PERMATANG PAUH- Program Umno Juara Rakyat akan di adakan di Sekolah  kebangsaan Bukit Indera Muda pada 21 Feb ini (esok) .Sebelum itu seramai  50 anak qariah kampung telah mengadakan demontrasi aman di hadapan  sekolah berkenaan pada Jumaat baru-baru ini yang di ketuai oleh Timbalan  Ketua Pemuda PAS Permatang Pauh.
Dalam masa yang sama juga  kumpulan demontrasi tersebut telah menyampaikan bantahan kepada guru  besar sekolah berkenaan dan laporan polis yang di buat berhubung dengan  pengunaan bangunan milik kerajaan untuk program politik sebuah parti  politik.
Menurut ketua Umno bahagian Permatang Pauh,Dato Jalil,  "Umno tidak mengunakan sekolah sebagai tempat kempen politik tetapi  mengunakan tempat itu untuk membantu rakyat.Kita tidak pula membantah  apabila selama 7 hari 7 malam PAS dan PR mengunakan tapak Expo "  demikian jelas beliau kepada akhbar Sinar Harian edisi utara 20hb.
"Masaalah  nya ialah tapak expo pun masih boleh di gunakan oleh Umno jika mereka  mahu menyewanya selama 30 hari atau 30 malam,Cuma apa yang hendak di  gambarkan ialah bantuan dan kedatangan murid sekolah nampak seolah-olah  ramai yang menyokong Umno." demikain ujar salah seorang penduduk yang  hadir.
Namun di sedari sejak pilihanraya lalu, hanya itu sahaja  yang menyokong Umno.maknanya Jika kemenangan calon Pas Permatang Pasir  dengan majoroti 5 ribu, maka 5 ribu iatulah penyokong Umno di Permatang  Pauh kerana Umno gagal untuk menarik sokongan golongan muda selain hanya  memainkan retorik membantu Melayu.
Esok dijangkakan akan ramai  yang turun di jalanraya berhadapan sekolah berkenaan sebagai langkah  untuk menentang pengunaan sekolah untuk program politik."Bulan lepas  Umno cuba meraikan murid yang cemerlang dalam UPSR dengan memberi  bantuan sebanyak RM40 bagi setiap murid yang terpaksa berpanas dan juga  makan nasi bungkus.Inilah program membantu anak melayu dengan baucer RM  40 dan makan nasi bungkus tetapi ibubapa berdiri 2 jam. Kini mereka  mengunakan pula sekolah untuk tujuan kempen politik.". demikian jelas  salah seorang penduduk yang hadir bagi menerima bantuan berkenaan.
¡Hola mundo!
9 years ago
 

 
 













0 comments
Post a Comment