerasnya. Pemuda UMNO juga akan menghantar nota bantahan kepada kedutaan Australia dalam masa terdekat.
“Kenapa mahu campur tangan dalam proses kehakiman kita? Adakah terdapat agenda tertentu dalam tindakan ini?” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.
Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau turut menjelaskan proses kehakiman negara ini adalah telus dan Australia tiada hak untuk mendesak dan mengarahkan apa yang perlu dilakukan dalam perbicaraan Anwar.
“Kenapa beri tekanan kepada kita? Sesungguhnya proses kehakiman kita adalah telus,” katanya.
Kelmarin, Ahli Parlimen dari Parti Buruh, Micheal Danby telah menyerahkan memorandum tersebut kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia, Salman L Ahmad di Canberra mendesak agar kes perbicaraan Anwar digugurkan.
Sementara itu, Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Anifah Aman pula menyeru pihak-pihak yang berkenaan akan dapat menghayati, menghargai dan menghormati keluhuran undang-undang kita yang mengutamakan keadilan dan hak rakyat Malaysia tanpa mengira pangkat dan darjat.
¡Hola mundo!
8 years ago
Toksah dok sibuklah dengan mamat meroyan ni, dulu takpa juga pak mentua dia jadi PM. Rasuah pun menang jugak ketua pemuda 'bodoh' UmNgok tu. Dia cuma cari publisiti murahan aje. MP sana dia ingat bahlul mcm MP BN kot, boleh dirasuah-rasuah. Boleh jalanla..