http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Anwar hanya menghitung hari untuk ke penjara...

Posted by Love Perak | Tuesday, February 09, 2010 | 0 comments »

oleh : shalehudin

Nizar telah gagal dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan hari ni. Ini bermakna, Zambry telah dikekalkan sebagai MB Mahkamah bagi negeri Perak. Dengan kemenangan ini juga memberi satu gambaran jelas yang memungkinkan pilihanraya tidak diperlukan lagi dalam menentukan kepimpinan negara Malaysia, cukup saja serahkan segalanya pada mahkamah.

"Malaysia dah ada precedent untuk kes ini. Tak payah undi dalam Dewan Undangan Negeri. Cukup sekadar di Balai Rong Seri."

Apa yang pasti, dengan gagalnya Nizar di Mahkamah Persekutuan hari ini bermakna Anwar bolehlah mula menghitung hari bila agaknya beliau akan melangkah ke Penjara. Mantan TPM bangsa Umno ini sedang hangat dibicarakan dalam kes liwat yang ke 2 seumpamanya dalam masa 11 tahun.

Apalah agaknya yang Anwar dan team pembelaannya boleh buat dalam keadaan telur telur hakim yang erat digenggam dan perit dipicit? Bagaimana rasanya meletakkan nasib kita di Mahkamah yang diragui kewibawaan dan kebebasannya?

0 comments

There was an error in this gadget