1. Memperkenalkan urustadbir CAT (Cekap,  Akauntabiliti & Telus) pertama di Malaysia: memerangi rasuah dan  membuktikan sebuah kerajaan bersih boleh menunjukkan prestasi yang lebih  baik daripada kerajaan berasuah;
2. Pembatalan saman atas  penjaja kecil dan saman kesalahan letak kereta;
3. Membuka  Jambatan Merah di Fasa 3 Bayan Lepas untuk mengurangkan kesesakan  trafik;
4. Kenaikan Elaun Guru Kafa sebanyak RM50 sebulan;
5.  Kajian semula prosedur pentadbiran tanah/penyiasatan penyelewengan  tanah;
6. Pembatalan pembelian 4 buah kereta rasmi baru sebanyak  RM500,000;
7. Melantik ahli NGO dan seorang AKU pertama sebagai  Ahli Majlis Kerajaan Tempatan;
8. Papan-papan tanda jalan dalam  dwi-bahasa iaitu Bahasa Melayu dengan Bahasa Mandarin, Bahasa Melayu  dengan Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dengan Bahasa Tamil dan Bahasa  Melayu dengan Bahasa Jawi/Arab dalam linkungan Zon Warisan Georgetown;
9.  Usaha-usaha pemulihan KOMTAR termasuk mengekalkan Pusat Pentadbiran  Kerajaan Negeri di KOMTAR;
10. Sebut harga tender terbuka melalui  internet dengan pelaksanaan Sistem e-Perolehan yang membolehkan tender  terbuka menerusi internet dan tempoh bantahan;
11. Jumlah  pelaburan ke Pulau Pinang bagi tahun 2008 mencecah RM10.2 bilion  berbanding dengan RM4.7 bilion pada tahun 2007;
12. Usaha menarik  pelaburan asing dengan menubuhkan Petugas Khas yang diketuai oleh YAB  Ketua Menteri untuk setiap pelaburan yang melebihi RM1 bilion dan juga  melicinkan pentadbiran kerajaan negeri seperti dasar “bina dulu, lulus  kemudian”;
13. Pengambilan pekerja asing di sektor pembuatan,  terutamanya sektor elektrik dan elektronik, tekstil dan pakaian serta  sektor perkhidmatan dibekukan;
14. Penubuhan Pusat Bantuan dan  Latihan Kerjaya (CAT Centre) untuk membantu golongan yang hilang kerja;
15.  Menubuhkan Tabung Modal Pusingan Peniaga dan Penjaja Kecil Negeri Pulau  Pinang dengan jumlah pinjaman maksima sebanyak RM10,000.00 dengan  tempoh bayaran balik maksima 5 tahun bagi setiap pemohon;
16.  Menubuhkan Penang Global Tourism Sdn. Bhd. Untuk mempromosi dan  menggalakkan pembangunan sector pelancongan;
17. Menyediakan  peruntukan tahunan sebanyak RM8.5 juta bagi sekolah-sekolah agama  rakyat, sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, sekolah-sekolah  menengah jenis kebangsaan Cina, sekolah-sekolah mubaligh dan  sekolah-sekolah menengah persendirian. Peruntukan RM1.5 juta bagi  sekolah-sekolah agama rakyat adalah tambahan daripada RM3.7 juta yang  diperuntukkan untuk tujuan pendidikan agama bagi tahun 2009 oleh  kerajaan negeri;
18. Membatalkan pembelian notebook dan pencetak  untuk ADUN sebanyak RM300 ribu untuk tahun 2008-2009;
19. Memberi  wang ehsan RM100.00 kepada lebih 170,000 buah keluarga miskin yang  membelanjakan RM17 juta;
20.  Mengecualikan semua sekolah milikan bukan kerajaan yang didaftarkan  dengan Kementerian Pelajaran dan bukan berasaskan keuntungan daripada  membayar cukai tanah dengan membayar nominal fee RM1.00;
21.  Menyediakan perkhidmatan WiFi dan WiMax secara percuma di seluruh  negeri;
22. Mendirikan Industri Halal Hub dengan peruntukan  kawasan tanah perindustrian sebanyak 131 ekar di Bukit Minyak untuk Fasa  1 dan 2;
23. Membenarkan warga media menggunakan pas media  sebagai pas keselamatan dalam KOMTAR;
24. Pemberian bantuan beras  percuma kepada penerima bantuan kebajikan;
25. Berjaya menjadi  negeri pertama di Malaysia yang berjaya membasmi miskin tegar dengan  memastikan setiap keluarga memperolehi sekurang-kurangnya RM500.00  sebulan dengan bantuan kewangan di bawah Rancangan Anti-Kemiskinan  (RAK);
26. Penubuhan Jawatankuasa Kebebasan Maklumat (CAT) – ke  arah kebebasan akhbar dalam suasana pengetahuan tanpa kekurangan dan  kekangan;
27. Siaran Langsung Persidangan Dewan Undangan Negeri  melalui internet, Web TV;
28. Cadangan penukaran Hakmilik  daripada Pajakan kepada Pegangan 99 tahun untuk tanah industri/komersial  dan hakmilik kekal untuk kediaman rumah pangsa/rumah kos rendah dan  sederhana demi memulangkan tanah kerajaan kepada rakyat;
29. Had  masa larangan kenderaan berat atas Jambatan Pulau Pinang dan pengeluaran  pas khas untuk mengatasi masalah kesesakan di Jambatan;
30.  Menetapkan bantuan bencana alam dikeluarkan dalam masa 24 jam kepada  mangsa-mangsa;
31. Melantik Timbalan Ketua Menteri pertama di  Malaysia daripada kaum India dan Pengerusi Melayu pertama untuk Invest,  Penang;
32. Mengurangkan elaun Pengerusi dan Setiausaha JKKK  kepada RM350.00 dan RM250.00 sebulan daripada RM600.00 dan RM500.00  masing-masing;
33. Memberikan penganugerahan pingat dan bintang  berdasarkan sumbangan masyarakat atau prestasi pencapaian dan bukannya  latar belakang politik di mana buat pertama kali tidak ada seorang ahli  Exco, ADUN ataupun Ahli Majlis kerajaan tempatan menerima pingat yang  menyebabkan bilangan Dato’ Seri Utama, Dato’ Seri dan Dato’ dikurangkan  daripada 82 pada tahun 2007 kepada 38 pada tahun 2008;
34.  Melarang semua ahli pentadbiran dan ADUN kerajaan daripada membuat  permohonan baru untuk tanah kerajaan;
35. Penghargaan dan  pengiktirafan kepada para hafiz secara kewangan terhadap penghafal dan  pengajar Al-Quran yang berkhidmat di Negeri Pulau Pinang;
36.  Peruntukan RM1 juta untuk tujuan Rukun Tetangga yang akan dikenali  sebagai Pasukan Rondaan Sukarela (PRS) demi mengawal keselamatan awam  dan mempertingkatkan usaha memerangi jenayah;
37. Menjalankan  usaha penjimatan kerja kontrak dan pembekalan kerajaan negeri dengn  memastikan ia adalah bernilai dengan harga munasabah di mana wang  kerajaan sebanyak RM1.62 juta dijimatkan seperti projek pembaikan semula  Keretapi Bukit Bendera;
38. Mendapat balik pembayaran denda  RM4.2 juta daripada Gamuda Berhad yang gagal mematuhi keperluan  kebenaran merancang untuk projek landasan berkembar keretapi sebanyak  RM12.485 bilion;
39. Mendapat balik bayaran royalti pasir RM6.6  juta daripada Penang Port Sdn Bhd;
40. Menuntut balik tunggakan  cukai pintu bangunan milikan UMNO dan MCA bertahun-tahun sebanyak  RM238,632.17; dan
41. Pemberian rebat RM5-RM10 sebulan untuk  rumah beribadat sebanyak RM64,000 setahun.
PENTADBIRAN TANAH
1.  Ke arah usaha untuk mempercepatkan proses mendapatkan keputusan dan  mengurangkan kerenah birokrasi, kerajaan negeri telah menghapus  jawatankuasa yang tidak diperlukan. Berkaitan dengan urusan pentadbiran  tanah, rujukan untuk ulasan jawatankuasa berikut telah dihapuskan:
(a)  Jawatankuasa Ad-hoc Tukarsyarat Tanah;
(b) Jawatankuasa Tebatan Air;  dan
(c) Jawatankuasa Tanah Bukit
2. Kerajaan negeri telah  memberi lebih peluang dan keyakinan kepada pemilik-pemilik tanah untuk  mendapatkan tempoh pajakan tanah yang lebih panjang melalui dasar  kebenaran untuk menyambung tempoh pajakan tanah industri dan komersil  kepada 99 tahun bagi semua jenis tanah dan hakmilik kekal bagi kediaman  rumah kos rendah dan sederhana (yang kini hendak dimaklumkan kepada  Majlis Tanah Negara);
3. Penubuhan Jawatankuasa bersama-sama  ahli-ahli profesional daripada 5 pertubuhan pakar dan profesional bagi  memperbaiki dan mempermudahkan prosedur dan proses urusan tanah; dan
4.  Kerajaan negeri telah memperkenalkan dasar mengenai pelupusan  tanah-tanah yang strategik yang dibuat melalui proses tender terbuka di  manasemua syarikat boleh mengambil bahagian. Langkah ini untuk  mengelakkan daripada kecenderungan untuk memberi peluang kepada  syarikat-syarikat tertentu sahaja.
Bersambung ............ banyak  lagi yang telah berjaya dilakukan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang  melalui Exco kerajaan negeri yang lain.
¡Hola mundo!
9 years ago
 

 
 













last sekali...menjadi geng gerombolan cacing kepanasan wakakakaka........
sesungguhnya bangsaku(melayu)juga yang bodoh dulu kini selamanya